Tempoh renew roadtax selepas renew insurans

Tempoh renew roadtax selepas renew insurans. Kepada anda yang memiliki kenderaan kereta atau motor, tentunya anda tertanya-tanya mengenai persoalan ini.

Jika tahu awal mengenai tempoh renew roadtax ini, sudah tentu anda tidak menangguhkan lagi masa sebaik sahaja renew insurans dibuat.

Berapa lama tempoh wajib perlu anda renew roadtax selepas renew insurans?

Tempoh ini adalah bergantung kepada tempat anda ingin membuat roadtax kereta atau motor tersebut.

Ikuti senarai di bawah mengikut tempat anda buat roadtax.

Tempat buat roadtaxTempoh masa diberi selepas
renew insurans
Jabatan Pengangkutan Jalan Raya
(JPJ)
2 minggu / 14 hari dari tarikh insurans dihidupkan
Pejabat Pos1 minggu / 7 hari dari tarikh insurans dibuat
Myeg (online)Seminggu selepas mendapatkan
polisi insurans yang baru

Dari dahulu lagi pihak JPj telah menetapkan waktu ini. Jika anda terlebih lewat seminggu, sebaiknya anda cuba untuk datang ke JPJ berdekatan.

Apa akan jadi jika buat roadtax lambat melebihi waktu yang ditetapkan ?

Masasalahnya tidaklah begitu teruk. Anda hanya dibenarkan buat roadtax atau cukai jalan hanya untuk 6 bulan sahaja. Kemudian, untuk 6 bulan akan datang, anda perlu membuat roadtax sekali lagi.

Akan tetapi, anda diwajibkan untuk menambah insuran terlebih dahulu. Faktor di awalnya anda tidak boleh membuat roadtax bagi 12 bulan adalah kerana waktu insurans anda telah pun menjadi singkat.

Oleh itu, bagi anda yang ingin membuat roadtax 6 bulan kedua, diwajibkan menambah 1 minggu – 2minggu tempoh insuran yang telah menjadi singkat.

Kiranya anda perlu topup sedikit duit insurans mengikut hari yang telah terlewat.

tempoh renew roadtax selepas renew insurans

Cara untuk atasi masalah jika terlewat buat roadtax

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, alang-alang dah lewat buat roadtax, ada satu cara lagi supaya kita tidak perlu menambah insuran untuk 6 bulan seterusnya.

Tetapi cara ini adalah sesuai hanya kepada pengguna kenderaan yang jarang sekali menggunakan sesebuah kenderaan itu.

Contohnya :

Anda mempunyai 2 buah kereta, 1 kereta kerap digunakan ke tempat kerja, 1 buah kereta yang terlewat buat roadtax itu selalu saja parking di rumah.

Jadi, Anda boleh saja tidak meneruskan membuat roadtax untuk 6 bulan pertama. Masuk saja 6 bulan kedua, anda boleh buat roadtax untuk 6 bulan. Maka, bila tamat insurans, roadtax turut tamat.

Cuma ruginya 6 bulan pertama roadtax anda tidak dibuat. Alang-alang kereta itu parking sahaja, mungkin anda boleh menggunakan cara ini.

Untungnya anda tidak perlu pergi ke branch insurans bagi membuat tambahan insurans yang tidak cukup itu.

Perubahan tertakluk kepada arahan pihak JPJ

Tempoh bagi anda menghidupkan roadtax ini tertakluk kepada perubahan yang dibenarkan oleh pihak JPJ itu sendiri.

Gunakan sebaiknya waktu yang ada bagi mengelakkan anda bersesak-sesak di tempat membuat roadtax. Jika online di myeg sahaja boleh dibuat, maka jangan tunggu pejabat pos atau JPJ.

Takut bila roadtax telah dibenarkan dibuat, ramai orang serbu ke sana.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Tempoh renew roadtax selepas renew insurans”

  1. […] Tetapi, bergantung juga pada insurans anda. Jika insurans anda dah dihidupkan 30 hari sebelum ini, kemudian selepas sebulan baru anda nak buat roadtax, anda boleh rujuk disini. […]

  2. RR avatar
    RR

    Terima kasih diatas penerangan. Semoga bermanafaat utk semua yang berkaitan.
    Dah lapang sikit kepala lepas baca, Duk stress fikir solution sebelum ni, tambah lagi nak raya ni…