Kenapa roadtax 6 bulan sahaja ?

Kenapa roadtax 6 bulan sahaja. Mengapa hanya roadtax boleh dibuat untuk 6 bulan sahaja ? Kes ini kita nak tahu sebab menyebab yang kuat supaya senang untuk kita selesaikannya.

Sebelum ini aku juga pernah berpengalaman membuat roadtax kereta 6 bulan. Bila tiba di kaunter JPJ, tidak semena-mena roadtax hanya keluar untuk tempoh 6 bulan.

Nasib baik juga aku perasan sebab tarikh yang tertera pada cukai jalan adalah pada tahun yang sama. Yang sepatutnya ditulis pada tahun hadapan.

Punca kenapa roadtax 6 bulan sahaja ini boleh terjadi ?

Ada beberapa sebab yang anda perlu kenal pasti sendiri sekiranya anda tidak diberitahu oleh tempat anda buat roadtax kereta contohnya di JPJ, pejabat pos, agent insurans atau buat secara online.

  1. Tempoh masa insurans anda tidak mencukupi tempoh masa roadtax 12 bulan.
  2. Pemilik kereta telah meninggal dunia dan anda sebagai waris ingin hidupkan roadtax untuk kegunaan harian atau seperti biasa.
  3. Kerelaan anda sendiri yang sebelum ini membuat roadtax 6 bulan antara faktornya adalah mendapat penjimatan jika buat roadtax 6 bulan sekali terutamanya bagi kereta berenjin cc besar.

Apa perlu buat sekiranya roadtax telah dibuat hanya 6 bulan sahaja ?

1. Insurans tidak cukup bagi membuat roadtax 12 bulan

Kebiasannya bagi kes insuran kenderaan tidak cukup ini adalah kerana sebelum ini anda telah buat roadtax 6 bulan namun terlupa untuk buat roadtax 6 bulan bagi kali kedua untuk tahun yang sama.

Jalan penyelesaiannya adalah membuat extend insurans kereta. Selesai sahaja extend insurans dibuat, maka roadtax boleh dibuat untuk 6 bulan seterusnya. Extend insurans perlu dibayar mengikut berapa hari yang terkurang untuk melengkapi tempoh roadtax 6 bulan.

2. Pemilik kereta telah meninggal dunia

Bagi perkara ini pula, anda sebagai waris pasti akan menggunakan kereta tersebut dan menghidupkan roadtax kereta selagi ianya ingin digunakan di atas jalan raya.

Bila anda dah hidupkan roadtax kereta tersebut, perhatikan tarikh tamat yang tertera pada roadtax tersebut.

Jika ianya hanya 6 bulan, maka pembayaran juga hanya separuh dari harga penuh untuk 12 bulan.

Sekiranya anda perlu membayar untuk 12 bulan, maka rekod kematian pemilik masih belum dalam penilaian dan catatan pihak JPJ dan anda sebagai pewaris boleh hidupkan roadtax selama 12 bulan.

Selalunya bermula untuk tahun kedua selepas sahaja pemilik meninggal dunia, roadtax hanya boleh dihidupkan 6 bulan. Namun, ada juga yang awal dari tempoh itu bergantung kepada rekod dari pihak JPJ itu sendiri.

Jadi, tiada sebarang jalan penyelesaian bagi kes ini. Memang diwajibkan bagi anda sebagai waris untuk hidupkan roadtax hanya untuk 6 bulan sahaja selama ianya masih atas penama pemilik meninggal.

Jika dah tukar kepada nama waris, tempoh 12 bulan roadtax sudah boleh dibuat seperti sediakala.

Jadi, insurans wajib dibuat setahun sekali manakala roadtax 6 bulan perlu dibuat 2 kali dalam 1 tahun.

3. Kerelaan sendiri membuat roadtax 6 bulan atas sebab budget

Tiada sebarang masalah sekiranya anda nak buat roadtax 6 bulan sekali. Tetapi akan menjadi masalah sekiranya anda terlupa menghidupkan roadtax 6 bulan kali kedua pada tahun tersebut.

Jalan penyelesaiannya adalah sama seperti nombor 1 tadi iaitu buat extend insurans kenderaan.

Kesimpulannya, kenapa roadtax 6 bulan sahaja boleh anda dapati jalan keluar sekiranya anda peka dengan perkara-perkara penting di atas.

kenapa roadtax 6 bulan sahaja

Leave a Reply