Kenapa tak boleh renew roadtax ?

Kenapa tak boleh renew roadtax. Ada beberapa perkara yang menjadi penyebab kepada kenapa tak boleh renew roadtax terutamanya roadtax kereta dan juga roadtax motor.

Sebab kepada kenapa tak boleh renew roadtax ini anda boleh dapati sekiranya anda belum tahu atau belum mempunyai pengalaman bagi kes-kes yang sedang anda alami ini.

Jika anda membuat renew roadtax pada agent insurans dan roadtax, mereka pasti akan memberikan nasihat atau advice yang sepatutnya anda lakukan.

Untuk di tempat lain seperti Jpj kadang kala jika anda tanya baru mereka akan beritahu. Namun, ada juga yang bila berada di kaunter Jpj, merasa terpinga-pinga sebaik sahaja diberitahu yang roadtax anda tidak boleh dibuat lalu terus pulang balik ke rumah tanpa mengetahui sebabnya.

Penting untuk anda bertanyakan kenapa tak boleh renew roadtax ini. Jika dibiarkan roadtax kereta dan roadtax motor anda tanpa dihidupkan tempohnya, anda boleh dikenakan saman jika masih menggunakan kenderaan tersebut di atas jalan raya.

Justeru, kenal pasti secukupnya masalah yang anda sedang hadapi. Jika dah tahu kenapa tak boleh renew roadtax, barulah senang untuk anda selesaikan perkara ini.

Kenapa tak boleh renew roadtax disebabkan saman

Saman yang dikenakan ke atas nombor plat kereta atau motor merupakan keutamaan kenapa tak boleh renew roadtax.

Jika anda dikenakan saman biasa, proses renew roadtax anda masih lagi boleh dibuat. Manakala, untuk saman blacklist akan menyekat proses untuk anda renew roadtax kereta dan motor anda.

Namun, bukan menjadi keselesaan untuk anda yang mempunyai saman bukan blacklist. Hal ini kerana, setiap saman akan bertukar statusnya menjadi blacklsit atau senarai hitam untuk tempoh-tempoh tertentu.

Sebab itu jugalah ada yang melalui perkara tahun lepas masih boleh renew roadtax. Tetapi, tahun ini sudah tak boleh renew roadtax tersebut disebabkan saman.

Bila semak dalam sistem, baru tahu saman tersebut sudah masuk tahun ke 3. Kes ini kerap kali terjadi kepada anda yang melakukan kesalahan speedtrap melebihi had kelajuan.

Dalam masa yang sama, anda tidak dapat surat saman kerana telah berpindah rumah ke kediaman yang baru.

Baca juga : Renew roadtax kereta ada saman

Kenapa tak boleh renew roadtax kerana tidak hidupkan insurans

Faktor seterusnya adalah anda tidak membuat insuran kereta atau insuran motor. Adalah menjadi kewajipan bagi anda untuk mengikuti proses secara betul dan benar.

Hidupkan insurans anda terlebih dahulu, kemudian barulah renew roadtax anda boleh dibuat. Jika anda terus datang ke Jpj untuk buat roadtax, tanpa buat insurans, kerja anda pasti akan menjadi sia-sia.

Beli insurans kereta atau beli insurans motor di luar dahulu supaya renew roadtax anda dapat diteruskan dengan lancar.

Kalau nak cepat, beli saja insurans secara online di website yang diyakini pendaftarannya. Terdapat banyak website yang menjual insurans kereta dan insurans motor di internet.

Kenapa tak boleh renew roadtax kerana tempoh LKM telah melebihi 3 tahun

Walaupun anda telah menghidupkan insurans kereta atau insurans motor, kenapa tak boleh renew roadtax lagi ?

Seterusnya adalah disebabkan tempoh tarikh LKM atau roadtax motor atau roadtax kereta anda paling terakhir telah melebihi 3 tahun dari ianya tamat.

Check semula tarikh akhir anda buat roadtax tersebut. Contohnya pada kertas roadtax yang tertera ditulis 30/09/2023. Maka, tarikh akhir renew roadtax adalah pada 29/09/2026.

Jangan melebihi tempoh 3 tahun tersebut. Jika anda telah melebihi tarikh akhir ini, maka proses anda renew roadtax perlu ditambah dengan membuat inspection puspakom.

kenapa tak boleh renew roadtax
Kenapa tak boleh renew roadtax

One comment

Leave a Reply