Cara repair cermin kereta retak panjang

Cara repair cermin kereta retak panjang. Jika anda mengalami masalah cermin kereta retak panjang apakah yang anda buat?

Apakah saranan dan cadangan yang patut anda lakukan sebelum buat sesuatu kepada cermin kereta retak panjang tersebut?

Kenal pasti adakah ia cermin kereta retak panjang

Perkara pertama sekali untuk anda yang mengalami situasi cermin kereta retak panjang adalah kenal pasti berapa panjang retak pada cermin kereta tersebut.

Tak perlu anda ukur. Cuma anda hanya perlu menganggarkan sahaja. Jika ianya bawa dari 20 cm maka cermin tersebut mampu diselamatkan lagi dengan cara repair cermin kereta retak panjang.

Panjang Retak Cermin KeretaMasih boleh di repair atau tidak
20cm dan ke bawahBoleh
20cm ke atasMasih boleh bergantung kepada situasi
Jadual 1

Pengalaman mempunyai cermin kereta retak panjang

Mengikut pengalaman aku sendiri, aku pernah alami cermin kereta retak panjang sebanyak 13cm lebih kurang begitu.

Pada mulanya ia tidak sepanjang begitu. Bila dari hari ke hari masih menggunakan kereta tersebut, ia menambah lagi kadar retakan tersebut.

Permukaan windscreen kereta aku boleh dapat dengan jelas ia retak panjang melibatkan double layer. Namun, aku tak begitu risau kerana mempunyai tinted dari dalam cermin windscreen kereta.

Barang yang perlu beli untuk cara repair cermin kereta retak panjang

Seterusnya, aku membeli windscreen resin repair di mr diy. Dua kedai mr diy aku cari baru jumpa. Jenama yang dijual mungkin berlainan sedikit dari semasa ke semasa.

cara repair cermin kereta retak panjang

Mungkin anda boleh cari dan beli secara online. Supaya tak jadi macam situasi aku. Mungkin stok dah habis masa tu. Jadi, aku kena cari pada kedai lain.

Aku nasihatkan jika cermin kereta retak panjang untuk membeli 2 kotak windscreen resin repiar tersebut. Hal ini supaya mungkin anda masa tu memerlukannya lebih dari 1 kotak.

Harganya tidaklah mahal. Seingat aku bawah rm25 untuk sekotak.

Turutan cara repair cermin kereta retak panjang

  1. Bersihkan permukaan cermin kereta luar dan dalam
  2. Perhatikan punca cermin kereta retak bermula
  3. Ia seperti retak kecil dan permukaan agak kedalam
  4. Tampal alat pelekat untuk letak picagari
  5. Letakkan picagari dalam keadaan belum ditarik
  6. Masukkan resin windscreen yang disediakan
  7. Tarik picagari mengikut arahan manual
  8. Ulangi proses di atas supaya resin berjaya diserap pada retak panjang.
  9. Gunakan resin berlebihan kemudian letak pada bahagian luar cermin sepanjang retak pada cermin kereta.
  10. Letakkan kertas jernih unutk elakkan dari resin melimpah.
  11. Biarkan ia kering 30 minit.
  12. Kikis resin yang lebih untuk dapatkan permukaan yang rata dan cantik seperti sedia kala.

Gunakan manual cara repair cermin kereta retak panjang dengan betul

Setiap jenama mungkin alatan yang disediakan adalah berlainan. Aku nasihatkan supaya ikut manual yang disediakan dengan betul.

Ada produk windscreen repair kit sediakan picagari, ada juga tidak sediakan. Baca manual yang diberikan dan fahamkan dulu sebelum mula.

Elak daribaca satu step dan terus buat. Fahami keseluruhan caranya dulu supaya kita tidak melakukan kesilapan semasa nak baiki cermin kereta retak panjang.

Tukar cermin baru jika anda sudah gunakan cara repair cermin kereta retak panjang namun tidak menampakkan kesan

Mengikut situasi aku, setakat aku gunakan windscreen repair kit tu ianya 70% berkesan. Ia dapat atasi layer yang pertama namun bukan kedua-dua layer cermin.

Setakat ini panjang retak tersebut tidak bertambah. Namun, perlu diperhatikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku.

Jika anda dapati cara repair cermin kereta retak panjang ini tidak berkesan, dinasihatkan supaya anda tukar kepada cermin yang baru.

Hal ini adalah kerana faktor keselamatan lebih-lebih lagi jika anda menggunakan kereta tersebut untuk perjalanan yang jauh.

Leave a Reply