Motor lari kedai renew roadtax. Apakah dibolehkan untuk anda membuat roadtax motor sekiranya motor masih mempunyai hutang dari kedai motor ?
Kebiasaannya pembelian motor mempunyai pilihan untuk membeli motor menggunakan beberapa cara.
Salah satu cara adalah dengan menggunakan loan daripada kedai motor yang menjual motor itu sendiri.
Motor lari kedai sememangnya difahamkan adalah masih mempunyai tunggakan dan baki loan dengan kedai motor.
Apakah itu loan kedai beli motor ?
Kedai-kedai motor menjual motosikal mereta dengan menggunakan kredit pinjaman mereka sebagai kemudahan bagi orang ramai.
Kaedah beli motor loan kedai ini sudah lama digunakan dan ramai diantara kita mengatakan ianya sangat mudah dalam urusan.
Ini adalah kerana walaupun nama anda mempunyai senarai hitam daripada pinjaman bank, anda masih boleh menggunakan ansuran dari kedai motor untuk pembelian motor.
Begitu juga segala urusan selepas pembelian yang antaranya renew roadtax motor mudah dibuat di kedai motor yang anda lakukan pembelian.
Namun, bagaimana sekiranya motor lari kedai nak renew roadtax motor ?
Adakah masih boleh anda menghidupkan roadtax motor walaupun tidak membayar loan kedai ?
Sebenarnya anda masih boleh melakukan proses menghidupkan roadtax motor di beberapa tempat. Salah satunya adalah seperti di Jpj, agent roadtax atau secara online tanpa melalui kedai motor.
Namun, perlu diingatkan agar tunggakan loan motor dari kedai perlulah anda lunaskan mengikut tempoh yang ditetapkan walaupun roadtax motor anda boleh di renew di luar.
Hal ini demikian, jika anda masih meneruskan perkara ini, akan terdapat urusan yang memerlukan motor anda perlu habis dibayar terlebih dahulu.
Salah satunya adalah mengenai proses puspakom sekiranya motor anda tidak renew roadtax motor melebihi 3 tahun.
Kekurangan tidak habiskan loan kedai
Selain itu, segala urusan yang memerlukan geran pemilikan motor yang original adalah sukar dilakukan.
Jika anda berniat menjual motor tersebut juga tidak dibolehkan kerana dalam sistem akan dinyatakan motor tersebut masih mempunyai hutang.
Kesukaran ini juga memberikan kesan jangka masa panjang kepada anda dan boleh disenarai hitam oleh kedai-kedai motor lain.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.