Harga cermin kereta alza mahal ke ?

Harga cermin kereta alza. Pemilik kereta perodua alza pastinya ingin mengetahui berapakah harga cermin kereta alza jika sebelum anda nak buat keputusan sebelum tukar cermin kereta.

Keputusan anda memainkan peranan yang penting adakah nak tukar kepada cermin kereta alza yang baru. Atau anda boleh teruskan gunakan lagi jika situasi cermin kereta tersebut dalam keadaan tidak teruk atau retak sedikit.

Rujuk artikel di bawah mengenai harga cermin kereta yang boleh anda jadikan anggaran sebelum kira-kira untuk menukar cermin kereta baru terutamanya harga cermin alza.

Harga cermin depan alza

Mengikut pengalaman sendiri, ini adalah perkongsian aku sendiri yang mengetahui serba sedikit tentang harga cermin kereta alza.

Model lama hinggalah model alza yang baru akan mempunyai satu nilai standard yang anda boleh rujuk tentang cermin kereta.

Kita bermula dengan harga cermin depan alza atau harga windscreen alza. Nilai ini adalah tertakluk kepada perubahan semasa yang tidak terlalu jauh dari harga asalnya.

Harga cermin depan alza bernilai rm800. Untuk harga ini jika anda tukar di kedai cermin kereta, anda boleh nego supaya dapat lebih murah.

RM800 ini telah termasuk dengan kos upah pasang yang akan dikenakan pihak kedai.

Melainkan anda membeli cermin kereta alza secara berasingan, namun pasang di kedai cermin di luar. Mungkin akan menjadi sedikit murah banding harga cermin kereta alza di atas.

Akan tetapi perlu diingatkan, jika anda beli dengan harga cermin kereta alza depan berasingan, pastinya agak leceh sedikit dalam membawa cermin kereta ke satu kedai bersama kereta.

Kemungkinan anda memerlukan kos perkhidmatan membawa cermin kereta alza yang anda beli di tempat lain hantar ke kedai cermin kereta.

Itu pun sepatutnya perlu anda masukkan dalam kos harga cermin depan kereta alza secara keseluruhan.

Harga cermin belakang alza

Konsep bagi harga cermin belakang alza adalah separuh dari harga cermin depan alza. Harga cermin belakang perodua alza akan bermula dengan separuh dari harga itu atau ia akan lebih sedikit.

Jika anda mengalami situasi retak pada bahagian belakang cermin, anda boleh sahaja pertimbangkan dulu sebelum membuat tukar cermin kereta yang baru.

Hal ini kerana, cermin belakang alza boleh bertahan lebih-lebih lagi ia mempunyai tinted. Walaupun ianya hanyalah cermin 1 layer dibandingkan cermin depan 2 layer, ia tidak menghadapi rintangan angin seperti cermin depan alza.

Namun, ia bergantung kepada situasi yang berlaku kepada anda sama ada cermin kereta anda pecah atau pun retak. Kalau retak, perlu juga dipertimbangkan kerana banyak juga situasi retak seperti retak kecil, retak panjang dan juga retak seribu.

Demi keselamatan adalah patut untuk anda belanjakan harga cermin kereta alza belakang ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Kos termasuk upah bagi harga cermin belakang alza adalah sebanyak rm400 sahaja. Jika anda rajin membuat survey di beberapa kedai cermin, mungkin boleh dapat sehingga rm350 bagi cermin belakang alza.

Baca lebih lanjut : Harga cermin belakang alza original

Harga cermin tingkap kereta alza

Bagi anda yang membuat survey untuk harga cermin tingkap kereta alza atau dikenali juga harga cermin pintu kereta alza, harganya adalah tidak tetap dan juga bergantung kepada pihak kedai yang menjual.

Ada yang murah, ada juga yang mahal. Harga anggaran yang aku boleh kongsikan disini adalah rm150 hingga rm200 untuk sekeping tingkap.

Kos ini tidak termasuk tambahan lain lagi seperti kos tinted. Ia hanya cermin tingkap kosong. Anda juga boleh dapatkan cermin tingkap ini secara online.

Jika hanya sekeping yang pecah, ia lebih berbaloi untuk anda dapatkan cermin tingkap kereta alza ini secara berasingan.

Selepas membeli cermin tingkap tersebut, bawa ke kedai cermin kereta dan upah bagi kerja pemasangan cermin tingkap kereta alza.

Harga cermin sisi kereta alza

Selain itu, untuk pengetahuan anda harga cermin sisi kereta alza adalah dalam anggaran sebanyak rm250 hingga rm300 untuk sepasang side mirror kereta alza.

Harga cermin sisi alza ini didatangi dengan wiring signal dan sistem buka dan tutup cermin yang telah tersedia ada pada kereta alza. Ianya hanya perlu terus pasang dan guna(plug anda play) sahaja.

Anda masih mendapatkan harga lebih murah jika anda pandai tawar menawar sekiranya anda membeli barangan lain pada kedai aksesori kereta.

harga cermi  kereta alza
Harga cermin kereta alza


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga cermin kereta alza mahal ke ?”

  1. […] Alza ini merupakan kereta keluarga yang antaranya menjadi pilihan di negara kita. Untuk tunai harga cermin kereta Alza ini perlu anda keluarkan sebanyak RM600 hingga RM700 termasuk upah di kedai […]

  2. […] cermin belakang alza tidak sama dengan harga cermin kereta alza bahagian depan. Harga cermin belakang alza original dianggarkan sekitar RM400 hingga RM550 tidak […]