Roadtax motor mati lebih 6 bulan

Roadtax motor mati lebih 6 bulan. Ada beberapa faktor yang perlu anda ketahui sebelum nak hidupkan roadtax motor.

Antaranya anda wajib mengetahui adakah roadtax motor anda boleh dibuat atau pun tidak.

Kadang-kadang disebabkan anda tidak ketahui tanpa sengaja anda mempunyai saman menyebabkan roadtax motor anda tidak boleh diproses.

Terutamanya sekali bila roadtax motor anda telah mati lebih 6 bulan.

Senarai faktor roadtax motosikal tidak boleh diprint

  1. Mempunyai saman senarai hitam (blacklist)
  2. Tempoh insurans tidak mencukupi
  3. Nombor plat tidak tele dengan nombor kad pengenalan (kerapa terjadi untuk kes tukar nama)
  4. Insurans motor belum dibuat

Adakah kita boleh tahu roadtax boleh diproses sebaik sahaja insurans telah dibuat ?

Mengikut pengalaman aku, bila anda sudah berjaya menghidupkan insurans motor, belum tentu roadtax anda juga boleh dibuat.

Hal ini kerana, pihak JPJ akan melihat pada faktor selain dari insurans telah dibuat. Contohnya anda tersalah memasukkan nombor kad pengenalan pada insuran yang telah anda buat.

Maka, sistem pada pihak JPJ akan mengesan bahawa nombor plat motosikal anda itu belum lagi menghidupkan insurans.

Kesilapan ini boleh berlaku. Dan jangan risau. Ianya boleh diperbaiki. Akan tetapi, ia mempunyai sesuatu tempoh jangka hayat untuk membatalkan semula insurans itu.

Sebaik sahaja anda ketahui terdapat kesalahan pada nombor plat kenderaan atau kad pengenalan, sila rujuk kembali kepada tempat anda hidupkan insuran dengan segera.

Pihak insuran akan membuat perubahan terhadap kesilapan tersebut.

roadtax motor mati lebih 6 bulan

Adakah roadtax mati lebih 6 bulan perlu membuat puspakom?

Jawapannya adalah tidak wajib motor yang roadtaxnya mati lebih 6 bulan untuk membuat puspakom. Anda hanya perlu membuat insuran serta roadtax motor tersebut seperti biasa.

Cuma anda perlu pastikan keselamatan motor tersebut sebelum anda menggunakannya di jalan raya. Inisiatif ini adalah terletak pada individu itu sendiri demi keselamatan dari satu destinasi ke destinasi lain.

Adakah terdapat denda jika roadtax motor mati lebih 6 bulan ?

Tiada sebarang denda yang dikenakan kepada anda. Malah, tiada harga tambahan yang perlu anda buat semasa nak hidupkan roadtax motor mati lebih 6 bulan ini.

Jadi, sepanjang anda tidak hidupkan insurans dan roadtax selama 6 bulan ini, anda tidak rugi apa-apa jika anda tidak menggunakan motosikal tersebut.

Jika anda menggunakannya di jalan raya, jika nasib kurang baik anda terjumpa roadblock dan akan dikenakan saman.

Pucuk pangkalnya, ianya lebih kepada keselamatan anda dan motor itu sendiri. Jika anda mengalami kemalangan sewaktu tiada roadtax dan insurans, tiada sebarang perlindungan akan diberikan kepada anda dan juga motosikal tersebut.

Leave a Reply