Bayar roadtax motor di pejabat pos. Apakah sebaiknya bagi anda dalam membuat roadtax motor dan sebagai pelanggan dalam cara membayar roadtax motor terutamanya di pejabat pos ?
Pengetahuan dalam urusan sebelum, semasa dan selepas membuat roadtax motor amatlah penting bagi memudahkan urusan sehingga ianya selesai.
Sekiranya anda pertama kali dalam membuat urusan hidupkan roadtax motor, artikel ini adalah untuk anda.
Manakala, bagi yang dah lama tak buat roadtax motor, walaupun setahun sekali, tetap perlu mengetahui sedikit sebanyak dan dapat mengulang kaji proses dan cara yang betul membuat roadtax motor.
Bayar roadtax motor
Cara bayar roadtax motor dahulu dan sekarang sudah pun berbeza. Jadi, dari tahun ke tahun pelbagai cara pembayaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Tidak ketinggalan juga dalam urusan membuat roadtax motor, penambah baikkan dibuat seiring dengan pemodenan zaman masa kini.
Kalau dahulu boleh dibayar secara tunai (cash), sekarang boleh anda bayar gunakan kad debit dan juga kad kredit.
Lebih bagus lagi sekiranya anda membuat urusan secara online, pembayaran roadtax motor pun turut dibuat secara online tanpa menggunakan lagi wang tunai.
Bagaimana pula bayar roadtax motor di pejabat pos ?
Bayar roadtax motor di pejabat pos bagaimana ?
Sedikit sebanyak juga aku nak ceritakan pengalaman aku sendiri yang buat roadtax motor di pejabat pos baru-baru ni.
Sebaik sahaja selesai memberi kad pengenalan dan geran motor, pihak kaunter pejabat pos akan mengesahkan dulu insurans motor adalah dah dihidupkan atau tidak.
Selang 1 minit dari itu, aku diminta untuk membayar sebanyak rm30 untuk motosikal yamaha r15 aku. Aku lihat pada wallet dan kira duit tidak cukup.
Lalu aku bertanyakan pada pihak kaunter adakah boleh guna cara bayar roadtax motor selain tunai ?
Pihak kaunter mengatakan boleh dengan menggunakan kad debit. Kemudian aku memberikan kad debit bank cimb.
Aku diminta untuk masukkan nombor pin kata laluan (password) sebaik sahaja jumlah telah dimasukkan.
Setelah resit keluar, itu bermakna pembayaran aku dah berjaya. Pihak kaunter pejabat pos meneruskan proses print roadtax motor aku.
Bayar roadtax motosikal online
Selain itu, terdapat juga kemudahan untuk membuat roadtax motor secara online. Selalunya bila buat roadtax motor online, pasti sebelum itu anda buat insurans juga secara online.
Anda adalah dinasihatkan untuk tidak takut dengan bayar roadtax motor online. Hal ini kerana, terdapat beberapa portal buat roadtax secara online yang sah di bawah pendaftaran JPJ contohnya seperti MYEG online.
Selepas membuat pembayaran secara online, pastikan anda menyimpan resit bayar roadtax motor online bagi rujukan sekiranya berlaku apa-apa perkara tidak diingini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.