Cara buat geran motor yang hilang

Cara buat geran motor yang hilang. Geran motor merupakan satu surat yang menandakan siapakah pemilik disebalik sesebuah kenderaan motosikal.

Geran motorsikal akan dikeluarkan sebaik sahaja kita selesai membuat pembelian motor sama ada secara cash mahupun masih lagi dalam pinjaman bank atau aeon (loan).

Kalau dulu geran motor asal akan dipegang oleh tempat kita beli motor secara loan. Itu geran lama. bahkan jika anda nak renew roadtax motor tanpa geran pun sudah dibolehkan.

Sekarang setiap geran akan dikeluarkan terus yang diperkenalkan dengan nama Sijil VoC (Pemilikan kenderaan) . Dengan versi yang lebih kecil dari dulu yang saiznya seperti A4.

Kalau anda nak tukar dari geran motor lama kepada baru pun boleh pergi ke JPJ.

Geran motor baru

Geran yang baru VoC boleh dimiliki jika anda mempunyai faktor faktor di bawah :

1. Geran motor lama belum ditukar

Jika anda masih memiliki geran yang lama, anda boleh hadirkan diri ke Jpj berdekatan bagi menukar jenis sijil VoC yang baru.

2. Geran motor sudah hilang

Bagi anda yang tidak menjumpai geran motorsikal tersebut, anda boleh hadirkan diri ke Jpj bagi mendapatkan geran yang baru.

Syarat wajib jika geran motor hilang

Setiap dari pemilik motor yang ingin mendapatkan geran baru perlu hadirkan diri ke Jpj dengan membawa kad pengenalan original bagi urusan thumbprint.

Adakah dibenarkan wakil selain pemilik untuk membuat geran yang hilang ?

Jawapannya adalah tidak boleh. Walau jauh mana pemilik motor berada, Jpj hanya akan melayan pemilik motor sahaja bagi urusan ini.

Ahli keluarga termasuk ibu dan bapa juga tidak boleh menjadi wakil untuk mendapatkan geran motor yang baru akibat kes hilang.

Cara buat geran motor yang hilang

Cara mudah bagi buat geran motor yang hilang

  1. Anda sebagai pemilik motor wajib hadirkan diri ke Jpj berdekatan.
  2. Thumbprint akan dibuat bagi pengesahan anda sebagai pemilik sebenar
  3. Jpj akan mengeluarkan geran motor yang baru
  4. Cara ini anda boleh buat di kaunter Jpj dan juga boleh dibuat di mesin print geran Jpj yang telah disediakan di setiap branch Jpj.

Dapat saja geran motor baru, alang-alang anda bolehlah buat roadtax motor di situ sekali.

Adakah bayaran dikenakan jika geran motor hilang?

Geran motor yang baru akibat dari kes hilang perlu dibayar sebagai denda kepada pemilik motor.

Hanya rm30 sahaja perlu dibayar bagi proses ini. Tertakluk kepada perubahan semasa.

Mudah sahaja cara buat geran motor yang hilang ini bukan? Selamat mencuba.

3 comments

Leave a Reply