Hidupkan roadtax motor lama

Hidupkan roadtax motor lama. Siapakah di antara anda yang ingin buat roadtax motor, namun niat terbatas kerana telah lama tidak hidupkan roadtax motor ?

Di artikel ini merupakan perkongsian aku sendiri bagaimana aku menghidupkan roadtax motor yang telah lama tidak diperbaharui.

Jika diikutkan, nak sahaja aku beli motor baru. Akan tetapi ciri-ciri bagi hidupkan roadtax motor lama telah diberikan kelonggaran, jadi aku gunakan kesempatan ini untuk buat roadtax motor tersebut.

Motor lama yang aku maksudkan adalah motor aku sendiri yang jarang sekali aku gunakan. Kalau dulu setiap hari aku gunakan untuk pergi balik ke tempat kerja.

Sejak mengalami sedikit kemalangan kecil, motor tersebut hanya tersadai di luar stor rumah. Jadi aku gunakan initiatif ini dengan memulakan dengan cubaab hidupkan roadtax motor lama terlebih dahulu.

Roadtax motor tidak dihidupkan lebih 2 tahun

Memandangkan kerajaan telah memberi kelonggaran memberi kenderaan motosikal hidupkan roadtax motor di bawah 3 tahun, aku pun cubalah buat insurans serta roadtax motor lama tersebut.

Motor lama yang aku gelarkan itu adalah sebuah motor ex5 tahun keluarannya pada 2000. Tahun ini telah memasuki 2 dekat ianya berada di atas jalan raya.

Agak sayang juga sekiranya aku tak hidupkan roadtax motor lama itu. Lebih-lebih lagi dengan kesempatan tidak perlu ianya dibawa ke puspakom.

Hidupkan roadtax motor online

Zaman sekarang semuanya dihujung jari, nak hidupkan roadtax motor online pun dah boleh. Namun, aku memilih untuk membuat survey terhadap harga insurans dan roadtax secara online.

Jika ianya berpatutan, aku akan terus memilih hidupkan roadtax motor online. Senang pun senang bila dah setuju dengan harga, buat pembayaran kemudian hanya tunggu roadtax motor dihantar ke rumah.

Cara hidupkan roadtax motor

Proses untuk hidupkan roadtax motor tidaklah serumit yang anda sangka. Bila anda dah tahu cara hidupkan roadtax motor, lebih mudah untuk anda aturkan masa anda.

Akan tetapi, anda cuma perlu bijak dalam memilih tempat untuk hidupkan roadtax motor lama anda. Macam aku, ada dua pilihan iaitu hidupkan roadtax motor online atau hidupkan roadtax motor di pejabat pos terdekat.

Ada pilihan lain iaitu buat roadtax motor di JPJ, namun, aku punya tempat kediaman dan tempat kerja keduanya tidak hampir dengan JPJ utc mahupun JPJ negeri.

Ikuti proses cara hidupkan roadtax motor di bawah sekiranya anda nak hidupkan roadtax motor lama di bawah 3 tahun :

  1. Hidupkan insurans motor paling minimum 3rd party insurans.
  2. Pastikan maklumat dalam insurans adalah betul sama seperti dalam geran terutamanya nombor plat motor dan juga nombor kad pengenalan pemilik.
  3. Bawa geran motor ke tempat buat roadtax motor terdekat.
  4. Hidupkan roadtax motor berdasarkan nombor plat motor anda.
  5. Buat pembayaran.
  6. Dapatkan kertas roadtax motor.
  7. Selesai.

Berikut merupakan cara hidupkan roadtax motor lama melebihi 3 tahun dan ke atas :

  1. Buat temujanji puspakom untuk buat pemeriksaan puspakom.
  2. Pastikan pemeriksaan puspakom adalah lulus.
  3. Hidupkan insurans motor paling minimum 3rd party insurans.
  4. Pastikan maklumat dalam insurans adalah betul sama seperti dalam geran terutamanya nombor plat motor dan juga nombor kad pengenalan pemilik.
  5. Bawa geran motor ke tempat buat roadtax motor terdekat.
  6. Hidupkan roadtax motor berdasarkan nombor plat motor anda.
  7. Buat pembayaran.
  8. Dapatkan kertas roadtax motor.
  9. Selesai.

Hidupkan roadtax motor di pejabat pos

Jika anda ikuti proses cara hidupkan roadtax motor lama di atas, anda mempunyai 2 pilihan iaitu :

  • Dibenarkan buat roadtax motor sekiranya di bawah 3 tahun tidak hidupkan roadtax motor lama.
  • Tidak dibenarkan hidupkan roadtax motor di pejabat pos sekiranya melebihi 3 tahun dan ke atas tidak hidupkan roadtax motor lama.

Mengapa ini terjadi ? Menjadi syarat wajib sekiranya roadtax motor anda yang melebihi 3 tahun, sebaik sahaja buat pemeriksaan di puspakom, untuk membuat roadtax motor di JPJ berdekatan.

Bagi kes aku, ianya dibenarkan untuk aku hidupkan roadtax motor di pejabat pos kerana roadtax motor lama aku tidak melebihi 3 tahun dari tarikh akhir LKM tamat.

Cara hidupkan roadtax motor tanpa geran

Proses cara hidupkan roadtax motor tanpa geran adalah sama seperti di atas yang aku dah terangkan. Cuma bezanya adalah geran original atau geran salinan boleh digantikan dengan covernote insurans atau polisi insurans.

Sekiranya geran original anda didapati hilang atau terlupa letak dimana, sebaik sahaja anda hidupkan insurans motor, bawa sahaja polisi insurans yang terbaru itu di pejabat pos, atau JPJ atau lain-lain tempat buat roadtax motor.

Pastinya hidupkan roadtax tanpa geran memudahkan orang ramai berurusan di kaunter tempat buat roadtax kenderaan.

Terutamanya bagi urusan hidupkan roadtax motor tanpa geran lebih-lebih lagi hidupkan roadtax motor lama yang keberangkalian besar geran motor tiada.

Kos hidupkan roadtax motor

Sebelum anda nak hidupkan roadtax motor lama, pastikan anda ingat semula kos hidupkan roadtax motor yang sebelum ini anda buat.

Jika anda terlupa, boleh rujuk pada kertas roadtax motor yang lama. Di situ terdapat tulisan harga roadtax yang boleh anda bayar.

Selain itu, jika anda masih tidak pasti, boleh rujuk secara online harga roadtax mengikut cc motor anda.

Kos hidupkan roadtax motor adalah tidak termasuk kos hidupkan insurans motor. Ianya adalah berlainan sama sekali.

hidupkan roadtax motor lama
Hidupkan roadtax motor lama

Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Hidupkan roadtax motor lama”

  1. […] Baca juga : Hidupkan roadtax motor lama […]