Senarai harga cermin tingkap kereta

Harga cermin tingkap kereta. Kebanyakkan kita mengalami isu cermin tingkap kereta pecah adalah disebabkan beberapa faktor. Antara faktornya adalah risiko semasa memandu di jalan raya. Kita ikuti faktor lain yang mengakibatkan perkara ini terjadi dan bagaimana cara nak handle jika berlaku pada kita.

Faktor cermin tingkap kereta pecah

Ada banyak faktor yang menyebabkan cermin tingkap kereta pecah. Perkara ini merupakan faktor besar yang terjadi kepada kebanyakkan orang di luar sana.

1. Terkena serpihan batu dari kerja-kerja mesin rumput

Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan di jalan raya adalah termasuk mesin rumput yang sudah panjang dan mengemas setelah kerja ini selesai.

Sering kali pekerja mesin rumput akan alert dengan persekitaran jika kenderaan anda berhenti di trafik light menunggu lampu hijau, mereka tidak akan meneruskan kerja itu buat seketika. Hal ini akan menambah risiko untuk berlaku kemalangan cermin tingkap kereta pecah.

Jika berlaku terkena serpihan batu semasa anda memandu pada kenderaan anda sedang bergerak, anda boleh membuat claim cermin tingkap kereta pecah dengan bertanyakan kepada pihak kerja mesin rumput tersebut.

Setiap kerja-kerja ini akan dicover dengan insurans yang melindungi kenderaan sekeliling.

harga cermin tingkap kereta

2. Pecah kenderaan cermin tingkap kereta perlu diganti baru

Hal ini sering kali menjadi target kepada orang yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk mengambil sesuatu di dalam kereta anda. Takkan mereka nak pecahkan cermin depan kereta pula kan?

Sesiapa tidak akan dapat tahu kerjadian ini berlaku. Untuk membaiki cermin tingkap kereta pecah tersebut, anda perlu mengeluarkan duit sendiri. Atau jika anda mempunyai claim insurans cermin, anda boleh berbuat demikian dan claim pada syarikat insurans.

Jika tidak, anda sendiri perlu membayar sendiri harga cermin tingkap kereta myvi anda itu.

Perkara yang kita perlu alert mengenai faktor di atas

Setiap yang berlaku ada sebabnya. Untuk perkara kerja-kerja mesin rumput itu, anda tidak boleh berbuat apa-apa melainkan membuat claim ke atas syarikat yang membuat kerja-kerja tersebut. Tiada orang yang akan melakukan kerja-kerja mesin rumput pada malam hari untuk mengelak risiko ini.

Manakala, bagi risiko pecah kenderaan itu, jika anda mempunyai barangan penting, sila simpan di dalam bonet kereta. Walaupun, hanya beg kosong di letakkan di dalam kereta, ia akan menjadi target kepada orang tidak bertanggungjawab tersebut.

Yang penting ianya beg. Jika anda merasakan tidak rugi apa-apa, bagaimana jika anda perlu mengeluarkan duit bagi mengganti cermin tingkap kereta pecah itu? bagaimana dengan masa yang perlu anda luangkan bagi menukar cermin tingkap yang baru?

Harga cermin tingkap kereta yang pecah

1. Harga cermin tingkap kereta viva

Harga cermin tingkap bagi kereta viva adalah murah di bawah RM500 (bagi 4 bahagian pintu). Ia adalah tergantung juga kepada stok sedia ada pada kedai.

Jika memerlukan order, mungkin harga ini akan dinaikkan sedikit. Anda sebagai pemilik tak perlu risau kerana stok cermin tingkap kereta viva mudah di dapati.

2. Harga cermin tingkap kereta alza

Kereta jenis keluarga seperti alza mempunyai tingkap cermin yang agak panjang sedikit dibandingkan kereta sedan biasa. Ia juga mempunyai tambahan cermin kecil pada pintu bahagian belakang.

Jika anda ingin claim insurans, untuk menggantikan cermin yang pecah pada bahagian tingkap majoritinya bukan keseluruhan pada bahagian tingkap.

Jadi, ia akan merugikan anda dianggarkan satu bahagian tingkap cermin kereta alza dalam rm200 sahaja.

3. Harga cermin tingkap kereta wira

Kereta wira menjadi pilihan orang muda yang ingin bebas dalam berbelanja tanpa berhutang. Yang untungnya, jika berlaku sebarang kejadian pecah pada bahagian cermin tingkap kereta wira ini anda mudah untuk mendapatkan stok.

Kos harga tingkap adalah dianggarkan di bawah rm500 sahaja jika anda rajin membuat survey.

4. Harga cermin tingkap kereta bezza

Kebanyakkan masa sekarang ini kereta bezza dianggap kereta baru dan semestinya anda membuat cover cermin bagi kereta ini.

Jika berlaku pecah pada mana-mana bahagian cermin tingkap, harga bagi sekeping cermin tingkap bezza ini adalah agak tinggi sedikit.

Tidaklah terlalu tinggi, dianggarkan dalam rm200 bagi sekeping tingkap belum termasuk kos upah bengkel jika anda buat diluar tanpa claim insuran.

5. Harga cermin tingkap kereta saga blm

Pilihan bagi model saga ini adalah banyak. Model saga blm adalah sama seperti cermin tingkap kereta saga fl dan juga saga flx.

Jadi, harga aftermarket lebih murah dan mudah anda dapati lebih-lebih lagi sudah banyak apps sparepart kereta di internet.

Harga cermin tingkap kereta bagi keseluruhan keempat-empat pintu lebih kurang rm600 sahaja.

6. Harga cermin tingkap kereta waja

Kereta waja yang kini dianggap seperti sudah rare ini agak susah sedikit nak dapat sparepart cermin tingkapnya.

Namun, kalau nak murah anda boleh cuba cari di facebook group kereta waja.

Budget yang perlu anda sediakan bagi satu pintu tingkap cermin ini adalah rm200 hingga rm250.

7. Harga cermin tingkap kereta vios

Model bagi kereta vios ini adalah berlainan dari beberapa tahun ke beberapa tahun. Jadi, model ini agak susah untuk anda cari dan harganya pun agak mahal.

Jika anda mempunyai cover insurans, lebih baik anda gunakan bagi membuat claim. Daripada anda rugi banyak, baik anda gunakan sebaikknya claim windscreen tersebut.

Mengikut pengalaman, bagi 2 cermin tingkap kereta vios ini memakan kos sehingga rm900.

8. Harga cermin tingkap kereta kelisa

Bagi anda pengguna kereta antara yang paling tahan dan lasak dari segi enjinnya ini, anda perlukan beberapa budget emergency bagi kes jika berlaku cermin pecah ini.

Kereta yang agak lama ini kemungkinan besar tidak lagi menggunakan 1st party justera tidak lagi dilindungi cover windscreen.

Budget yang perlu anda keluarkan adalah dari rm400 hingga rm500 bagi keempat-empat tingkap pintu kereta.

9. Harga cermin tingkap persona

Kereta jenis sedan antara yang popular ini kita anggarkan bagi cermin tingkapnya adalah rm500-rm600 untuk model lama.

Jika model baharu, ini agak lebih sedikit dan dianggarkan di bawah rm1000 sahaja.

Anda boleh claim insurans cermin kereta jika anda membeli cover windscreen biasa. Kedai cermin panel akan membuat order dulu sebelum memasang cermin tingkap yang baru.

2 comments

Leave a Reply