Senarai Harga Roadtax Motor (Wajib Rujuk)

Harga roadtax motor. Senarai harga roadtax motor ini adalah bagi rujukan orang ramai dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Harga roadtax motor

Harga roadtax motor di Malaysia adalah sama termasuklah di Sabah dan Sarawak. Bila keluar saja jenis keluaran model motor baru, anda pasti akan membuat semakkan dulu dari segi harga roadtax motor. Adakah ia mahal?Adakah ia berpatutan? Ataupun ia mengjangkau harga yang lebih murah.

Kalau dahulu kita tahu harga hidup roadtax motor ni bukan biasa-biasa. Bukan murah nak dibandingkan dengan zaman sekarang ini. Setidak-tidaknya kita sudah membuat kajian sedikit sebanyak tentang duit yang akan keluar pada masa jangka panjang.

Lebih-lebih lagi sudah ada banyak tempat untuk kita renew roadtax. Harga renew roadtax motor pejabat pos lain, manakala di Jpj lain malah jika anda buat pada agent juga lain.

Lebih-lebih lagi kita pastikan dulu harga sebenar harga renew roadtax motor sebelum bersetuju membeli sesebuah motosikal.

Check harga roadtax motor

Bagaimana anda nak mudah check harga roadtax motor dengan mudah? Sudah pastinya anda menemui artikel ini. Anda boleh membuat rujukan seperti di bawah mengenai harga roadtax motosikal.

Harga roadtax motor mengikut cc

Semak harga roadtax motor anda dengan merujuk senarai di bawah mengikut cc :

1. Harga roadtax motor ex5

Kategori ini adalah di bawah senarai harga roadtax motor cc enjin motosikal 110cc. Berapa harga roadtax motor untuk 110cc dan ke bawah ini?

Harganya adalah RM2 sahaja untuk 1 tahun. Kalau untuk harga 6 bulan bagi kes tertentu harga roadtax sahaja adalah tetap kepada RM2.

senarai harga roadtax motor

2. Harga roadtax motor 125cc

Kepada peminat-peminat motor 2-stroke seperti 125z dan 125zr lebih-lebih lagi baru beli motor tu, walaupun 2-stroke, harga roadtax adalah hanya RM2 sahaja. Ini kos roadtax sahaja, belum termasuk insurans.

Harga roadtax motor 125cc

3. Harga roadtax LC135

Dengan cc enjin yang berbeza iaitu 135cc, yang kebanyakkannya kita lihat cc enjin motor di bawah 135cc. Manakala bagi kes ini adalah harga renew roadtax motorsikal ini turut berbeza juga?

Ikuti link ini untuk mengetahui harga roadtax lc 135

Harga roadtax LC135

4. Harga roadtax motor 150cc

Zaman sekarang sudah ramai pengguna motosikal yang memilih cc enjin yang lebih besar. Lebih-lebih lagi anak muda yang suka akan konvoi beramai-ramai. Pemilihan motor enjin 150cc ini digunakan bagi keselesaan penggunaan jarak jauh.

Manakala, jika jarak dekat, ia membantui menjimatkan lebih masa.

Terdapat dua model dan jenis pengguna motosikal iaitu yamaha Y15 dan juga honda rs150. Ikuti harga di bawah untuk rujukan harga roadtax dua model ini :

Harga roadtax motor y15 : RM2 (Setahun)

Harga roadtax rs150 : RM2 (Setahun)

Harga roadtax motor 150cc
Harga roadtax motor 150cc

5. Harga roadtax motor 155cc

Agak-agak model motor apa yang cc enjin lebih dari 150cc ni? Seperti yang kita tahu, yamaha NVX merupakan motor model berenjinkan 155cc. Namun, terdapat model baru keluaran yamaha yang tak usah dikatakan lagi yang menjadi pilihan anak muda mahupun golongan riders iaitu yamaha Y16ZR keluaran 2021.

Sbelum anda nak membeli, pastikan dulu harga roadtax motor ini kerana setiap tahun anda perlu mengeluarkannya dari poket anda.

Rujuk bacaan ini bagi mengetahui Harga roadtax motor 155cc bagi kedua model ini.

Harga roadtax motor 155cc

6. Harga roadtax motor 200cc

Renew roadtax motor harga yang tinggi akan membebankan sedikit kepala kita. Walaupun kita jarang menggunakan motor bercc besar, ia tetap perlu dibayar dengan harga yang sama.

Bagi harga roadtax motor 200cc, ia merupakan di bawah kategori 201cc ke bawah. Anda boleh rujuk pada geran motor anda kadang kita lihat 198cc, maka ia masih di bawah 201cc.

Harga roadtax motor 200cc ini adalah hanya rm30 untuk 1 tahun.

Harga roadtax motor 200cc

7. Harga roadtax motor 250cc

Model-model bagi motorsikal yang berkeupayaan enjin 201cc hingga 250cc ini telah dikuatkuasakan harga roadtax dengan hanya perlu membayar bagi 12 bulan dengan harga rm50 sahaja.

Harga roadtax motor 250cc

8. Harga roadtax motor 500cc

Kategori ini adalah bermula dari cc enjin 251 sehingga limit 500cc sahaja. Tak kira motor anda 300cc atau 400cc yang telah ditetapkan dalam geran sebagai harga roadtax motor 500cc.

Harga roadtax motor bagi 500cc ini adalah rm180 sahaja bagi sekali hidupkan untuk 12 bulan.

Harga roadtax motor 500cc

9. Harga roadtax motor 650cc

Rider-rider bagi nak survey harga roadtax motor 650cc yang bagi pemula boleh bandingkan harga dengan memastikan cc enjin motor di bawah 800cc ini yang harga roadtax motor ini mencecah rm250 untuk setahun tidak termasuk harga insurans motor.

Harga roadtax motor 650cc

10. Harga roadtax motor 1000cc

Masuk saja cc enjin motosikal 801cc ke atas, tak kira enjin 1000cc atau 1200cc ataupun 1400cc, harga bagi roadtax sahaja adalah rm350. Motor yang jarang digunakan ini atau dipanggil weekend bike ini tetap perlu dibayar roadtaxnya dengan harga yang sama selagi mana tidak ada perubahan dari pihak JPJ.

Harga roadtax motor 1000cc

5 comments

Leave a Reply