Harga roadtax motor lc135. Rakan aku seorang pekerja di sebuah kilang antara yang sedang meningkat naik namanya di negara ini. Dia sudah hampir 8 tahun berkhidmat di kilang tersebut.
Kerja shift yang silih berganti 2 minggu sekali sudah terbiasa bagi dirinya. Dia menggunakan kenderaan motor lc135 itu yang baru saja disampingnya sejak dari tahun yang lalu.
Tak kira panas, hujan, cerah mahupun gelap hari dia tetap akan menggunakan motor tersebut sebagai keperluan dirinya dari rumah ke tempat kerja.
Buat rujukan harga roadtax motor bagi mendapatkan perbezaan antara model dan jenama motosikal lain di sini.

Motor baru lc135
Sejak tahun lepas dia begitu selesa menggunakan motor tersebut. Setakat ini motor tu tak meragam langsung. Bunga tayar pun masih banyak lagi.
Dia membeli motor tersebut dengan hasil titik peluhnya sendiri. Motor lc135 tu dia beli dengan harga cash di kedai yang terletak di tengah bandar.
Geran motor lc135
Selesai dia membeli di kedai tersebut, dia dapat sekali geran motor tu tanpa kepunyaan miliknya. Geran itu dia simpan di dalam fail penting. Mungkin geran itu diperlukan bagi urusan nak buat roadtax motor lc135nya itu pada tahun hadapan.

Jumlah cc enjin Yamaha LC135
Jika diikutkan motor lama lama yang aku gunakan v1 yang juga turut sama digunakan rakan aku itu. Ianya yang bermula dari tahun 2006 hingga 2010.
Kemudian keluar la model yamaha lc135 seterusnya iaitu :
- V2 dari tahun 2011-2013
- V3 dari tahun 2014-2015
- V4 dari tahun 2016-2017
- V5 dari tahun 2017-2018
- V6 dari tahun 2019-2019
- V7 dari tahun 2020-2022
- V8 dari tahun 2022 hingga kini
Model terbaru lepas v1 yang aku beli dulu telah diperbaharui dengan model lc135 v8 FI (Fuel Injection)
Walaupun kesemua tidak menggunakan enjin yang sama tetapi jumlah cc tetapi pada 135cc.
Harga roadtax motor lc135
Tiba masanya seminggu sebelum roadtax motor lc135nya tamat, dia mula membuat survey harga yang sepatutnya di keluarkan. Budget dari awal itu perlu.
Kemudian nanti, senang dia sediakan duit insurans dan roadtax nanti.
Dia membeli dengan harga insurans motor lc135 pada agent insurans yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Motornya sebelum ini dia buat insurans di tempat yang sama. Lebih-lebih lagi dia sudah kenal dan biasa dengan pemilik kedai tersebut.
Kali ini dia agak musykil dengan harga roadtax motor lc135 nya itu. Adakah sama dengan motornya sebelum ini?
Dia yang hadirkan diri ke Jpj, datang masuk ke kawasan tersebut dengan soalan yang terngiang-ngiang di kepalanya sebelum ini.
Tiba giliran nombornya di panggil. Soalan pertama semestinya berapakah harga roadtax motor lc135 nya itu?
Kerana kuasa enjin motor tersebut lain dari motor kebiasaan.
Pegawai di kaunter tersebut terus menerangkan yang harga hidupkan roadtax motor lc135 itu hanyalah rm2 sahaja untuk 1 tahun.
Begitu juga dengan model v2,v3,v4,v5,v6,v7 dan juga v8 motor yamaha lc135 ini turut akan dikenakan harga roadtax 135lc yang sama iaitu RM2 sahaja.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.