Roadtax motor mati lebih setahun

Roadtax motor mati lebih setahun. Masih boleh lagikah untuk anda nak renew roadtax motor yang mati lebih setahun dari tarikh tamat LKM atau lesen kenderaan motor ?

Tempoh sepatutnya anda renew roadtax motor adalah sebaik sahaja ianya tamat. Namun, mungkin terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab mengapa roadtax motor anda tidak dihidupkan sehingga melebihi tarikh luput lkm.

Seperti yang anda tahu renew roadtax motor hanyalah maximum untuk 1 tahun atau 12 bulan sahaja.

Di artikel ini aku nak kongsikan baru-baru ini aku berpengalaman nak renew roadtax motor lebih dari setahun. Maksudnya roadtax motor yang dah mati lebih setahun atau roadtax motor tamat lebih setahun.

Biasalah bila dah beli motor baru, motor lama tu aku dah tak hidupkan roadtax sebabnya aku tidak gunakan lagi atas sebab perlu di overhall keseluruhan bahagian enjin.

Disini, sedikit sebanyak aku kongsikan cara hidupkan roadtax motor mati lebih setahun bagi kemudahan anda semua.

Proses nak buat roadtax motor mati lebih setahun

Sebenarnya proses buat roadtax motor mati lebih setahun sangatlah mudah. Mudah macam mana ? Semudah urusan renew roadtax motor sama seperti roadtax motor baru tamat tempoh roadtax.

Maksud mudahnya, anda hidupkan insurans motor, kemudian renew roadtax motor lebih setahun seperti biasa di mana-mana seperti JPJ, pejabat pos, agent roadtax, myeg mahupun roadtax motor secara online.

Kalau mengikut prosedur dulu yang memerlukan pemeriksaan puspakom, kemudian perlu hidupkan roadtax motor lebih setahun hanya di JPJ sahaja.

Tetapi kali ini, motor roadtax mati lebih setahun sudah tidak perlu lagi dihantar ke puspakom. Terus buat sahaja insurans dan roadtax motor.

Ianya perlu diikuti dengan cara hidupkan roadtax motor mati lebih setahun yang betul agar tidak anda buat kerja 2-3 kali.

Mengapa tidak perlu lagi melakukan inspection puspakom untuk roadtax motor mati lebih setahun ?

Pihak kerajaan telah pun memberi kelonggaran kepada semua pemilik motosikal supaya renew roadtax motor sekiranya masih di bawah 3 tahun dari tarikh tamat tempoh LKM.

Sebenarnya ia merupakan pengetahuan yang baru aku dapat semasa nak hidupkan roadtax pada agent roadtax motor.

Mereka memberitahu bahawa perubahan ini telah dibuat dari 1 tahun kepada 3 tahun dari tamat tempoh LKM.

Tempoh renew roadtax motor ini sudah tentu membuka banyak ruang terutamanya kepada anda yang terlepas peluang untuk buat rotex motor mati lebih setahun.

Lalu aku pun berasa lega kerana proses renew roadtax motor lebih setahun tidak perlu lagi bagi urusan pemeriksaan puspakom.

Cara renew roadtax motor lebih setahun

Berikut merupakan langkah dalam cara renew roadtax motor lebih setahun yang sangatlah mudah bagi anda :

  1. Hidupkan insurans motor.
  2. Buat roadtax motor di mana-mana tempat buat roadtax seperti JPJ, pejabat pos, myeg, agent insurans atau secara online beserta insurans di website.
  3. Tidak perlu membawa motor ke JPJ atau puspakom untuk pemeriksaan.
  4. Dapatkan kertas roadtax secara sah sebaik sahaja urusan insurans telah dibuat.
  5. Selesai proses motor roadtax mati lebih setahun.

Cara renew roadtax motor lebih setahun ini sedikit sebanyak sama dengan kenderaan kereta.

Baca juga : Renew road tax kereta mati lebih setahun

Adakah kelonggaran pemeriksaan puspakom kepada tahun ke 3 ini akan berkekalan ?

Perubahan ini adalah tertakluk kepada pihak kerajaan di negara kita sendiri. Bagi aku, gunakan sebaiknya kelonggaran ini supaya boleh roadtax motor mati lebih setahun ini dihidupkan serta dimanfaatkan.

Tak perlu korang nak cuba tangguhkan renew roadtax motor kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain juga terutamanya kepada anda yang masih menggunakan motor walaupun roadtax motor tidak dihidupkan.

Jika anda membawa motor roadtax mati lebih setahun pun dah ketakutan jika terjumpa roadblock, adalah lebih baik tidak menangguhkan walaupun motor roadtax mati lebih setahun.

roadtax motor mati lebih setahun
Roadtax motor mati lebih setahun

Boleh ke jika roadtax motosikal mati lebih setahun dibuat sementara motor sedang dibaiki ?

Persoalan ini ada juga pernah ditujukan kepada aku. Adakah roadtax motosikal mati lebih setahun boleh dibuat jika motor masih belum dibaiki atau sedang dibaiki dibengkel motor ?

Jawapannya adalah boleh. Pihak Jpj atau tempat buat roadtax motosikal mati lebih setahun tidak mengenakan apa-apa syarat bagi kes anda.

Jadi, anda boleh buat roadtax motor sementara motor anda sudah hampir siap dibaiki. Jika nak siapkan motor terlebih dahulu pun dibolehkan.

Kemudian, roadtax motosikal mati lebih setahun dibuat. Apa yang penting jangan melebihi had maximum tempoh renew roadtax motor itu.

One comment

Leave a Reply