Harga renew roadtax motor di pejabat pos

Harga renew roadtax motor di pejabat pos. Sering kali kita nak buat roadtax motor, kita mesti ada insurans dulu. Bila insurans dah hidup, maka roadtax boleh dibuat sama ada di Jabatan Pengangkutan Jalanraya (Jpj), agent-agent insurans ataupun di pejabat pos.

Tempat buat roadtax dekat atau jauh dari rumah?

Ada orang keinginan untuk menyelesaikan buat roadtax ini dengan cara masing-masing. Ada yang tiada masa, sibuk bekerja dengan cara mengupah agent insurans sudah boleh menyiapkan roadtax.

Cara ini anda boleh menyiapkan roadtax tanpa menggunakan masa anda. Tapi dari segi kos perlu mengupah agent yang berdaftar.

Manakala, ada orang sanggup hadirkan diri ke Jpj semata-mata ingin membuat roadtax. Walaupun sibuk bekerja, golongan ini sempat meluangkan masa datang ke Jpj.

Urusan di Jpj ini perlukan sedikit lebih kesabaran kerana ramai yang tertumpu lebih-lebih lagi orang sekeliling kawasan Jpj itu beroperasi.

Selain Jpj, pilihan lain yang tak juga menjadi tumpuan adalah buat roadtax di pejabat pos. Satu kelebihan dibandingkan dengan Jpj adalah, pihak pejabat pos menyediakan khidmat jualan insurans.

Sesiapa yang datang ke pejabat pos, boleh beli insurans sekali gus membuat roadtax di sana.

harga renew roadtax motor di pejabat pos

Apa beza harga di pejabat pos?

Ada beberapa tempat yang boleh kita renew roadtax. Namun, apa beza harga di pejabat pos dengan lain-lain tempat seperti di Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) atau di agent-agent kedai insurans yang mempunyai mesin roadtax?

Berapa harga roadtax motor jika dibandingkan beberapa tempat ini?

Bezanya adalah dari segi harga caj. Caj servis akan dikenakan kepada setiap pemilik ataupun wakil yang datang d pejabat pos bagi tujuan menghidupkan roadtax kereta.

Lebih mudah lagi, di pejabat pos, anda boleh renew roadtax tanpa geran dengan hanya membawa polisi insurans saja sudah memadai.

Ada ke beza caj yang dikenakan buat roadtax di pejabat pos sama ada kereta dan motor?

Di pejabat pos, pemilik atau wakil yang hadir perlu membayar caj servis mengikut setiap helai kertas roadtax. Selain itu, harga caj servis bagi tiap kertas roadtax kereta dan kertas roadtax motor yang dikeluarkan adalah sama.

Selesai urusan di kaunter pejabat pos, anda boleh merujuk caj servis yang telah dikenakan kepada anda samaada berbeza atau pun tidak.

Kesimpulannya, nilaikan harga renew roadtax motor di pejabat pos berdasarkan kelebihan yang bakal anda dapat. Ada orang suka terus ke Jpj, namun ada orang sebaliknya.

One comment

Leave a Reply