Contoh Roadtax Motor

Contoh roadtax motor. Berikut merupakan contoh roadtax motor anda yang boleh rujuk supaya tidak keliru dengan roadtax kenderaan lain.

Apa yang aku cuba kongsikan disini adalah beberapa elemen penting yang seharusnya korang perhatikan pada roadtax motor supaya tiada sebarang kesalahan akan berlaku.

Sebaiknya, rujukan ini anda boleh kenal pasti terdapat detail pada bahagian roadtax motor yang bukan sekadar kertas biasa.

Apa yang paling penting sekali adalah tarikh tempoh tamat yang perlu anda kira adakah ianya 6 bulan atau 12 dari tarikh anda hidupkan lkm.

Manakala, nombor plat motorsikal anda tidak boleh berlaku kesilapan. Apa yang boleh anda lakukan jika ianya silap dicetak ?

Apakah contoh roadtax motor sebenar ?

Berikut merupakan gambar contoh roadtax motor yang sebenar yang baru sahaja dihidupkan. Perhatiakan pada Gambar 1 di bawah.

contoh roadtax motor
Gambar 1 :Contoh roadtax motor

Contoh roadtax motor pada warna

Jika anda perhatikan pada Gambar 1 di atas, contoh roadtax motor yang aku berikan merupakan gambar roadtax motor sebenar yang digunakan di seluruh negara kita.

Lihat pada warnanya seakan merah jambu dan putih yang bercorakkan seperti dedaun. Manakala, tulisan cetakkan yang berwarna hitam mempamerkan maklumat mengenai nombor plat motor, tarikh tamat tempoh roadtax, nombor rujukan roadtax motor serta harga roadtax motor.

Saiz roadtax motor sebenar

Kadar saiz roadtax motor ini adalah kecil sehinggakan kita boleh letak di dalam dompet lelaki. Jika ianya besar dari saiz biasa, maka, ianya roadtax kereta, bukan roadtax motor sebenar.

Tempoh tarikh tamat roadtax motor

Pada Gambar 1 juga anda boleh dapati tarikh tamat tempoh seterusnya yang bakal anda perlu pastikan ianya tidak terlebih dari yang ditetapkan.

Sekiranya anda baru buat roadtax motor ini, pastikan anda mengira semula adalah betul tarikh luput yang bakal anda hidupkan pada tahun hadapan.

Jika ianya betul selama 12 bulan, manakala jika 6 bulan, mungkin terdapat beberapa sebab tertentu.

Antara sebab roadtax motor 6 bulan adalah :

  1. Pemilik motor telah meninggal dunia
  2. Tempoh insurans tidak mencukupi.
  3. Kerelaan anda sendiri untuk buat roadtax motor 6 bulan.

Nombor plat pada contoh roadtax motor

Selain itu, jangan anda terburu-buru sebaik sahaja roadtax motor siap dibuat, semak semula nombor plat yang tertera pada roadtax motor.

Kesilapan ini sangatlah jarang berlaku kecuali nombor plat motor itu dekat dengan hanya tertukar selisih digit pada waktu yang sama.

Hal ini dapat anda elakkan sekiranya anda membuat semakkan sebaik sahaja menerima roadtax motor yang baru.

Contoh nombor roadtax

Anda boleh rujuk pada Gambar 1 pada gambar roadtax yang betul itu tertulis nombor sisi atau No SIRI. Itu merupakan contoh nombor roadtax atau nombor siri atau nombor rujukan yang digunakan oleh pihak JPJ sendiri.

Untuk kita, yang penting hanyalah nombor plat kenderaan motor sahaja. Nombor siri tersebut aku sensored kan supaya tidak disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kira roadtax

Kerap kali untuk anda kira roadtax adalah semasa berada di kaunter JPJ atau tempat lain anda buat cukai jalan tersebut.

Nilai kira roadtax akan diberitahu kepada anda dan jika anda bersetuju dengan membuat pembayaran, kemudian barulah roadtax akan diproses.

Di manakah kedudukan no cukai jalan motor ?

Merujuk kepada Gambar 1 atau gambar roadtax motor anda, kedudukan nombor cukai jalan motor anda terletak pada bahagian atas di sebelah kanan.

No cukai jalan motor juga dikenali sebagai no siri yang menjadi rujukan bagi sesetengah urusan sekiranya berlaku masalah kepada roadtax motor anda.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Contoh Roadtax Motor”

  1. […] boleh lihat contoh roadtax motor yang sebenar setelah anda selesai menjalani proses renew roadtax […]