Harga roadtax kereta di pejabat pos

Harga roadtax kereta di pejabat pos. Pasti anda tertanya-tanya berapakah harga kalau buat cukai jalan kereta di pejabat pos ?

Adakah harga roadtax kereta sama seperti di tempat lain ? Atau ianya berbeza kerana ia merupakan roadtax yang diprint dari pejabat pos ?

Apa yang pasti roadtax kereta tetap akan anda dapat sama seperti di tempat lainnya. Kerana satu negara telah ditetapkan kepada satu jenis dan bentuk kertas roadtax kereta.

Berapakah harga roadtax kereta di pejabat pos ?

Ketetapan harga roadtax kereta adalah seperti di bawah mengikut saiz cc enjin kereta anda :

Saiz CC Enjin KeretaContoh KeretaHarga Roadtax Kereta
1.0cc dan ke bawahAxia, Kancil, Viva, Myvi 1.0cc , Kelisa, Nissan
Almera 1.0cc Turbo
RM20
1.3cc atau 1300ccMyvi 1.3cc, Gen2 1.3cc , Saga 1.3cc, BezzaRM70
1.5cc atau 1500ccMyvi 1.5cc, Vios, City, Almera 1.5cc,
Civic 1.5cc Turbo, Persona 1.6cc
RM90
1.8cc atau 1800ccHrv 1.8cc, Wira 1.8cc, Wish, Inspira, PreveRM279
2.0cc atau 2000ccInspira, Perdana, Civic 2.0, Stream, Accord, Camry,
Caldina, Wish 2.0cc
RM379

Bayaran roadtax kereta yang akan anda buat di pejabat pos nanti adalah seperti di jadual di atas. Namun, yang membezakan harga cukai jalan kereta anda di pejabat pos dan di tempat lain adalah caj tambahan yang akan dikenakan.

Berapakah caj tambahan yang akan dikenakan untuk buat cukai jalan kereta di pos office ?

Caj tambahan ini merupakan caj perkhidmatan. Jadi, ia tidaklah mahal seperti yang anda sangka.

Mengikut pengalaman sendiri, jika pemilik sendiri yang hadir, maka caj perkhidmatan akan dikenakan dalam rm2 sahaja.

Namun, jika selain dari pemilik yang hadir dan menjadi wakil kepada anda untuk buatkan roadtax kereta tersebut, maka caj perkhidmatan adalah sebanyak rm7 sahaja.

Yang membezakan adalah sebanyak rm5 sahaja. Maka, jika rakan-rakan, atau pasangan atau adik-beradik anda yang buatkan roadtax kereta anda, caj rm7 akan dikenakan kepada mereka termasuk dengan harga roadtax yang asal.

harga roadtax kereta di pejabat pos

Contohnya :

Roadtax kereta Vios 1.5cc : RM90

Caj Perkhimatan : RM7

Jumlah : RM97 sahaja perlu di bayar untuk harga roadtax kereta jika buat di pejabat pos.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga roadtax kereta di pejabat pos”

  1. […] anda boleh rujuk maklumat lebih lengkap tentang harga roadtax kereta di pejabat pos […]