Harga roadtax kereta Viva 1.0

Harga roadtax kereta Viva 1.0 . Berapakah harga roadtax kereta viva yang merupakan antara terbesar cc enjinnya dalam kalangan kereta perodua viva ?

Antara perkara yang perlu anda ambil berat selepas berjaya memiliki kereta adalah memikirkan tentang roadtax kereta.

Menghidupkan roadtax kereta terbahagi kepada 2 tempoh iaitu 12 bulan dan juga 6 bulan.

Selalunya pemilik kereta akan menghidupkan roadtax kereta untuk selama 12 bulan terus kerana selari dengan insurans kereta yang hanya wajib membuat 12 bulan.

Namun, pilihan untuk hidupkan roadtax kereta selama 6 bulan juga tiada sebarang masalah kerana pilihan tersebut adalah terbuka tanpa sebarang syarat.

Di artikel ini, anda akan mengetahui tentang nilai bagi roadtax viva 1.0 yang akan atau baru sahaja anda memilikinya.

Artikel terkait : Harga roadtax kereta 1.0 cc

Spec kereta Viva 1.0

Kereta perodua viva 1.0 bermaksud mempunyai cc enjin 1000cc atau berada dalam lingkugannya.

Antara spec kereta viva 1.0 adalah seperti viva 1.0 elite, viva 1.0 ez, viva 1.0 ezi dan juga viva 1.0 sx .

Spec-spec bagi model kereta viva ini sekarang boleh dimiliki di kedai-kedai kereta terpakai dan dijual sebagai kereta secondhand.

Ternyata pilihan kereta viva 1.0 agak sesuai kerana mempunyai saiz kereta yang kecil dan dilengkapi dengan enjin yang agak berkuasa dibanding berat keseluruhan.

harga roadtax kereta viva 1.0

Namun begitu, cara nak tahu viva 1.0 adalah menerusi geran kereta atau salinannya pemilik sebelum ini akan menyatakan ianya 1000cc ataupun sebaliknya.

Kerana keluaran kereta perodua viva mempunyai 3 jenis enjin yang berbeza tetapi sama rangka badan atau chasis.

Jadi ianya agak susah dikenal pasti melainkan merujuk kepada geran kereta viva yang asal.

Berapa harga roadtax kereta Viva 1.0 ?

Secara asasnya roadtax viva 1.0 sememangnya agak berpatutan untuk diperbaharui setiap tahun.

Walaupun anda menggunakan spec berbeza-beza, dan tetap kepada cc enjin viva 1.0, maka harga roadtax viva 1.0 adalah sama.

Harga roadtax kereta viva 1.0 adalah berjumlah sebanyak RM20 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan atau setahun.

Manakala, bagi tempoh selama 6 bulan roadtax viva 1.0 pula berharga sebanyak RM10 sahaja.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga roadtax kereta Viva 1.0”

  1. […] Artikel selanjutnya : Harga roadtax kereta viva 1.0 […]

  2. […] Harga roadtax kereta perodua viva 1.0 […]