Harga roadtax kereta Proton X90. Berapakah harga roadtax kereta untuk sebuah kereta bersaiz SUV pilihan keluarga iaitu proton x90 ?
Renew roadtax kereta atau cukai jalan raya merupakan satu tanggungjawab para pemilik kereta di negara kita.
Roadtax x90 juga perlulah dihidupkan dari awal ianya dibeli dan juga sepanjang ianya digunakan diatas jalan raya.
Walaupun jarang menggunakan kereta ini atas sebab ianya hanya digunakan untuk perjalanan jauh sahaja, menghidupkan roadtax kereta proton x90 amatlah perlu kerana ia melindungi bukan sahaja kemalangan.
Hal ini kerana, perlindungan dari insurans kereta memerlukan cukai jalan raya kereta yang masih hidup walaupun berlaku kebakaran mahupun kecurian.
Jumlah cc enjin kereta Proton X90
Untuk pengetahuan anda sebagai pemilik atau bakal pemilik kereta proton x90 ini, setiap tahun adalah wajib untuk renew roadtax kereta.
Setiap kereta mempunyai nilai roadtax kereta tersendiri berdasarkan enjin yang digunakan oleh jenama serta model kereta yang digunakan.
Ada yang membeli jenama dan model kereta yang sama tetapi mempunyai enjin yang berbeza antara satu dengan lain.

Kereta proton x90 ini dilancarkan hanya dengan 1 cc enjin kereta sahaja di pasaran negara kita.
Nilai cc enjin kereta proton x90 adalah 1477cc atau 1.5cc. Ramai yang tidak percaya dengan cc enjin kereta proton x90 yang kecil namun perlu menampung berat kereta sehingga 1.7 tan.
Namun, ianya adalah sesuai kerana dilengkapi dengan bantuan turbo yang membantu akan kecekapan ketika ianya meluncur pergi.
Berapa harga roadtax kereta Proton X90 sepatutnya ?
Adakah dengan bantuan turbo dengan cc enjin sebanyak 1.5cc membuatkan harga roadtax proton x90 ini menjadi lebih rendah ?
Jawapannya adalah benar. Kelebihan bagi kereta yang mempunyai berat dan rangka yang besar yang dilengkapi dengan turbo membuatkan penggunakan enjin kereta yang lebih kecil.
Nilai roadtax kereta ditentukan dari jumlah cc enjin kereta. Jadi, harga roadtax kereta proton x90 boleh dikatakan berpatutan iaitu sekitar RM120 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan atau 1 tahun.
Sekiranya tiada sebarang bantuan turbo, maka cc enjin yang lebih besar diperlukan oleh kereta ini.