Harga roadtax kereta Proton Waja

Harga roadtax kereta Proton Waja. Berapakah harga roadtax kereta untuk sebuah kereta dari jenama tempatan yang agak terkenal dahulu iaitu proton waja ?

Setiap kereta diwajibkan untuk menghidupkan roadtax kereta setiap tahun. Bukan sekadar kereta malah untuk semua kenderaan.

Sebaik sahaja memiliki kereta, renew roadtax kereta merupakan antara tugas utama perlu dibuat oleh setiap pemilik kereta.

Ianya tidak boleh terlepas pandang sama sekali walaupun anda seorang yang jarang menggunakan kereta.

Alasan tersebut tidak boleh digunakan kerana jika secara tiba-tiba hendak menggunakan kereta tersebut, sudah pasti anda menggunakan jalan raya tanpa roadtax kereta serta perlindungan insurans kereta.

Jadikan ianya salah satu rutin tahunan yang wajib dilakukan tanpa alpa bagi kemudahan anda terutamanya dan juga kenderaan persekitaran anda.

Di artikel ini, anda akan ketahui tentang kos bagi roadtax kereta waja yang sepatutnya dibelanjakan setiap tahun.

Jumlah cc enjin Proton Waja

Apakah itu cc enjin ? Cc enjin adalah bacaan mudah yang digunakan bagi setiap kereta yang dilengkapi enjin kereta.

Bacaan enjin kereta sangat penting untuk menentukan nilai bagi roadtax kereta yang perlu dibayar setiap tahun.

Roadtax kereta atau cukai jalan ini akan kekal selagi tiada sebarang penukaran enjin kereta yang berbeza cc dan juga tiada perubahan dilakukan oleh pihak berkuasa itu sendiri.

Ada kereta membuat penukaran enjin kereta yang lebih besar cc enjin dan akan memberi kesan kepada jumlah kos roadtax kereta yang perlu dibayar.

harga roadtax kereta proton waja

Bagi roadtax kereta proton waja, ianya terdiri daripada 2 cc enjin yang berlainan. Antara enjin kereta waja yang terdapat di pasaran negara kita adalah 1.6cc dan juga 1.8cc.

Cc enjin proton waja 1.6cc mempunyai 2 jenis enjin iaitu waja mmc dan juga waja campro yang mempunyai nilai cc 1.6 secara teliti yang berbeza.

Jumlah bacaan cc enjin waja mmc 1.6cc adalah berjumlah 1584cc. Manakala, bagi waja campro 1.6cc pula bernilai 1597cc.

Manakala, bagi proton waja 1.8 pula terdiri daripada cc enjin 1784cc yang dikuasakan bersama dengan enjin Renault F4P.

Berapakah harga roadtax kereta Proton Waja sebenarnya ?

Roadtax waja yang akan diberikan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu untuk 1.6cc dan juga 1.8cc.

Seperti yang anda lihat bagi proton waja 1.6 mempunyai 2 enjin yang berlainan. Namun, keduanya di bawah satu kategori roadtax waja 1.6 yang harganya telah dikawal.

Harga roadtax waja 1.6 adalah berjumlah sebanyak RM90 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.

Artikel lanjut : Harga roadtax kereta proton waja 1.6

Manakala, harga roadtax kereta waja 1.8 pula berjumlah sebanyak RM273.60 sahaja dengan tempoh yang sama iaitu 12 bulan.

Artikel lanjut : Harga roadtax kereta proton waja 1.8


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga roadtax kereta Proton Waja”

  1. […] roadtax kereta Proton Waja 1.6 . Berapa harga roadtax kereta proton waja yang sepatutnya dibelanjakan bagi setiap tahun khasnya yang membeli proton waja 1.6 […]

  2. […] roadtax kereta Proton Waja 1.8 . Berapakah harga roadtax kereta proton waja yang masih berada di pasaran lebih-lebih lagi bagi proton waja 1.8 […]