Senarai harga roadtax kereta mengikut cc

Senarai harga roadtax kereta mengikut cc. Apakah panduan paling ringkas dan mudah untuk anda buat rujukan bagi mengetahui harga roadtax kereta anda ?

Di artikel ini ditujukan kepada anda yang ingin membuat rujukan senarai harga roadtax kereta mengikut cc yang paling mudah untuk anda semua fahami tanpa perlu pening kepala.

Akan tetapi, dengan mengikut beberapa cara di bawah, anda boleh dapati sebenarnya mudah sahaja nak tahu harga roadtax kereta.

Elemen dan perkara ini perlu anda ketahui iaitu hanya berdasarkan berapakah kapasiti cc enjin kereta anda. Apakah itu cc enjin kereta ?

Apakah itu cc enjin kereta ?

Cc enjin kereta merupakan kapasiti enjin sesebuah kereta. Semakin besar cc enjin kereta, semakin kuat untuk enjin kereta menampung berat kereta bagi melakukan pergerakan.

Kesesuaian cc enjin untuk sesebuah kereta adalah bergantung kepada sesuatu tujuan. Ada beberapa tujuan dari pelbagai sudut boleh anda ambil kira.

Contohnya, tujuan marketing sesebuah jenama kereta bagi melariskan kereta tersebut dengan meletakkan cc enjin kereta yang besar dalam masa yang sama berat kereta diringankan.

Manakala, kesesuaian bagi kereta Mpv memerlukan cc enjin kereta yang besar berdasarkan berat badan (body) kereta serta penumpang dan barang yang bakal dibawa.

Jika kereta Mpv menggunakan cc enjin yang kecil, ianya tidak akan sesuai bagi menampung berat yang bakal diterima.

Malah, akan terdapat kesan jangka pendek kepada enjin kereta anda walaupun bagi anda yang baru sahaja beli kereta tersebut.

Apakah kaitan harga roadtax kereta dengan cc enjin kereta ?

Fokus utama yang akan kita berikan disini adalah cc enjin kereta akan memberi kesan kepada harga roadtax kereta anda.

Penetapan harga roadtax kereta mengikut cc oleh pihak Jpj salah satunya adalah berdasarkan cc enjin kereta yang anda miliki.

Semakin besar cc enjin kereta anda, maka semakin mahal harga roadtax kereta anda. Manakala, semakin kecil cc enjin kereta anda, semakin murah harga roadtax kereta yang perlu anda bayar setiap tahun.

Namun, ada beberapa penetapan dan beberapa tahap bagi sesebuah harga roadtax kereta perlu dibayar. Contohnya kapasiti untuk 660cc dan 850cc merupakan di bawah satu harga roadtax kereta.

harga roadtax kereta mengikut cc

Senarai harga roadtax kereta mengikut cc bagi rujukan anda

1. Harga roadtax kereta 660cc

Antara kereta yang menggunakan cc enjin 660cc adalah seperti perodua kancil 660 dan juga perodua viva 660.

Kereta-kereta ini masih aktif berada di atas jalan raya dan digunakan oleh golongan dari muda hingga yang berumur.

2. Harga roadtax kereta 850cc

Selain itu, bagi kereta 850cc pula antara jenama dan model kereta tersebut adalah seperti perodua kancil 850cc, perodua viva 850cc dan juga perodua kelisa 850cc.

3. Harga roadtax kereta 1.0cc

Roadtax kereta 1.0 cc adalah dalam kategori kapasiti untuk kereta yang mempunyai cc enjin 1000cc dan ke bawah.

Harga roadtax kereta untuk roadtax kereta 1.0 cc ini merupakan harga yang paling murah bagi kenderaan kereta di negara kita.

Walaupun kereta anda merupakan roadtax kereta 1.0 cc yang mempunyai turbo sebagai tambahan kuasa enjin, harga roadtax kereta 1.0cc tetap sama iaitu berjumlah RM20 sahaja bagi 12 bulan.

Contoh kereta yang merupakan cc enjin 1.0 cc dan ke bawah seperti kancil 660, kancil 850, viva 850, viva 1.0 , axia 1.0cc dan bezza 1.0 cc serta almera 1.0 turbo (generasi kedua).

4. Harga roadtax kereta 1.1 cc

Model dan jenama kereta yang mempunyai cc enjin 1.1 cc kebanyakkannya adalah kereta agak lama sedikit.

Antara kereta tersebut adalah proton tiara, hyundai i10 dan juga kia picanto.

5. Harga roadtax kereta 1.2 cc

Begitu juga dengan kereta-kereta yang mempunyai cc enjin 1.2cc, juga kebanyakkannya adalah revolusi daripada kereta-kereta 1.1 cc tadi yang antaranya seperti kia picanto, hyundai i10 dan juga volkswagen polo.

6. Harga roadtax kereta 1.3 cc

Manakala, roadtax kereta 1.3 cc pula kerap kalau anda nak tahu dengan merujuk dalam geran kereta yang tertulis 1250cc hingga 1349cc.

Jumlah bagi harga roadtax kereta 1.3 cc ini adalah sebanyak RM70 sahaja untuk setahun cukai jalan ini dihidupkan.

Contoh kereta 1.3 cc yang ada di negara kita adalah myvi 1.3cc, bezza 1.3 cc dan saga 1.3 cc.

7. Harga roadtax kereta 1.4 cc

Selain itu, cc enjin bagi 1.4cc juga turut banyak dijual atau dibawa masuk di pasaran kereta di negara kita.

Cc enjin kereta 1.4cc ini sekitar 1351cc hingga 1449cc dengan mana-mana model atau jenama yang mempunyai julat antara cc ini.

Harga roadtax 1.4cc juga agak berbaloi untuk disediakan untuk tahunan iaitu berjumlah RM70 sahaja.

Contoh kereta yang menggunakan 1.4cc seperti golf tsi 1.4, ford fiesta 1.4 dan lain-lain lagi.

8. Harga roadtax kereta 1.5 cc

Seterusnya, roadtax kereta 1.5 cc pula banyak pilihan jenama kereta di negara kita. Antaranya adalah vios 1.5 cc, almera 1.5cc (generasi pertama), myvi 1.5cc dan alza 1.5cc.

Harga roadtax kereta 1.5 cc ini hanya berjumlah sebanyak RM90 sahaja untuk 1 tahun ianya dihidupkan.

Kereta-kereta yang merupakan dalam kategori roadtax kereta 1.5 cc ini ada dua jenis. Satu yang mempunyai kapasiti 1500cc sahaja dan kedua 1500 didatangi bersama turbo.

Kategori di atas memberikan harga roadtax kereta 1.5 cc yang sama iaitu RM90. Manakala, jika didatangi dalam kategori SUV, harga roadtax kereta 1.5cc ini akan berbeza iaitu berjumlah RM120 untuk 12 bulan.

senarai harga roadtax kereta mengikut cc
Senarai harga roadtax kereta mengikut cc

9. Harga roadtax kereta 1.6 cc

Tidak jauh bezanya harga roadtax kereta 1.6 cc ini merupakan had maximum bagi sesebuah harga roadtax kereta berjumlah RM90 (tidak termasuk kereta SUV).

Harga roadtax kereta mengikut cc untuk 1.6cc ini merupakan cara yang paling baik untuk anda berjimat dari segi cukai jalan tahunan.

Contoh keretanya adalah seperti grand livina 1.6cc, proton persona 1.6cc serta saga 1.6cc.

10. Harga roadtax kereta 1.7 cc

Masuk saja cc enjin 1.7cc, maka nilai cukai jalan dikira berdasarkan setiap 1 jumlah cc.

Ada juga kereta yang menggunakan cc enjin 1.7cc tapi agak jarang sebenarnya untuk dijumpai.

Salah satunya adalah seperti model kereta dari honda stream 1.7cc yang merupakan keluaran tahun 2001 dari generasi pertamanya.

Harga roadtax 1.7cc adalah sekitar RM220.40 hingga RM345 dari segmen saloon dan juga non-saloon untuk cc enjin dari 1651cc hingga 1750cc.

11. Harga roadtax kereta 1.8 cc

Namun, sebaliknya bagi cc enjin berkapasiti 1.8 cc ini. Harga roadtax kereta 1.8 cc sudah mula menjadi agak mahal dengan harga permulaannya adalah berjumlah RM279 namun di bawah RM300 untuk 1 tahun cukai jalan ini dibuat.

Menurut pengetahuan aku, cc enjin kereta yang besar menyumbang kepada pencemaran udara yang lebih tinggi oleh kerana kuasa yang digunakan membakar lebih tenaga dalam sesebuah enjin kereta.

Disebabkan itulah antara faktornya harga roadtax kereta 1.8 cc ini menjadi agak mahal. Faktor lain seperti kita boleh agak adalah kereta enjin 1.8cc ini merupakan kereta yang mampu dimiliki oleh purata pendapatannya ditahap sederhana dan ke atas.

Antara kereta yang mempunyai cc enjin 1.8 cc adalah honda civic 1.8cc, honda hrv 1.8cc, toyota corolla altis 1.8cc dan proton x70.

12. Harga roadtax kereta 1.9 cc

Di samping itu, kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.9cc juga tidak begitu banyak di pasaran kereta di negara ini.

Ianya tetap ada antara model dan jenama keretanya adalah seperti isuzu dmax 1.9 .

Jumlah cc ini dikira bermula dari 1851cc hingga 1950cc iaitu dengan harga roadtax bermula dari RM305.50 hingga RM420 sahaja untuk 2 segmen saloon dan non saloon.

13. Harga roadtax kereta 2.0 cc

Seterusnya, roadtax kereta 2.0 cc sudah termasuk dalam kategori cc enjin yang agak besar seiring dengan fungsi kereta tersebut.

Namun, ada juga kereta yang kecil menggunakan enjin 2.0cc ini. Sudah pasti kereta tersebut menjadi pilihan anak-anak muda sekarang ditambah lagi dengan kehadiran turbo.

Kereta yang mempunyai roadtax kereta 2.0 cc ini antaranya seperti volkswagen golf gti, mercedes a45 serta honda fk8.

Harga roadtax kereta 2.0cc ini boleh anda buat rujukan dan ianya bermula dari harga RM379 sahaja bagi 12 bulan tempoh cukai jalan ini setiap tahun.

14. Harga roadtax kereta 2.2 cc

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak juga model-model kereta yang dilengkapi dengan cc enjin 2.2 cc.

Ada yang kereta terkini, dan ada juga jenama dan model kereta terdahulu yang terdiri daripada cc enjin 2.2 cc.

Cc enjin 2.2 ini agak jarang sebenarnya jenama kereta akan keluarkan tetapi tetap ada juga yang ingin memasuki market segmen enjin ini sebagai memeriahkan pilihan kepada orang ramai.

15. Harga roadtax kereta 2.3 cc

Manakala, untuk kereta yang menggunakan enjin 2.3 cc termasuk dalam kategori nilai cc dari 2251cc hingga 2350cc.

Tak banyak kereta dilengkapi enjin 2.3cc ini antaranya seperti ford mustang 2.3 dan juga mazda 8 2.3 .

Harga roadtax kereta 2.3cc bermula dari RM631 hingga RM730 sahaja.

16. Harga roadtax kereta 2.4 cc

Begitu juga dengan roadtax kereta 2.4 cc. Kebanyakkan dari kereta yang mempunyai cc enjin 2.4 ini merupakan kereta keluarga yang besar.

Contohnya seperti kereta toyota alphard dan toyota vellfire. Kereta-kereta ini sangat sesuai dengan enjin sebesar ini supaya kuasa bagi menggerakkan kereta tersebut adalah kuat.

Harga roadtax kereta 2.4cc ini adalah bermula dengan harga sebanyak RM700 untuk minimum.

17. Harga roadtax kereta 2.5 cc

Manakala, sama juga dengan harga roadtax kereta 2.5 cc. Namun, tetap ada perbezaan walaupun beza 100cc dengan roadtax kereta 2.4 cc tadi.

Kebanyakkannya adalah disebabkan model keluaran kereta ini adalah lain. Contohnya toyota hilux 2.5cc dan mitsubishi 2.5 cc

Untuk harga roadtax kereta 2.5 cc ini kebanyakkannya bermula dengan RM800 dan ke atas. Tidak jauh dengan cc enjin roadtax kereta 2.4cc.

18. Harga roadtax kereta 2.6 cc

Antara enjin paling sangat rare adalah seperti enjin 2.6cc di negara kita ada tapi model kereta lama seperti nissan gtr r32.

Harga roadtax kereta 2.6cc adalah sekitar RM921.60 hingga RM1255 sahaja berdasarkan cc enjin bermula dari 2551cc hingga 2650cc.

19. Harga roadtax kereta 2.7 cc

Keluaran model dan jenama kereta untuk 2.7cc antaranya adalah seperti toyota fortuner 2.7 .

Harga roadtax kereta 2.7cc bermula dari RM1081.60 hingga RM1505 sahaja berdasarkan 2 segmen saloon dan non saloon.

20. Harga roadtax kereta 2.8 cc

Kebiasaan makin tinggi cc enjin makin kurang kereta akan menggunakan enjin ini salah satunya adalah 2.8cc.

Tetapi ianya tetap jadi pilihan jenama terkenal seperti toyota hilux 2.8 untuk kegunaan pacuan 4×4 mereka di pasaran negara ini.

Harga roadtax kereta 2.8cc adalah bermula dari RM1241.60 hingga RM1755 sahaja dari jumlah cc 2751cc hingga 2850cc.

21. Harga roadtax kereta 2.9 cc

Selain itu, untuk kereta dari jenama dan model yang menggunakan enjin 2.9cc pula antaranya seperti porche panamera 2.9 .

Harga roadtax kereta 2.9cc bermula dari RM1401.60 hingga RM2005 sahaja.

22. Harga roadtax kereta 3.0 cc

Kebanyakkan kereta yang mempunyai cc enjin sebesar 3.0 cc ini merupakan kereta-kereta sport seperti bmw m2, bmw m3 dan seterusnya.

Harga roadtax kereta 3.0 cc ini minimum bermula dengan harga RM2,000 untuk setahun ianya dihidupkan cukai jalan.

23. Harga roadtax kereta 3.2 cc

Antara kereta-kereta yang menggunakan cc enjin 3.2 adalah seperti kereta volkswagen golf r32.

Terdaoat juga kereta-kereta suv yang majoritinya dilengkapi dengan cc enjin 3.2 cc ini.

24. Harga roadtax kereta 3.5 cc

Begitu juga dengan kereta-kereta yang dilengkapi dengan enjin kereta 3.5 cc yang terdiri daripada kereta mewah dan bersaiz besar.

Harga roadtax 3.5 cc adalah bermula dengan RM2,300 dan berpatutan berdasarkan enjin yang digunakan.

25. Harga roadtax kereta 3.6 cc

Kategori untuk kereta yang menggunakan enjin 3.6cc adalah antara kereta-kereta ekslusif dan berkuasa besar sesuai dengan reka ciptanya.

Kadar harga roadtax 3.6 cc ada;ah minimum bermula dari RM2,500 hinggalah RM5,000 sahaja berdasarkan pelbagai jenis kereta yang digunakan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

14 responses to “Senarai harga roadtax kereta mengikut cc”

  1. […] Baca juga : Senarai harga roadtax kereta mengikut cc […]

  2. […] Artikel berkaitan : Harga roadtax kereta mengikut cc […]

  3. […] Artikel berkaitan : Harga roadtax kereta mengikut cc […]

  4. […] Artikel berkaitan : Harga roadtax kereta mengikut cc […]

  5. […] roadtax kereta 1.6 cc . Berapakah harga roadtax kereta mengikut cc yang perlu dibelanjakan untuk semua kereta yang mempunyai cc enjin kereta 1.6 cc […]

  6. […] roadtax kereta 1.5 cc. Berapakah harga roadtax kereta mengikut cc untuk kereta yang memiliki cc enjin sebanyak 1.5cc ? Adakah nilai bagi roadtax kereta 1.5 cc semua […]

  7. […] roadtax kereta 2.4 cc . Berapakah sepatutnya harga roadtax kereta mengikut cc yang perlu anda belanjakan setiap tahun bagi kereta 2400cc atau 2.4cc ini […]

  8. […] roadtax kereta 2.5 cc. Berikut merupakan harga roadtax kereta mengikut cc terutamanya kepada roadtax kereta 2.5 cc yang anda gunakan atau bakal anda miliki akan […]

  9. […] roadtax kereta 1.0 cc. Berapakah harga roadtax kereta mengikut cc bagi kereta-kereta yang dilengkapi dengan keupayaan enjin kereta berjumlah 1.0 cc […]

  10. […] roadtax kereta 3.0 cc . Berapakah harga roadtax kereta mengikut cc yang perlu dibayar setiap tahun mengikut model dan jenama kereta yang anda gunakan […]

  11. […] roadtax kereta 2.2 cc. Berapakah harga roadtax kereta mengikut cc perlu dibayar bagi setiap model dan jenama kereta yang dilengkapi dengan cc enjin 2.2 cc […]

  12. […] roadtax kereta 3.5 cc . Berapakah harga roadtax kereta mengikut cc yang menggunakan enjin berjumlah 3.5 cc berdasarkan model serta jenama kereta yang terdapat di […]

  13. […] roadtax kereta 3.2 cc. Berapakah harga roadtax kereta mengikut cc yang perlu dibayar bagi setiap pemilik kereta yang menggunakan cc enjin 3.2 cc […]

  14. […] roadtax kereta 3.6 cc. Berapakah harga roadtax kereta mengikut cc yang terdiri daripada model serta jenama kereta yang mempunyai cc enjin 3.6 cc […]

Leave a Reply