Harga roadtax kereta bezza

Harga roadtax kereta bezza. Perodua Bezza merupakan sebuah kereta jenis sedan yang menjadi pilihan ramai orang di Malaysia.

Keluaran bagi kereta bezza mempunyai 2 jenis kuasa kuda enjin. Iaitu ia terdiri daripada 1000cc dan juga 1300cc.

Kemudahan kereta keluarga ini mempunyai kelengkapan pada bonetnya yang luas dan besar memudahkan bagi mengisi pelbagai barang keperluan.

Namun, adakah pilihan kereta bezza ini tepat bertepatan dengan harga roadtax kereta perodua bezza ini? Adakah harga roadtax bezza ini mahal? Atau ia sangat berpatutan ?

Berapakah harga roadtax kereta bezza ?

Lihat jadual di bawah untuk membezakan harga roadtax kereta bezza untuk 6 bulan dan 12 bulan.

Perodua BezzaRoadtax 6 BulanRoadtax 12 Bulan
1000ccRM10RM20
1300ccRM35RM70
Jadual 1

Nilai di atas adalah mengikut ketetapan roadtax kereta perodua bezza tidak kira model pertama sehingga model terkini.

Tiada beza model lama dan baru dari segi enjinnya. Ia hanya perubahan kepada design aspek luar dan dalam bahagian aksesori kereta.

Harga roadtax 1.3 cc dan 1.0cc adalah dalam kategori harga yang sangat berpatutan bagi cukai jalan.

Cara nak buat roadtax kereta bezza dengan mudah

Ikuti langkah-langkah di bawah bagi anda yang baru nak buat roadtax kereta bezza sendiri :

  1. Hidupkan insurans kereta bezza anda.
  2. Survey harga insurans kereta bezza di beberapa tempat.
  3. Buat insurans kereta bezza perlu dibuat dengan cara pergi ke branch insurans yang anda mahu atau dicadangkan oleh ahli keluarga atau rakan.
  4. Jika tidak buat pada branch insurans, anda boleh buat di pejabat pos, agent-agent insurans yang berdaftar kecuali JPJ.
  5. Pastikan anda jelas dengan terma dan syarat sebelum bersetuju hidupkan insuran kereta bezza.
  6. Dah selesai buat insuran, dapatkan polisi insuran atau covernote insurans kereta bezza anda.
  7. Pergi ke JPJ untuk buat roadtax kereta bezza anda.
  8. Di JPJ tidak disediakan insurans jadi anda perlu membuat insuran di luar sebelum hadirkan diri ke JPJ terdekat.
  9. Bawa kad pengenalan dan polisi insurans ke JPJ.
  10. Anda boleh membuat pilihan untuk buat roadtax 6 bulan atau 1 tahun.
  11. Buat pembayaran dengan harga roadtax kereta bezza mengikut jenis cc kereta bezza anda.
  12. Dapatkan roadtax kereta bezza anda.
  13. Selesai.

Adakah boleh buat cukai jalan kereta bezza di pejabat pos ?

Boleh. Roadtax kereta bezza boleh dibuat di pejabat pos. Tambahan pula, anda boleh juga buat kedua insurans serta roadtax kereta bezza anda terus di pejabat pos.

Terdapat beberapa cas tambahan yang akan perlu anda bayar bila buat roadtax di pejabat pos. Ia tidaklah mahal yang penting roadtax anda siap.

Bila waktu atau tempoh sebaiknya hidupkan roadtax kereta bezza ?

Tempoh nak hidupkan roadtax kereta bezza anda sebaiknya adalah seminggu sebelum ianya tamat. Kenapa tidak boleh buat awal ?

Untuk pengetahuan, anda boleh membuat roadtax seawal 2 bulan sebelum ianya tamat. Namun, terdapat beberapa sebab yang aku beri cadangan supaya buat seminggu sebelum ianya tamat.

Kalau buat sehari sebelum tamat bolehkah? Boleh. Cumanya bagi mengelakkan anda teratur dalam nak buat roadtax, adalah sebaiknya seawal seminggu.

harga roadtax kereta bezza

Contohnya pengalaman yang terjadi kepada aku, esok harinya roadtax kereta aku tamat. Jadi, bila nak buat roadtax tu datang la ke JPJ.

Waktu petang aku hadirkan diri ke JPJ, tiba-tiba begitu ramai orang membuatkan aku tak sanggup untuk menunggu.

Ramai itu bukan biasa-biasa punya ramai. Ia diluar jangkaan aku pada waktu itu.

Sebab itu aku sarankan buat awal seminggu bagi mengelakkan perkara ini. Tambahan pula, terdapat sebab-sebab lain yang membuatkan roadtax kereta itu boleh menjadi tertangguh.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga roadtax kereta bezza”

  1. […] Tak salah nak buat kajian sedikit tentang harga insurans kereta bezza sebelum kita nak memilikinya. Selepas itu buat sekali survey tentang harga roadtax kereta bezza. […]

  2. […] hanyalah sebanyak rm70 sahaja untuk 1 tahun. Tak kira model bezza 2019 mahupun model bezza 2020 harga roadtax kereta bezza ini tetap […]