Harga roadtax kereta Toyota Corolla Altis

Harga roadtax kereta Toyota Corolla Altis. Berapakah harga roadtax kereta yang antara kereta sedan yang selesa untuk dimiliki iaitu toyota corolla altis ?

Kereta corolla altis dibawa masuk oleh pihak toyota semenjak dari tahun 2008 lagi hingga kini.

Pemilihan kereta ini dianggap sebagai kereta keluarga sederhana kecil yang agak selesa bagi perjalanan dekat mahupun jauh.

Walaupun ada yang ingin membeli kereta toyota corolla altis secara secondhand, ianya sangat berbaloi untuk dimiliki oleh kerana barangannya yang tahan lasak.

Lebih-lebih lagi yang ingin membeli kereta toyota corolla altis yang terbaru yang juga dikenali sebagai toyota corolla.

Toyota corolla altis ini sangatlah dialu-alukanuntuk dimiliki sekiranya anda mementingkan keselesaan dan ketahanan.

Di artikel kali ini, kita akan fokuskan kepada roadtax kereta toyota corolla altis yang dituju kepada bakal atau yang baru sahaja membeli kereta ini.

Kepada yang sudah lama menggunakan kereta toyota corolla dan ingin menukar kepada model yang sama juga turut boleh membuat rujukan di sini.

Jumlah cc enjin kereta Toyota Corolla Altis

Cc enjin merupakan satu bacaan yang digunakan oleh kereta-kereta yang dilengkapi dengan enjin kereta.

Pihak berkuasa akan merujuk kepada jumlah cc enjin sebagai penentu kepada kos bagi roadtax kereta yang bakal dibayar oleh setiap pemilik kereta bagi model dan jenama tertentu.

harga roadtax kereta toyota corolla altis

Bagi sebuah kereta toyota corolla altis atau model terkini dikenali sebagai toyota corolla (sedan). Ianya dibawa masuk bermula sekitar dari tahun 2001 lagi.

Sebelum dari tahun itu juga model dan juga jenama toyota corolla telah pun lama dilancarkan di negara kita.

Nak memudahkan, kita akan fokus kepada model toyota corolla altis yang antara terkini yang bermula dari tahun 2001.

Untuk toyota corolla altis dari tahun 2001 hingga 2007 terdiri daripada 2 cc enjin iaitu 1.6cc atau 1598cc dan 1.8cc atau 1794cc.

Bermula dari tahun 2008 hingga 2013 pula terdapat generasi baru toyota corolla altis dengan cc enjin 1.6cc atau 1598cc, 1.8cc atau 1794cc dan juga 2.0cc atau 1987cc.

Selepas dari itu tahun 2014 hingga 2023 pula dengan generasi baru toyota corolla altis dilengkapi dengan 2 cc enjin iaitu 1.8cc atau 1798cc dan juga 2.0cc atau 1987cc.

Akan tetapi dari tahun 2019 hingga 2023 terdapat model toyota corolla altis facelift yang hanya mengekalkan 1 cc enjin iaitu 1.8cc atau 1798cc.

Bermula dari tahun 2024 hingga kini, toyota corolla altis telah dijenamakan semula. Ianya ditukar kepada toyota corolla (sedan) dengan hanya 1 cc enjin iaitu 1.8cc atau 1798cc.

Berapakah harga roadtax kereta Toyota Corolla Altis mengikut cc ?

Berikut merupakan senarai harga roadtax kereta toyota corolla altis berdasarkan cc enjin sejak ianya dilancarkan pada tahun 2001 hingga kini :

Harga roadtax kereta Toyota Corolla Altis 1.6

Model kereta toyota corolla altis tidak begitu lama yang menggunakan cc enjin 1.6cc. Hanya generasi yang lama corolla altis 1.6 mengekalkan cc enjin ini.

Jika dilihat pada generasi kereta toyota corolla altis yang pernah menggunakan cc enjin 1.6cc adalah daripada tahun 2001 hingga 2007.

Generasi toyota corolla altis 1.6 diteruskan pada generasi seterusnya pada tahun 2008 hingga 2012.

Kedua-dua generasi toyota corolla altis 1.6 yang berbeza ingin menggunakan nilai cc penuh yang sama daripada enjin yang sama.

Jumlah cc enjin corolla altis 1.6 tersebut adalah sebanyak 1598cc. Berdasarkan nilai cc enjin ini, ianya berada di bawah harga roadtax kereta kawalan.

Harga roadtax kereta toyota corolla altis 1.6 adalah berjumlah RM90 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.

Namun, harga roadtax corolla altis 1.6 ini belum termasuk lagi dengan harga insurans kereta corolla altis 1.6 .

harga roadtax kereta toyota corolla altis 1.6

Harga roadtax kereta Toyota Corolla Altis 1.8

Berbeza pula dengan corolla altis 1.8 hampir kesemua generasi enjin ini digunakan sesuai dengan segmen dan juga berat kereta ini.

Bermula dari tahun 2001 hingga 2007, kereta toyota corolla altis 1.8 menggunakan jumlah cc bernilai 1794cc.

Pada generasi toyota corolla altis 1.8 seterusnya bermula dari tahun 2008 hingga 2013 mengguna cc enjin berjumlah 1798cc.

Selepas itu, toyota corolla altis 1.8 pada tahun 2014 hingga 2023 menggunakan cc enjin yang sama iaitu 1798cc.

Kemudian dari tahun 2003 hingga sekarang, toyota corolla altis 1.8 telah ditukar kepada nama toyota corolla 1.8 dengan mengekalkan enjin yang juga sama iaitu 1798cc.

Menurut cc enjin pada generasi toyota corolla altis 1.8 yang telah dinyatakan, terdapat dua jumlah cc enjin yang boleh anda kenal pasti iaitu 1794cc dan juga 1798cc.

Jika anda keliru generasi dan tahun manakah kereta toyota corolla altis 1.8 atau toyota corolla 1.8 anda yang mana, maka paling mudah adalah rujuk kepada geran kereta anda.

Ianya akan menyatakan nilai yang lebih tepat sama ada 1794cc atau 1798cc untuk roadtax altis 1.8 anda.

Harga roadtax kereta toyota corolla altis 1.8 untuk 1794cc adalah berjumlah RM277.60 sahaja untuk 12 bulan.

Manakala, harga bagi road tax toyota altis 1.8 bagi 1798cc ialah bernilai RM279.20 sahaja untuk 12 bulan penggunaan.

Bezanya tidak begitu banyak, namun tetap perlu ditambah dengan duit dari poket anda.

harga roadtax kereta toyota corolla altis 1.8

Harga roadtax kereta Toyota Corolla Altis 2.0

Enjin 2.0cc merupakan cc enjin tertinggi pernah digunakan oleh kereta corolla altis. Namun, bukan semua generasi dan juga tahun dilengkapi dengan enjin ini.

Begitu juga dengan kereta toyota corolla altis 2.0 , ada terdapat 2 generasi kereta ini menggunakan enjin 2.0 .

Generasi toyota corolla altis 2.0 dari tahun 2008 hingga 2013 dan juga generasi dari tahun 2014 hingga 2018.

Kedua-dua generasi toyota corolla altis 2.0 ini menggunakan cc enjin yang sama iaitu berjumlah sebanyak 1987cc.

Harga roadtax kereta toyota corolla altis adalah berjumlah sebanyak RM373.50 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.

Pilihan bagi membuat roadtax kereta toyota corolla altis 2.0 selama 6 bulan juga turut dibolehkan dengan harga RM186.75 sahaja.

Harga roadtax toyota corolla a;tis 2.0 ini belum lagi termasuk dengan harga insurans kereta toyota corolla altis 2.0 .

harga roadtax kereta toyota corolla altis 2.0

Posted

in

by

Tags:

Comments

3 responses to “Harga roadtax kereta Toyota Corolla Altis”

  1. […] roadtax kereta Toyota Corolla Altis 1.6 . Berapakah harga roadtax kereta toyota corolla altis yang terdiri daripada beberapa model antaranya adalah toyota corolla altis 1.6 […]

  2. […] roadtax kereta Toyota Corolla Altis 1.8 . Berapakah harga roadtax kereta toyota altis yang sepatutnya dibelanjakan terutamanya bagi toyota corolla altis 1.8 […]

  3. […] roadtax kereta Toyota Corolla Altis 2.0 . Berapakah harga roadtax kereta toyota corolla altis yang perlu dibayar setiap tahun lebih-lebih lagi yang ingin memiliki toyota corolla altis 2.0 […]