Harga cermin kereta. Apakah harga cermin kereta yang sepatutnya anda cover perlindungan tersebut itu adalah tepat atau berada dalam anggaran yang sebetulnya?
Sebuah cermin kereta memakan budget yang agak besar bagi majoriti daripada kita. Disamping ekonomi yang agak naik turun sekarang ini, penilaian awal tentang harga cermin kereta perlulah dilakukan sebelum anda membeli yang baru.
Harga cermin kereta terdiri dari :
- Harga cermin depan kereta atau harga windscreen
- Harga cermin tingkap kereta
- Harga cermin cermin belakang kereta
- Harga cermin sisi kereta
Malah, sekiranya anda membeli cermin kereta secondhand sekalipun, harga cermin kereta tetap perlu anda buat kira-kira bagi mengelakkan perbelanjaan bulanan anda terganggu.
Walaupun harga cermin tingkap kereta, ia tetap memerlukan belanja supaya ianya dapat diganti kepada cermin kereta baru.
Cermin kereta retak
Kriteria cermin kereta retak perlu anda buat penilaian terlebih dahulu. Adakah ianya cermin kereta retak panjang atau cermin kereta retak kecil atau cermin kereta retak seribu ?
Sekiranya cermin kereta retak kecil, anda masih lagi boleh repair cermin kereta tersebut. Manakala, sekiranya cermin kereta retak panjang, ada dua situasi disini.
Jika cermin kereta retak panjang melebihi 20cm, adalah lebih baik untuk anda tukar cermin kereta baru. Dan jika masih di bawah 20cm, ianya masih boleh dibaiki menggunakan kit repair cermin kereta.
Ikuti cara repair cermin kereta retak panjang ini sekiranya retak tersebut di bawah 20cm .
Bagi kes cermin kereta retak seribu pula, jawapannya adalah tukar cermin kereta kepada yang baru. Agak risiko sekiranya ianya dibiarkan lebih-lebih lagi digunakan semasa memandu di jalan raya.
Sekiranya anda alami cermin kereta retak seribu di pertengahan jalan atau di highway, pastikan anda tidak meneruskan perjalanan. Panggil towing trak tunda berdekatan untuk ditarik ke destinasi anda atau terus ke kedai cermin kereta.
Cermin kereta pecah
Jika anda mengalami cermin kereta pecah, sudah pasti perlu menukar kepada cermin kereta baru. Ada beberapa situasi dan tempat berlakunya cermin kereta pecah.
- Cermin kereta pecah sendiri di rumah
- Terkena dari serpihan batu di jalan raya atau highway.
- Akibat dari kerja-kerja mesin potong rumput di jalan raya
- Cermin kereta pecah sebab panas (ikut situasi)
Insiden ini kita memang tak boleh nak elak. Minta dijauhkan. Cuma bila anda kurang bernasib baik dan diuji sebegini, apa pun perlu sabar dan tukar cermin kereta adalah langkah seterusnya anda harus lakukan.
Kos tukar cermin kereta
Faktor kos tukar cermin kereta akan melibatkan beberapa aspek iaitu :
- Harga pasaran semasa cermin kereta.
- Stok cermin kereta sedia ada atau perlu diimport.
- Jenis cermin kereta mengikut jenama kereta.
- Kadar upah sesebuah kedai cermin kereta
Di atas merupakan faktor kos tukar cermin kereta yang perlu diambil tahu oleh anda. Ada dua jenis kos tukar cermin kereta iaitu terbahagi kepada dua iaitu menggunakan secara tunai untuk tukar cermin kereta dan juga menggunakan insurans cermin kereta.
Baca juga : Harga tukar cermin depan kereta
Harga cermin kereta Axia
Pemilik kereta axia tentunya menginginkan harga cermin kereta axia yang berpatutan. Bagi harga cermin kereta axia depan adalah berjumlah RM500 hingga RM600.
Harga di atas merupakan harga sekiranya anda mengeluarkan duit sendiri. Jika anda rajin membuat survey, mungkin akan dapat harga cermin kereta axia lebih murah.
Manakala, sekiranya anda mempunyai insuran cermin kereta axia, cover yang sepatutnya anda tambah adalah bernilai RM95 sahaja iaitu cover sebanyak RM600.
Harga cermin kereta myvi
Kesemua pemilik kereta perodua myvi boleh mengetahui harga cermin kereta myvi dengan berdasarkan model kereta yang anda gunakan.
Harga cermin myvi terdiri daripada harga cermin kereta myvi depan, harga cermin belakang kereta myvi, dan juga harga cermin tingkap kereta myvi.
Harga cermin kereta Alza
Kereta jenama Perodua Alza ini merupakan kereta keluarga yang antaranya menjadi pilihan di negara kita. Untuk tunai harga cermin kereta Alza ini perlu anda keluarkan sebanyak RM600 hingga RM700 termasuk upah di kedai cermin.
Namun, sekiranya anda ingin menambah insuran cermin kereta alza, cover perlindungan yang sesuai anda ambil adalah sebanyak RM800.
Untuk tambahan cover RM800 ini, jumlah insuran yang perlu anda bayar hanyalah sebanyak Rm127 termasuk cukai.
Harga cermin kereta Avanza
Kereta jenis mpv toyota Avanza memberikan persaingan sihat kepada mpv tempatan lain. Akan tetapi ianya dikira sebagai jenama kereta import dalam negara kita.
Jadi, tentunya akan memberi kesan kepada harga cermin depan kereta Avanza yang agak tinggi sedikit harganya dibandingkan mpv tempatan.
Harga cermin kereta Avanza adalah berharga dalam lingkungan RM1500 untuk cermin windscreen hadapan.
Pastinya harga tersebut boleh anda dapat lebih murah lagi jika anda rajin membuat survey di beberapa tempat kedai cermin kereta.
Baca juga : Harga cermin depan Avanza
Harga cermin kereta Almera
Pada anggarannya harga cermin kereta Almera terutamanya harga cermin depan Almera hanyalah RM1000 hinggalah RM1300. Namun, itu adalah perlindungan insuran cermin kereta almera yang sepatutnya anda cover.
Sekiranya anda tidak beli cover insuran cermin kereta nissan almera, harga cermin depan nissan almera agak murah sedikit jika dibandingkan untuk anda beli secara tunai.
Tapi murah sedikit beza dalam RM100 hingga rm200 bergantung kepada kedai cermin kereta yang anda rujuk.
Harga cermin Nisssan Navara
Selain itu, tidak lupa juga kepada model 4×4 yang antaranya menjadi pesaingan sengit dalam marketnya iaitu nissan navara.
Harga cermin kereta nissan navara di bahagian depan adalah sekitar RM2500 hingga RM3000 sahaja.
Harga cermin kereta Aruz
Perodua Aruz merupakan model keluaran mpv antara terkini menjadi persaingan dalam negara kita. Pemilihan kereta perodua aruz ini tidak lain tidak bukan kerana faktor terbesarnya adalah ruang yang besar.
Namun, adakah harga cermin kereta Aruz juga turut mahal ? Bagi harga cermin kereta Aruz tidaklah terlalu mahal ia adalah dalam lingkungan RM1300 hinggalah RM1500 sahaja.
Harga cermin Aruz terutamanya harga cermin depan Aruz agak murah bagi segementnya dibandingkan dengan kereta jenama import.
Namun, harga cermin perodua Aruz ini juga boleh anda dapat pada pusat servis perodua yang menyediakan khidmat tukar cermin kereta.
Harga cermin kereta Ativa
Perodua Ativa yang nampak bergaya tetapi harga cermin kereta Ativa ini masih dalam lingkungan RM1000-RM1200.
Agak mahal bukan harga cermin ativa ini? Hal ini kerana kereta ini sangat baru dikeluarkan oleh pihak perodua sendiri. Jadi, barangan sparepart seperti cermin kereta masih lagi menjadi harga pada kadar optimum.
Harga cermin kereta Bezza
Sekali lagi model yang antara terhangat di pasaran iaitu perodua bezza. Sudah pasti model ini terdapat banyak di atas jalan raya di negara kita.
Namun adakah harga cermin kereta bezza ini terlalu mahal ? Tidak sama sekali. Bagi harga cermin kereta bezza ini hanyalah berjumlah RM800 sahaja.
Itu adalah harga bagi cover perlindungan insuran cermin kereta yang sesuai lebih-lebih lagi untuk windscreen atau salah satu pada bahagian cermin kereta lain.
Jika secara tunai, anda bayar secara terus kepada kedai cermin kereta dalam anggaran RM500 hingga RM600 untuk harga cermin kereta bezza windscreen depan.
Baca juga : Harga cermin depan kereta bezza
Harga cermin kereta honda Brv
Model kereta honda Brv tidak kurang juga menjadi pilihan kereta berkeluarga. Tetapi bila kita lihat di atas jalan raya, kereta honda Brv ni tidak lah terlalu banyak.
Dalam 1000 buah kereta, mungkin ada 5 hingga 10 biji. Namun, adakah ini memberi kesan kepada harga cermin kereta honda Brv itu sendiri ?
Harga cermin kereta honda brv ini adalah dalam anggaran Rm1500 hingga RM1600. Ianya agak mahal sedikit sekiranya anda nak tambah untuk cover insuran cermin kereta.
Namun, jika anda beli cash, harga cermin kereta honda brv ini tidak begitu jauh dari harga cover insurans seperti di atas. Agak keras sikit harganya.
Harga cermin kereta Crv
Kereta honda Crv merupakan model Suv yang agak terkenal dan mewah dengan reka cipta terkini sudah tentu menjadi pilihan ramai.
Lebih-lebih lagi keluaran model crv 1.5 turbo , ianya sangat berkuasa di atas jalan raya dengan keselesaan yang terbaik.
Bagaimana dengan harga cermin kereta Crv ini? Jumlah bagi windscreen harga cermin kereta crv ini adalah tinggi iaitu RM2000 hingga RM2500.
Cermin kereta yang agak lebar dan besar sudah tentu perlu mengeluarkan kos yang lebih sedikit.
Harga cermin kereta Camry
Harga cermin kereta toyota Camry adalah berjumlah RM2500 hingga RM3000. Jangan terkejut kerana cermin kereta camry memang agak besar.
Model kereta toyota camry dari dulu sampai sekarang membawa cita rasa kepada pemiliknya tentang kemewahan, keluasan serta keselesaan.
Jadi tidak asing lagi harga cermin kereta camry tinggi kerana ianya model jenama kereta import.
Harga cermin kereta Honda City
Kereta honda city merupakan kereta jenis sedan menjadi pesaing sengit kepada kereta jenama sedan yang lain.
Kadar faktor keselesaan antara mengapa orang ingin memiliki kereta honda city ini. Bagaimana pula dengan harga cermin kereta honda city ?
Harga cermin kereta honda city adalah berjumlah sekitar RM1500 sahaja. Jika kita bayar pada insuran semasa nak hidupkan insuran, hanya perlu bayar sebanyak RM238 sahaja. Jauh lebih jimat.
Sekiranya anda tidak mempunyai cover cermin kereta, kadar bayaran secara tunai dalam anggaran sebanyak RM1000 hingga RM1300 untuk tukar cermin kereta honda city windscreen.
Harga cermin kereta Honda Civic
Kereta honda civic telah lama dikeluarkan modelnya. Dari generasi ke generasi ia tetap mempamerkan gaya mutu honda itu ke seluruh dunia.
Harga cermin kereta honda civic ini kita akan bercakap secara random jika anda mengambil tambahan insuran cermin kereta, anda perlulah membuat cover sebanyak RM2000 hingga RM3000.
Jika anda bayar semasa menghidupkan insurans kereta, kadar bayaran untuk cover tersebut adalah hanya dari Rm318 hingga RM477 sahaja.
Jumlah ini juga sesuai bagi model seperti harga cermin depan honda civic fd.
Harga cermin kereta toyota alphard
Kereta keluarga impian ramai ini memang banyak menjadi pilihan ramai. Ianya tidak begitu murah untuk memilikinya.
Namun, bagaimana dengan harga cermin kereta toyota alphard ini? Jika anda ingin menukar cermin kereta windscreen ini secara tunai, ianya berharga RM2800 hingga RM3500.
Manakala, jika anda nak buat cover perlindungan insuran bagi windscreen kereta alphard ini berjumlah sebanyak RM3000 iaitu dengan hanya bayaran Rm477 sahaja.
Harga cermin kereta Vellfire
Toyota Vellfire merupakan pesaing paling terdekat untuk pilihan kereta bagi segmen ini. Dengan designnya yang cantik dan menawan, kereta ini dijadikan seperti kereta vip.
Namun, berapakah kos bagi harga cermin kereta toyota Vellfire windscreen adalah dalam anggaran RM3000 hingga RM3500 sahaja.
Cermin kereta vellfire ini agak lebar dan besar menyebabkan harga cermin depan vellfire ini agak tinggi.
Harga cermin kereta mitsubishi ASX
Kereta jenama mitsubishi ASX yang merupakan sebuah kereta SUV membawa peranan sebagai kereta yang agak lasak di jalan raya.
Namun, selasak-lasak kereta ini, jika dah berlaku pecah, berapakah harga cermin kereta mitsubishi ASX ini?
Harga cermin kereta mitsubishi ASX ini agak tinggi iaitu RM2500 hinggalah RM3000 untuk cover perlindungan insurans cermin kereta.
Jika tiada cover insurans cermin kereta, nak taknak wang tunai perlu dikeluarkan dengan harga yang sama kerana kereta ini memiliki saiz cermin kereta yang agak luas.
Harga cermin kereta proton saga
Jenama tempatan iaitu kereta proton saga sudah lama bertapak di negara kita. Kini menjadi pesaing kepada model-model kereta lain terutamanya kereta jenama import.
Keutamaan disini kita akan merungkai harga cermin depan saga flx, serta harga cermin kereta proton saga blm.
Harga cermin depan proton saga perlu anda dahului dengan mengenal pasti model kereta anda terlebih dahulu.
Bagaimana dengan harga cermin kereta proton saga ini ? Harga cermin proton saga adalah berjumlah sebanyak RM700 sahaja.
Untuk harga tersebut merupakan harga cermin depan saga flx,blm dan juga cvt. Harga cermin kereta saga flx adalah mudah didapati di setiap kedai cermin kereta.
Jika anda nak tambah cover insurans cermin, cover RM700 adalah sudah mencukupi. Manakala, jika anda nak tukar kepada cermin baru secara tunai, harga cermin proton saga ini adalah dalam lingkungan RM500 hingga RM600 sahaja.
Harga cermin kereta proton saga yang sesuai adalah termasuk harga cermin kereta saga blm, harga cermin kereta saga flx dan juga harga cermin kereta saga vvt ( model terbaru).
Manakala, untuk harga cermin belakang saga flx pula dalam anggaran RM300 hingga RM400
Baca juga : Harga cermin kereta saga
Harga cermin kereta persona
Seterusnya adalah kereta proton persona yang juga tidak ketinggalan menjadi pilihan ramai di negara kita. Dari model lama hinggalah model baru ia membawa satu perubahan drastik yang membezakan kedua model itu.
Bagaimana pula dengan harga cermin kereta proton persona ini ?Adakah ia turut berbeza ? Betul. Harga cermin kereta untuk harga windscreen persona model lama adalah dalam lingkungan Rm600 hinggalah RM800.
Anda perlu pastikan dahulu harga cermin depan persona ini adalah betul mengikut model lama atau yang baru.
Manakala, harga cermin kereta persona model terbaru ini adalah dari RM1000 hingga RM1300. Harga cermin persona ini agak tinggi sedikit.
Jika anda dah cover insurans cermin kereta, anda juga telah membeli dengan harga cermin belakang persona serta harga cermin tingkap kereta persona.
Namun, perlu diingatkan harga cermin depan kereta persona merupakan harga cermin persona paling tinggi nilainya dibandingkan cermin tingkap dan cermin belakang kereta.
Harga cermin depan Gen2
Tidak lupa juga kereta proton Gen2. Walaupun sekarang ianya tidak lagi keluaran baru bagi proton Gen2, tetapi ianya masih ramai menggunakannya di atas jalan raya.
Jika berlaku kes pecah cermin depan gen2 ini, harga cermin depan Gen2 adalah dalam anggaran RM500 hingga RM700.
Harga cermin depan Gen2 berngantung kepada ready stock dari sesebuah kedai cermin kereta. Jika perlu order, maka harga cermin depan Gen2 adalah agak tinggi tetapi ia masih tetap dalam anggaran di atas.
Harga cermin depan kereta waja
Seiring dengan kereta di atas, model bagi kereta proton waja turut antara model kereta yang masih gagah berada di atas jalan raya.
Bagi harga cermin depan kereta waja ini, ianya adlaah berjumlah sebanyak RM600 hingga RM800. Harga cermin depan kereta waja ini sebanarnya boleh anda dapat murah lagi bergantung kepada sesebuah kedai cermin kereta itu sendiri.
Harga cermin kereta Iriz
Selain itu, turut dikenali sebagai jenama tempatan iaitu proton Iriz yang merupakan model keluaran masih lagi muda di pasaran negara kita.
Namun, berapakah harga cermin kereta Iriz sekiranya nak ganti kepada baru ? Harga cermin kereta Iriz iaitu harga cermin depan Iriz di pasaran anda boleh dapat secara tunai dengan harga RM500 hingga RM600.
Manakala, cover insurans cermin kereta bagi harga cermin Iriz yang paling sesuai diambil adalah sebanyak RM700. Tentunya dengan cover tersebut anda hanya perlu bayar harga insurans cermin kereta Iriz sebanyak RM111 sahaja.
Harga cermin depan kereta Iriz merupakan harga cermin depan Iriz yang maximum sesuai sekiranya dilindungi juga salah satunya untuk cermin belakang ataupun tingkat atau cermin depan Iriz.
Harga cermin kereta Exora
Tidak ketinggalan juga untuk harga cermin kereta exora merupakan agak rendah untuk anda beli yang baru kerana ianya berasal dari model kereta tempatan di negara kita.
Untuk ketahui harga cermin kereta exora anda boleh dapati dengan membuat pembacaan di bawah.
Baca juga : Harga cermin depan kereta exora
Harga cermin kereta X50
Antara keluaran terbaru kereta proton adalah kereta x50. Harga cermin x50 ini agak mahal sekiranya untuk diganti dengan yang baru.
Disebabkan alat gantinya tidak begitu banyak dan perlu ditunggu, maka harga cermin x50 ini adalah sekitar RM2000 hingga RM3000 sahaja.
Harga cermin kereta X70
Turut mendapat tempias yang sama iaitu abangnya proton x70 sendiri. Kesabaran perlu dilalui untuk mendapatkan cermin original yang mempunyai cop proton.
Anda juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan cermin kereta x70 cermin harga cermin x70 yang lebih murah namun tidak mempunyai cop dari proton sebagai tanda original.
Harga cermin kereta toyota Yaris
Segmen hatchback daripada jenama toyota ini sangat digemari oleh orang muda. Sekiranya berlaku perkara seperti cermin kereta pecah, anda hendaklah menggantikan cermin kereta yaris dengan segera.
Anda boleh dahului dengan membuat survey harga cermin yaris. Harga cermin toyota yaris adalah sekitar RM1500 hingga RM2000 sahaja.
Harga cermin kereta Vios
Model-model kereta toyota vios tentunya sudah banyak berada di atas jalan raya. Namun, adakah dari segi harga cermin kereta vios ini agak mahal dibandingkan kereta-kereta lain seperti pesaingnya ?
Harga cermin kereta vios hanyalah bernilai Rm1500 untuk cover perlindungan windscreen depan kereta vios atau harga cermin depan kereta vios.
Harga cermin depan vios ini adalah termasuklah kos-kos upah dan caj perkhimatan yang bakal dikenakan. Orang kata secara one-off.
Harga cermin kereta Corolla Altis
Kereta jenama toyota corolla altis mempunyai peminatnya tersendiri dari dulu hingga sekarang. Model kereta ini sangat sesuai dan jimat bagi perjalanan jauh mahupun dekat.
Namun, adakah harga cermin kereta corolla altis ini juga menjimatkan ? Rujuk jadual di bawah :
Jenis pembayaran | Harga cermin kereta corolla altis (windscreen) |
Tunai | RM2000 hingga RM2500 |
Cover insurans | RM2000 |
Sekiranya anda tidak membuat cover insurans cermin kereta, maka wang tunai harus digunakan bagi menukar cermin kereta corolla altis yang baru dengan harga di bawah RM2500.
Manakala, harga Rm2000 adalah mencukupi bagi anda cover perlindungan insurans cermin kereta corolla altis ini.
Harga cermin kereta Toyota Innova
Siapa yang tak kenal kereta keluaran toyota ini iaitu Innova. Kereta Innova juga merupakan antara model yang agak lama bertapak di negara kita.
Namun, generasinya dan reka ciptanya masih mengekalnya design yang sama. Oleh itu, harga cermin depan Innova berjumlah sebanyak RM1700 hingga Rm2000 sahaja.
Manakala, bagi harga cermin belakang toyota innova pula adalah dalam anggaran separuh dari harga cermin depan Innova di atas iaitu sebanyak RM900 hingga RM1000.
Harga cermin kereta toyota Innova ini adalah mengikut pada sesebuah kedai cermin kereta juga untuk meletakkan harga upah rendah ataupun tinggi.
Harga cermin Estima
Harga cermin estima. Berapakah harga cermin Estima yang sesuai untuk menukar kepada cermin kereta yang baru akibat daripada kemalangan yang tidak dapat dielakkan ?
Banyak dari kita mempunyai pengalaman semasa memandu, cermin kereta terkena batu-batuan yang entah dari mana.
Bila ianya memberikan kesan retak kecil, masih lagi cermin kereta tersebut bertahan. Namun, bila cermin retak kecil sudah melarat ke retak panjang, jawapannya adalah tukar cermin kereta baru.
Berapakah harga cermin Estima sepatutnya ?
Terdapat banyak model bagi kereta jenis toyota estima di negara kita. Namun, aku akan kongsikan harga cermin Estima yang sesuai untuk cover insurans harga cermin estima terutamanya juga bagi yang ingin keluarkan secara tunai.
Berikut merupakan harga cermin Estima untuk rujukan anda :
Jenis cover perlindungan | Harga cermin Estima |
Cover insurans | RM3000-Rm3500 |
Secara tunai/cash | RM2800-RM3000 |
Berdasarkan Jadual 1 di atas, anda boleh rujuk pada 2 perkara iaitu secara cover insurans dan juga secara tunai.
Kenapa ada beza harga cermin Estima cover insuran dan tunai ?
Harga cermin Estima yang dilindungi cover insurans perlu anda beli dengan cover yang tinggi sedikit. Hal ini kerana jika ianya dicover lebih, maka, bahagian cermin lain turut juga boleh dilindungi bagi satu-satu masa claim.
Manakala, harga cermin Estima bagi tunai pula adalah harga sepatutnya anda bayar secara terus termasuk kadar cas tukar cermin kereta semasa.
Namun, dinasihatkan supaya anda membuat beberapa survey dan kajian di beberapa kedai tukar cermin kereta untuk mendapatkan harga cermin Estima yang berkualiti dalam masa yang sama pada kadar harga yang baik.
Cara nak survey harga cermin Estima
Berikut merupakan cara yang betul dan mudah untuk anda tukar cermin kereta yang baru dengan membuat survey tentang harga cermin Estima :
Cermin Kereta | Harga cermin Estima |
Kedai A | RM2800 |
Kedai B | RM3000 |
Kedai C | RM2500 |
Terdapat 3 harga cermin Estima yang anda dapat dari kedai A,B dan C. Ikutkan hati mesti anda akan memilih kedai C kerana ianya murah.
Akan tetapi tunggu dulu. Buat sedikit pertanyaan pada kedai tersebut. Bila ditanya pada kedai C, harga tersebut tidak termasuk kos upah tukar cermin kereta.
Manakala, untuk kedai B, harga rm2800 itu sudah termasuk kos upah namun tidak mempunyai stok sedia ada / ready stok pada masa terdekat.
Untuk kedai A pula, harga cermi Estima agak tinggi untuk keluarkan tunai, namun ianya sudah termasuk all in segala kos upah dan warranly serta mempunyai stok sedia ada mengikut jenis kereta Estima yang anda gunakan.
Memandangkan, kereta Estima tersebut digunakan secara harian, pasti anda memerlukannya cepat dipasang supaya boleh digunakan terus.
Harga cermin depan Grand Livina
Harga cermin kereta Grand Livina terutamanya harga cermin depan Grand Livina adalah berjumlah RM1300 hingga RM1500.
Kereta nissan Grand Livina ini merupakan antara kereta keluarga menjadi pilihan keluarga di negara kita. Walaupun ia mempunyai 2 variant cc enjin 1.6 dan 1.8 , Harga cermin depan kereta Grand Livina ini merupakan harga cermin kereta yang agak berpatutan bagi segmennya.
Harga cermin depan Hilux
Bagi kereta 4×4 yang agak terkenal di negara kita ini iaitu toyota Hilux. Mempunyai harga cermin depan toyota Hilux ini berjumlah sebanyak RM3000 hingga RM3500.
Harga cermin Hilux sememangnya mahal, namun, anda mempunyai pilihan dengan membuat cover insurans cermin kereta ini dari awal adalah lebih baik.
Harga cermin depan Hilux ini bersaiz lebar menjadikan harga cermin Hilux agak tinggi di pasaran di negara kita.
Harga cermin depan Triton
Sama juga dengan kereta di di atas tadi, harga cermin depan Triton adalah dalam anggaran yang sama. Akan tetapi anda adalah wajar membuat survey terlebih dahulu.
Hal ini demikian, harga cermin depan Triton boleh menjadi lebih murah berdasarkan permintaan pada pasarannya.
Keutamaan harga cermin depan Triton lebih murah untuk model Triton yang lama dibandingkan Triton keluaran model baru.
Harga cermin depan Ford Ranger
Sesiapa yang memiliki kereta Ford Ranger dari model lama hingga baru dan dari tanpa sensor hingga ada sensor perlu mengetahui harga cermin depan Ford Ranger ini.
Harga cermin Ford Ranger boleh juga anda cover menggunakan insurans cermin kereta. Jika tanpa perlindungan insurans cermin kereta, anda boleh menggunakan jumlah di bawah sebagai harga cermin depan Ford Ranger.
Jumlah yang sesuai bagi harga cermin depan Ford Ranger adalah RM3000 hinggalah RM4000 sahaja. Ketahui harga cermin Ford Ranger ini dari awal sebelum anda pergi ke kedai cermin kereta untuk bertanyakan harga cermin depan Ford Ranger.
Harga cermin depan suzuki Swift
Model kereta yang agak cantik ini iaitu suzuki Swift. Ia mempunyai harga cermin depan suzuki Swift yang dalam anggaran sebanyak RM1000.
Kereta ini sangat rare. Berikutan itu, stok bagi cermin kereta ini agak susah untuk didapati. Jadi, harga cermin depan suzuki Swift ini agak mahal kerana ianya susah untuk didapati.
Senarai harga cermin kereta
Berikut merupakan senarai harga cermin kereta yang boleh anda semua rujuk dan lebih mudah untuk membuat budget sebelum tukar cermin kereta.
Mahupun bagi rujukan berapakah cover perlindungan yang sesuai untuk harga cermin kereta anda berdasarkan senarai harga cermin kereta di bawah :
Untuk proton senarai harga cermin kereta yang terdapat di atas juga boleh anda jadikan rujukan dan kebayakkannya adalah di bawah Rm1000 bergantung kepada jenis kereta.
Hal ini adalah kerana, kereta buatan tempatan di negara kita terutamanya proton senarai harga cermin kereta mempunyai harga yang agak murah walaupun cermin kereta anda bersaiz besar contohnya seperti harga cermin kereta proton persona.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.