Cara nak hidupkan roadtax motor

Cara nak hidupkan roadtax motor. Di artikel ini anda akan pelajari serba sedikit proses bagaimana cara nak renew roadtax motor terutama sekali bagi yang pertama kali.

Jika anda dah biasa buat roadtax motor pun boleh membuat rujukan disini. Kadang-kadang bila nak hidupkan roadtax kereta ni setahun sekali pun kita boleh terlupa langkah-langkahnya.

Jadi, tujuan utama artikel ini ialah bagi memberi sedikit pengetahuan sedikit sebanyak cara nak hidupkan roadtax motor.

Apakah sebab sekiranya roadtax motor anda tidak boleh dihidupkan? Bagaimana cara nak hidupkan roadtax motor dengan sebab-sebab tersebut ?

Apakah cara nak hidupkan roadtax motor mengikut langkah demi langkah ?

Berikut merupakan step by step bagi cara nak renew roadtax motor yang mudah untuk anda fahami :

1. Hidupkan insurans motor

Pastikan anda renew insurans motor terlebih dahulu. Jika anda tidak membuat insurans motor, pasti roadtax motor anda tidak boleh dikeluarkan.

Pastikan insurans motor anda itu telah dibuat dengan mendapatkan polisi insurans sebaik sahaja anda setuju dan pembayaran insurans motor selesai.

Pihak Jpj akan mengesan dalam sistem insurans syarikat anda buat tadi. Apa yang penting maklumat dalam polisi insurans motor anda tadi adalah betul terutamanya nombor plat motor serta nombor kad pengenalan anda.

2. Sertakan dokumen untuk hidupkan roadtax motor

Pastikan anda lengkapkan dokumen sebelum hadirkan diri ke tempat buat roadtax motor. Dokumen untuk hidupkan roadtax motor tidak banyak.

Antaranya adalah kad pengenalan anda dan polisi insurans motor anda hidupkan tadi.

3. Hadirkan diri ke tempat buat roadtax motor

Ada beberapa tempat buat roadtax motor antaranya adalah Jpj, pejabat pos, agent insurans dan boleh buat secara online.

Kalau anda buat di Jpj, pejabat pos dan agent insurans, anda perlu datang sendiri bagi menyelesaikan proses hidupkan roadtax motor anda.

Manakala, jika anda buat roadtax motor secara online, anda boleh rujuk ke website yang berdaftar contohnya seperti portal myeg, bjak dan lain-lain website secara sah.

Kebanyakkan website yang memberikan khidmat renew insurans motor akan terus memberikan khidmat renew roadtax motor sekali. Tunggu sahaja di rumah, roadtax motor akan dihantar ke rumah.

4. Buat pembayaran roadtax motor

Sebelum anda setuju dengan pembayaran, pastikan anda tahu tempoh masa yang bakal anda buat roadtax motor tersebut.

Ada kes tersalah buat 12 bulan, padahal owner nak buat 6 bulan bagi tempoh buat roadtax motor atas sebab tertentu.

Kerapkan beri ingatan semasa di kaunter mana-mana tempat anda berurusan sama ada anda nak buat 6 bulan atau 12 bulan roadtax motor tersebut.

5. Buat semakan pada kertas roadtax motor

Sebaik sahaja anda menerima kertas roadtax motor, pastikan anda check tulisan pada kertas roadtax motor itu.

Perkara pertama sekali anda perlu semak adalah nombor plat motor anda. Ada juga kes tersalah nombor plat motor kerana secara kebetulan nombor plat motor tersebut tertukar dalam masa yang sama.

Selesai.

Apakah sebab roadtax motor anda tidak boleh dihidupkan ?

Ada beberapa sebab mengapa roadtax motor anda tidak boleh anda renew bila tibanya tarikh tamat tempoh.

cara nak hidupkan roadtax motor
Cara nak hidupkan roadtax motor

Antaranya adalah seperti :

  • Masih mempunyai saman tertunggak.
  • Insuran motor belum dihidupkan.
  • Tempoh waktu insurans motor tidak mencukupi minimum 6 bulan atau 12 bulan.

Bagaimanakah cara nak hidupkan roadtax motor jika mempunyai masalah seperti di atas ?

Bagi anda yang mempunyai saman tertunggak, selesaikan saman tersebut terlebih dahulu. Anda mempunyai masa 2 hingga 5 hari bekerja sahaja untuk selesaikan saman tersebut supaya anda tidak mempunyai masalah kekurangan tempoh insurans motor anda.

Jika anda terlewat, maka anda perlu menghidupkan insurans motor hanya selama 6 bulan kerana tempoh 12 insurans motor anda telah berkurang.

Untuk 6 bulan seterusnya perlu membuat tambahan insuran bagi mencukupkan tempoh 6 bulan. Terdapat sedikit rumit bagi kes ini.

Bagi yang terlupa untuk hidupkan insurans kereta, perlu membuatnya terlebih dahulu. Sebaiknya tidak menangguh membuat roadtax motor selepas menghidupkan insurans motor.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply