Cara Renew Roadtax Motor Serta Motercycle Insurance Tanpa Geran

Cara renew roadtax motor tanpa geran. Selalu kita ingat nak buat roadtax motor mesti bawa sekali dengan geran.

Itu adalah tanda yang kita adalah pemilik kepada sesuatu kenderaan. Namun, ada juga tidak berpengalaman langsung dan tertanya-tanya macam mana nak renew roadtax motor.

Cara renew road tax ini merupakan sharing untuk anda yang kurang pasti dan kurang jeles berkanan cara buat roadtax sebenar.

Dengan ini sedikit sebanyak akan dapat mengatasi masalah renew road tax yang anda hadapi sekarang ini. Terutamanya untuk anda yang nak renew roadtax motor tanpa geran.

Boleh ke renew roadtax tanpa geran

Ada yang bertanyakan boleh ke renew roadtax tanpa geran? Dahulunya tidak boleh untuk hidupkan roadtax tanpa geran.

Sekarang jika anda sudah menghidupkan insurans, sudah mencukupi untuk anda membawa bukti polisi insurans telah dihidupkan.

Segalanya sudah tertulis dalam sistem. Jika anda tidak menghidupkan insurans, maka roadtax pun tidak boleh dikeluarkan kerana sistem sudah boleh mengenalpasti dari awal.

Contohnya, anda sudah membuat insurans pada kedai agent menjual insurans, kemudian anda datang ke pejabat pos untuk renew roadtax sahaja.

Bawa polisi insuran tadi bagi menggantikan geran untuk hidupkan roadtax motor tanpa geran. Proses hidup roadtax motor tanpa geran menjadi lebih mudah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah road tax hilang, anda tidak perlu risau lagi kerana sistem sudah update dari semasa ke semasa. Tanpa geran pun anda boleh membuat roadtax.

Tapi perlu diingatkan jika anda mengalami masalah roadtax hilang, anda adalah diwajibkan buat roadtax hanya di Jpj sahaja. Anda tidak boleh buat roadtax hilang di pejabat pos, kerana pihak Jpj sahaja akan mengeluarkan roadtax yang baru bagi kes ini.

Cara hidupkan roadtax motor tanpa geran

Berikut merupakan cara renew roadtax motor tanpa geran :

  1. Hidupkan insurans motor terlebih dahulu.
  2. Hadirkan diri ke tempat buat roadtax motor.
  3. Bawa dokumen seperti polisi insurans dan kad pengenalan.
  4. Urusan di kaunter buat roadtax.
  5. Proses kenalpasti motor serta insurans telah dibuat dalam sistem.
  6. Buat bayaran roadtax motor.
  7. Roadtax motor tanpa geran siap dikeluarkan.
  8. Selesai.

Cara renew roadtax motor tanpa geran telah siap dibuat. Ambil resit pembayaran roadtax motor anda untuk disimpan.

Tiada lagi cop di belakang geran sebaik sahaja roadtax motor dibuat seperti dahulu. Hanya pihak di tempat anda buat roadtax motor tersebut akan menyimpan data anda telah buat roadtax motor tersebut.

Segala data disimpan dan boleh dirujuk oleh pihak utama iaitu pihak JPJ.

Renew roadtax motor lebih setahun

Untuk tahun 2020 ini kerajaan sudah mengubah peraturan jika nak renew roadtax motor lebih setahun, tidak perlu lagi buat inspection di puspakom.

Anda boleh renew roadtax motor tanpa puspakom yang sebelum ini wajib dilakukan untuk setahun dan ke atas tarikh akhir LKM.

Hidupkan dan renew insuran motosikal anda seperti biasa. Pastikan insuran motor paling minima mempunyai 3rd party untuk mencukupkan syarat hidupkan roadtax.

Tetapi tak semestinya paling minima 3rd party. Kalau anda nak renew insurans motor 1st party pun tiada masalah.

Jadi tiada lagi alasan untuk tidak renew roadtax motor.

Renew roadtax motor lebih 3 tahun

Hanya kepada pemilik kenderaan yang tidak renew roadtax motor lebih 3 tahun perlu membuat puspakom motor. Inspection ini boleh dilakukan di pejabat puspakom yang terdekat. Bukan hanya perlu, ia adalah wajib.

Jadi kenalpasti semula tahun akhir roadtax motor anda last dihidupkan sebelum anda membuat puspakom motosikal.

Selepas puspakom dibuat, baru anda boleh renew road tax motosikal seperti biasa. Selagi tidak bawa motor untuk inspection, selagi itu tak boleh renew roadtax motor anda.

Tempat renew roadtax motor

Banyak tempat untuk renew road tax motor dan hampir semua di setiap negeri mempunyai servis ini.

Cara renew roadtax motosikal ini adalah mudah dan hampir sama sistemnya di semua tempat.

Contohnya, anda renew roadtax di JPJ dan pejabat pos berdekatan. Paling mudah anda cari saja agent berdekatan rumah yang boleh menjadi runner untuk membuat roadtax motor.

1. Di Jabatan Pengangkuan Jalanraya (JPJ)

Cara renew roadtax di jpj ini tak lah susah, cuma bila salah waktu kita datang, perlu sedikit masa untuk menunggu.

Dari segi cas, jika anda renew roadtax motor di Jpj, anda hanya perlu membayar nilai harga pada roadtax. Namun jika di pejabat pos, ada sedikit cas perkhidmatan dikenakan kepada anda.

Di JPJ ini juga memang tiada masalah untuk anda renew roadtax motosikal tanpa geran. Namun, perlu diingatkan supaya membawa polisi insurans sebagai ganti maklumat motor anda.

2. Renew road tax Pejabat Pos

Ramai orang lebih merujuk dan renew roadtax pejabat pos semasa nak buat roadtax. Antara sebabnya adalah dekat dengan rumah masing-masing.

Walaupun renew roadtax motor pejabat pos perlu mengeluarkan cas lebihan, urusan buat roadtax di pejabat pos tampak menjadi pilihan utama penduduk sekitar kawasan kediaman setempat.

Tidak menjadi satu kesalahan jika anda suka renew road tax di pejabat pos. Disamping anda boleh membuat urusan lain disitu sambil anda menyelesaikan menghidupkan roadtax.

Tambahan pula, anda turut boleh membuat renew insurance motosikal sekali gus ambil roadtax di pejabat pos.

Renew roadtax motor tanpa geran di pejabat pos pun sudah boleh anda buat walaupun anda hanya menghantar wakil.

DIbandingkan dengan Jpj hanya tertumpu kepada orang yang hampir dan mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan di pejabat pos. Contohnya, bagi kes hidupkan roadtax bagi pemilik yang sudah meninggal dunia.

Rujuk link di bawah bagi mengetahui cara renew roadtax motor di pejabat pos dan ketahui berapakah harga renew roadtax motor di pejabat pos. Adakah harga roadtax motor di pejabat pos sama atau perlu bayar cas lain?

3. Renew roadtax motor myeg

Pilihan lain, anda boleh membuat roadtax motor secara online di myeg. Tetapi ia agak memerlukan sedikit kemahiran sebelum anda membuat lebih lanjut.

Untuk maklumat tambahan mengenai insurans motor, anda boleh baca ini artikel ini : renew insurans kereta di pejabat pos

Renew roadtax tanpa geran

Sekarang tidak sama seperti dulu. Renew roadtax tanpa geran lebih memudahkan orang ramai. Cara perbaharui roadtax motor sudah berbeza.

Kalau dulu cara sambung roadtax motor diperlukan membawa geran supaya boleh dicop pada belakang geran selepas renew roadtax motosikal dibuat.

cara renew roadtax motor
Contoh geran motor

Namun, cara hidupkan roadtax motor dengan membawa geran bukanlah wajib untuk sekarang.

Anda boleh saja hadirkan diri di Jpj atau renew rotex di pejabat pos dengan hanya membawa butir kad pengenalan dan nombor plat kenderaan tanpa geran motor.

Tapi pastikan dulu anda sudah renew insurance motor.

Harga roadtax motor mengikut cc

Harga roadtax motor mengikut cc. Jika motor anda dibawa 150cc, harga roadtax motosikal hanya rm2 sahaja perlu dibayar. Ia juga berbeza darisegi harga insurans motosikal. Jika cc besar, maka insuran motosikal turut berlainan.

renew roadtax motor di pejabat pos

Contoh harga motor biasa tetapi keupayaan enjin di atas 150 :

Yamaha Nvc 155 : RM20

Namun, harga roadtax mengikut cc ini adalah mengikut perubahan dari semasa ke semasa.

Bayar roadtax tanpa geran

Segala urusan di Jpj boleh dibuat termasuk jika geran motor hilang, anda boleh bayar roadtax tanpa geran original di bawa ke situ.

Hilang roadtax motor

Bagi kes hilang roadtax motor anda wajib rujuk pada Jpj sahaja. Walaupun masa buat roadtax motor yang baru di pejabat pos, anda perlu juga ke Jpj.

Harga bagi menggantikan roadtax motor hilang adalah sebanyak rm30.

Ada yang hanya biarkan saja roadtax motor hilang tanpa gantikan yang baru bagi mengelakkan bayar roadtax motor bagi kali kedua.

Kesannya, anda juga boleh dikenakan tindakan saman sebab tidak mempamerkan roadtax motor bila diminta. Walaupun dalam sistem tempoh masih lagi tempoh masih hidup.

Lebih baik anda menghidupkan roadtax selama setahun daripada anda perlu membayar saman seakan anda memperbaharui harga insuran motosikal selama setahun

Baca ini : https://roadtaxkeretaanda.blog/2020/03/04/roadtax-kereta-hilang-bagaimana-nak-buat-baru/

Tempoh renew roadtax motor

Anda diberi pilihan sama ada hidupkan tempoh renew roadtax motor selama 6 bulan mahupun 1 tahun. Dengan harga yang sama, lebih baik anda tidak membuat banyak kali kerja dengan hidupkan roadtax motor untuk setahun.

Limit hidup kan rotex motor adalah 1 tahun dan tidak boleh lebih dari itu.

Contoh roadtax motor

Saiz roadtax motor adalah lebih kecil jika dibandingkan roadtax kereta. Berikut merupakan contoh roadtax motor.

contoh roadtax motor

Sebaik sahaja anda mendapatkan insurans motosikal, roadtax motor ini boleh dibuat di tempat membuat roadtax terdekat.

Renew roadtax di pejabat pos hari sabtu

Roadtax motor anda boleh buat di pejabat pos pada hari sabtu dari jam 830 pagi hingga pukul 1petang. Sebaiknya datang sebelum 12tengahari bagi mengelakkan anda terbuang masa jika orang ramai.


Posted

in

by

Tags:

Comments

5 responses to “Cara Renew Roadtax Motor Serta Motercycle Insurance Tanpa Geran”

  1. […] Baca juga Renew roadtax motor tanpa geran. […]

  2. […] Baca juga : cara renew roadtax motor tanpa geran […]

  3. […] tahun 2020, anda sudah boleh renew roadtax motor yang sudah melebihi […]

  4. […] asal akan dipegang oleh tempat kita beli motor secara loan. Itu geran lama. bahkan jika anda nak renew roadtax motor tanpa geran pun sudah […]

  5. […] Bagi anda yang kehilangan geran motor, anda dibenarkan untuk hidupkan roadtax dengan cara renew roadtax motor tanpa geran. […]