Road tax motor
Roadtax motor merupakan majoriti paling ramai yang hidupkan selepas kereta. Lebih-lebih lagi zaman permotoran meningkatkan lagi permintaan motor seperti Yamaha Rxz dan Yamaha Y15.
Jadi, bilangan kenderaan yang banyak ini tidak terlepas dari menghidupkan roadtax motor setiap tahun.
Anda boleh lihat contoh roadtax motor yang sebenar setelah anda selesai menjalani proses renew roadtax motor.
Harga renew roadtax motor
Roadtax motor tidak semahal roadtax kereta. Cc enjin menjadi rujukan pada harga untuk setiap motor.
Jika roadtax motor 150cc dan ke bawah berharga hanya rm2 sahaja.
Roadtax motor hilang
Bagi kes roadtax motor hilang, ianya bukan perkara yang kita sangka. Anda boleh dapatkan roadtax yang baru dengan hanya rujuk di JPJ berdekatan. Datang ambil nombor dan tunggu giliran untuk sampai ke kaunter Jpj.
Denda perlu dibayar sebelum mendapatkan roadtax motor. Ada orang hanya biarkan saja atas sebab sudah dekat waktu tamat tempoh roadtax. Tetapi risiko untuk disaman perlu ditanggung sendiri.
Hanya di Jpj sahaja boleh anda dapatkan kertas roadtax yang baru. Selain dari Jpj, ianya tidak diberi kuasa bagi urusan ini walaupun pejabat pos.
Bayaran roadtax motor
Pembayaran boleh dibuat mengikut tempat anda membuat roadtax. Contoh di Jpj anda boleh bayar secara cash ataupun guna kad debit.
Sambung roadtax motor
Istilah sambung roadtax motor adalah bagi kes insurans tidak cukup 1 tahun. Jadi penambahan insurans motor perlu dibuat bagi menyambung roadtax motor yang sudah tamat.
Cara hidupkan roadtax motor mati lebih setahun
Hidupkan seperti biasa di Jpj, pejabat pos ataupun di myeg. Yang penting roadtax motor anda tidak melebihi 3 tahun tamat tempoh.
Baca juga : Bayar roadtax motor di pejabat pos
Hilang roadtax motor, owner berada di luar negara
Jika anda hilang roadtax motor, anda boleh membuat baru hanya di Jpj sahaja. Tidak boleh di tempat lain. Kerana thumbprint anda sebagai pemilik (owner) WAJIB diambil di Jpj.
Selain pemilik (owner), tidak boleh membuat roadtax yang baru walaupun anda ahli keluarga mahupun isteri/suami owner.
Cara buat roadtax motor
Anda boleh pergi ke JPJ, pejabat pos atau boleh buat secara online di website myeg. Ada orang suka ke Jpj terus. Tapi perlu kesabaran menunggu di waktu kemuncak.
Manakala di pejabat pos, agak ramai juga orang kerana terdapat beberapa urusan lain selain membuat roadtax menghadkan masa anda dan perlu menunggu.
Buat online di myeg kadang ada juga kelebihan. Kadang ada juga beberapa masalah teknikal menyebabkan roadtax motor anda lewat sampai.
Harga roadtax motosikal dan insurans motor
Harga insurans motor bergantung kepada anda yang inginkan 1st party atau 3rd party. Bergantung kepada anda sebagai pemilik motor samaada pilih harga insurans motor murah atau mahal. Yang penting insurans perlu dihidupkan.
Namun bagi harga roadtax motor tetap akan sama. Sama itu mengikut cc enjin yang telah didaftarkan. Harga roadtax motor sejak dari beli hingga berpuluh tahun akan datang tetap akan sama jumlahnya. Namun juga, tertakluk kepada perubahan yang digubah oleh pihak Jpj.
Renew roadtax motor
Proses bagi renew roadtax motor mempunyai beberapa cabang. Ada orang mempunyai masalah renew roadtax motor tanpa puspakom.
Manakala, ada juga renew roadtax motor tanpa geran. Ianya bergantung kepada situasi yang dihadapi oleh anda sendiri. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di renew roadtax motor.
Tempoh renew roadtax motor
Ada dua tempoh iaitu 6 bulan dan 1 tahun. Majoriti akan terus membuat 1 tahun renew roadtax. Namun terdapat juga kes roadtax motor perlu membuat roadtax 6 bulan. Contohnya kes kematian pemilik (owner).
Semak roadtax motor
Cara senang nak semak roadtax motosikal melalui kertas roadtax. Kalau kertas roadtax telah hilang, anda boleh rujuk pada kaunter Jpj, pejabat pos atau agent insurans untuk mendapatkan tarikh tamat tempoh roadtax motor anda.
Renew roadtax motor lebih 3 tahun
Anda wajib membuat inspection di puspakom atau di Jpj sebelum membuat renew roadtax motor yang lebih 3 tahun. Hal ini bagi memastikan motor anda berada dalam keadaan selamat semasa menunggang dengan cara sah undang-undang.
Syarat renew roadtax motor
Syarat semasa renew roadtax motor adalah WAJIB menghidupkan insurans. Dalam sistem Jpj, semua syarikat insurans akan mengupdate segala pembaharuan insurans yang dibuat oleh pemilik.
Harga roadtax motor 125zr
Untuk harga roadtax motor 125zr ini adalah rm2 seperti motor lain bawah 150cc, walaupun ianya dikategori sebagai 2 stroke.
Harga roadtax motor 110cc
Untuk harga roadtax moto cc enjin ini adalah sebanyak rm2 untuk 6 bulan. Begitu juga bagi 1 tahun harganya adalah sama.
Myeg roadtax motor
Roadtax motor sudah boleh dibuat di myeg. Hanya layari lawan web myeg, buat pembayaran secara online dan mereka akan membuat penghantaran roadtax motor setelah siap.
Harga roadtax motor 125cc
Tidak mengira 2 stroke ataupun 4 stroke bagi harga roadtax motor 125cc enjin ini, harganya tetap sama iaitu rm2.
Harga roadtax motor lc135
Bagi pemilik motor ini, harga roadtax motor yamaha lc135 adalah hanya rm2. Selagi ianya di bawah 151cc, harga roadtax bagi 1 tahun atau 6 bulan adalah hanya rm2 sahaja.
Renew roadtax motor murah
Roadtax motor memang agak murah, yang menjadi faktor mahal adalah jenis insurans yang digunakan. Namun, biar bayar lebih, janji cover untuk kemalangan.
Harga roadtax dan insurans motor 250cc
Bagi isu ini, harga insurans motor bergantung kepada pemilik itu sendiri untuk membuat cover tinggi atau rendah.
Untuk harga roadtax motor 250cc sahaja adalah rm50 bagi 1 tahun.
Renew roadtax motor lebih 2 tahun
Anda masih boleh renew roadtax motor lebih 2 tahun jika masih lagi tidak menghidupkan roadtax. Yang penting ia tidak melebihi had 3 tahun dari tarikh akhir roadtax motor itu tamat.
Hal ini adalah bagi mengelakkan anda dari membuat inspection di puspakom. Bila dah melibatkan inspection puspakom, maka terdapat beberapa kos yang perlu anda keluarkan.
Keadaan motor hendaklah berada dalam keadaan yang baik supaya inpsection puspakom anda itu mendapat keputusan lulus.
Renew roadtax motor tanpa geran di pejabat pos
Dokumen yang anda perlu bawa adalah polisi insurans yang lama atau yang telah anda perbaharui. Ini adalah bagi pihak pejabat pos membuat rujukan jika anda tidak membawa geran atau pun geran motor sudah hilang.
Renew roadtax motor tanpa insuran
Tiada satu kenderaan yang boleh membuat roadtax jika tidak menghidupkan insurans. Walaupun insurans paling murah,ia tetap mempunyai perlindungan bagi pihak ketiga.
Lambat renew roadtax motor
Jika insurans sudah dibuat, tetapi anda lambat renew roadtax motor, anda akan kerugian dari segi tarikh insurans.
Akan datang anda perlu membuat extend insurans bagi mencukupkan insurans sebagai syarat sebelum menghidupkan roadtax motor 6 bulan.
Insurans motor murah
Insurans motor murah adalah tidak mengira syarikat tempat anda buat insurans itu. Bila anda buat survey pada 3-5 syarikat insurans, anda boleh kenalpasti harga mana yang lebih murah.
Malah, tidak semestinya syarikat yang sama akan menawarkan harga yang rendah juga pada tahun hadapan. Jadi, jika anda rajin membuat survey, anda pasti akan menjumpai insurans motor murah.
Pos Malaysia renew roadtax
Anda boleh membuat urusan renew roadtax motor di pejabat pos Malaysia. Hanya perkara membuat renew sahaja yang boleh dibuat disana.
Termasuklah hidupkan roadtax motor lama di bawah 3 tahun dan juga buat roadtax motor bagi kematian pemilik motor. Jika kedua perkara ini sudah melepasi 3 tahun, anda wajib merujuk ke Jpj.
Baca juga : Hidupkan roadtax motor lama
Perbaharui insuran motosikal online
Sebelum roadtax motor dibuat, kita mempunyai pilihan lain untuk menhidupkan insurans motor. Anda boleh perbaharui insuran motosikal online dengan menaip saja di web insurans.
Masukkan data yang diminta, dan anda akan dapat harga quotation motosikal anda selepas itu.
Insurans motor online
Buat sedikit penyelidikan nama-nama syarikat insurans yang telah berdaftar. Jika anda kurang pasti, gunakan insurans yang pernah anda dengar dan yakin dengan pengurusannya bagi mengelak anda ditipu.
Renew roadtax motor online
Jika anda telah bersetuju dengan harga insurans tadi, anda boleh meneruskan dengan membuat roadtax secara online.
Tempat membuat roadtax motor online setakat ini adalah di website myeg. Setelah roadtax siap diprint, pihak myeg akan menghantar roadtax motor anda mengikut alamat yang ditetapkan anda.
Cara sambung roadtax motor
Jika anda tidak begitu biasa dengan cara sambung roadtax motor secara online, anda boleh saja menghubungi talian hotline pihak myeg untuk mendapatkan bantuan dari A hingga Z.
Renew roadtax motosikal online
Pastikan portal website myeg anda itu betul sebelum anda bayar roadtax motosikal online. Dapatkan resit yang sah selepas pembayaran roadtax motor dibuat.
Roadtex motor
Roadtax motor yang anda buat secara online tadi akan dihantar ke rumah atau pejabat anda atau tempat yang anda persetujui alamat penghantarannya.
Pastikan alamat itu betul dan nombor telefon anda tepat supaya urusan menghantar roadtax motor mudah dilakukan.
Berapa harga renew roadtax motor
Merujuk perkara di atas kita sudah tahu ianya mengikut cc enjin motor anda. Manakala, caj servis tambahan akan dikenakan jika anda membuat roadtax motor selain dari menggunakan servis Jpj itu sendiri.
Servis caj adalah berbeza mengikut tempat anda renew roadtax motor contohnya seperti pejabat pos mahupun agent insurans yang mempunyai mesin print roadtax.
Harga roadtax motor ex5
Motor ex5 adalah antara motor yang mempunyai majoriti bagi kenderaan 2 roda yang berada di atas jalan raya. Semua model ini mempunyai harga roadtax motor ex5 yang sama iaitu hanya rm2 untuk 1 tahun.
Renew roadtax motor myeg
Secara mudahnya, zaman sekarang anda sudah boleh buat roadtax motor secara online. Anda menggunakan sistem myeg terutamanya pada bahagian Jpj untuk membuat roadtax motor.
Roadtax motor mati lebih 6 bulan
Tiada sebarang masalah untuk anda buat roadtax motor kalau dah mati lebih 6 bulan. Buat sahaja seperti biasa walaupun roadtax motor mati lebih 6 bulan.
Hidupkan insurans, kemudian buat roadtax seperti sebelum ini anda buat.
Manakala, roadtax motor anda masih lagi boleh diperbaharui untuk 6 bulan seterusnya jika masih mempunyai baki insurans selama 6 bulan.
Jika insurans anda kurang dari 6 bulan, maka anda perlu membuat extend insurans atau buat tambahan insurans mengikut bilangan hari.
Contohnya, anda punya insurans berbaki 5 bulan 5 hari, jadi anda perlu menambah insurans selama 25 hari sahaja untuk melengkapkan 6 bulan insurans.
Kemudian anda boleh membuat roadtax 6 bulan seperti biasa.
Roadtax mati lebih 30 hari
Menjadi tanda tanya bagi anda adakah ada cas tambahan perlu dibayar jika lambat buat roadtax contohnya roadtax mati lebih 30 hari.
Harga roadtax anda masih kekal sama walaupun anda terlebih hidupkan sebulan atau lebih 30 hari. Tiada sebarang cas tambahan akan dikenakan kepada anda.
Tetapi, bergantung juga pada insurans anda. Jika insurans anda dah dihidupkan 30 hari sebelum ini, kemudian selepas sebulan baru anda nak buat roadtax, anda boleh rujuk disini.
Road tax motor mati lebih 5 tahun
Apakah jalan penyelesaian yang terbaik bagi kes roadtax motor mati lebih 5 tahun ini ? Tentu kita sudah tahu bahawa motor yang road tax mati lebih 5 tahun adalah wajib menjalani pemeriksaan puspakom terlebih dahulu.
Anda mempunyai 2 pilihan iaitu buat pemeriksaan puspakom di branch puspakom berdekatan kediaman anda atau membuat pemeriksaan motor di JPJ negeri anda yang dikenali sebagai PG10.
Bolehkah renew roadtax motor tanpa puspakom ?
Puspakom adalah ditubuhkan bagi membuat pemeriksaan kepada motor-motor yang melebihi tamat tempoh LKM yang dibenarkan. Atas dasar keselamatan pengguna motor dan juga pengguna jalan raya lain, pemeriksaan puspakom adalah wajib dibuat.
Persoalan mengenai renew roadtax motor tanpa puspakom
adalah tidak dibolehkan sama sekali. Motor anda adalah wajib melakukan pemeriksaan atau inspection ini kerana ianya adalah tanggungjawab kita bersama sebelum membawa motor di atas jalan raya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.