Berapakah harga roadtax dan insurans motor secara keseluruhan ?

Harga roadtax dan insurans motor. Berapakah jumlah bagi harga renew roadtax dan insurans motor supaya ianya boleh dimasukkan ke dalam budget tahunan anda ?

Harga insuran dan roadtax motor merupakan nilai penting yang dipandang oleh setiap pemilik yang memiliki motosikal.

Motosikal yang berada di atas jalan raya perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh negara.

Ianya merupakan syarat penting yang membolehkan sesebuah pemandu itu menggunakan motor untuk ke sesuatu destinasi.

Berikut merupakan senarai harga insuran motor mengikut cc dan harga roadtax motor yang boleh anda lakukan rujukan.

Harga roadtax dan insurans motor 110cc

Setiap motosikal dibekalkan enjin motor yang mempunyai kuasa enjin yang dinamakan cc enjin.

Untuk mendapatkan harga roadtax motor dan insuran bermulanya adalah merujuk kepada cc enjin ini.

Contohnya, harga roadtax dan insurans motor 110cc adalah berdasarkan motosikal anda memiliki cc enjin sebanyak 110cc dan ke bawah.

Jumlah cc enjin 110cc ini menjadi rujukan utama digunakan oleh pihak Jpj serta syarikat insuran motor anda.

Harga road tax dan insurans motosikal adalah berjumlah RM2 daripada harga roadtax motor dan harga insuran motor sekitar RM78 hingga RM250.

Harga roadtax dan insurans motor 125cc

Selain itu, harga roadtax dan insurans motor untuk cc enjin sebanyak 125cc juga berbeza.

Contoh motor yang menggunakan harga roadtax dan insurans motor 125cc adalah seperti yamaha 125z, yamaha 125zr, honda dash 125, dan juga honda wave 125.

Harga roadtax dan insurans motor 125cc ini adalah terbahagi kepada 2 harga iaitu harga roadtax motor berjumlah RM2. Manakala, harga insurans motor bermula dengan RM80 hingga RM300.

Harga roadtax dan insurans motor 150cc

Harga roadtax dan insurans motor 150cc adalah sangat dicari-cari rujukannya. Motor yang mempunyai 150cc ini merupakan dalam kategori 150cc dan ke bawah.

Jadi, jumlah harga roadtax motor 150cc hanya sebanyak RM2. Manakala, harga insurans motor bermula dari RM90 sehingga RM450.

Ianya merupakan harga anggaran kerana terdapat banyak pilihan motor yang mempunyai cc enjin 150cc berada di pasaran namun ianya mempunyai perbezaan harga market semasa yang berbeza.

Contoh motor yang mempunyai 150cc adalah yamaha y15zr, honda rs150, honda rsx 150 dan juga honda vario 150.

Harga roadtax dan insurans motor 155cc

Nilai bagi setiap tahun harga roadtax dan insurans motosikal yang dibekalkan dengan enjin 155cc juga agak berbeza dari segi market setiap jenama motor.

Apabila berbeza harga market, maka harga insuran motor 155 hanya boleh dianggarkan sahaja dan jumlahnya boleh berbeza dengan kadar agar besar.

Contohnya motor yang mempunyai cc enjin 155cc adalah yamaha y16zr, yamaha nvx 155 dan juga honda vario 160cc.

Harga insuran motor 155cc adalah bermula dari RM120 minimum hingga RM600 maximum berdasarkan beberapa faktor.

Manakala, harga roadtax motor 155cc sudah mula mahal sedikit bermula dari cc enjin dari 151cc. Oleh itu, harga roadtax motor untuk 155cc ini adalah sebanyak RM30.

Harga roadtax dan insurans motor 250cc

Harga roadtax dan insurans motor 250cc merupakan harga cukai dan harga perlindungan untuk motor 250cc anda.

Contoh motor yang menggunakan 250cc ini adalah seperti yamaha yzf r25, honda cbr 250, kawasaki ninja 250 fi, kawasaki nin 250 sl, yamaha mt-25 dan juga yamaha xmax 250.

Jumlah keseluruhan harga roadtax insuran motor motor-motor 250cc ini terbahagi kepada harga roadtax motor sebanyak RM50 setahun.

Manakala, harga insuran motor bagi 250cc ini bermula dari RM180 hingga RM700 sahaja. Jika digabungkansecara anggaran harga roadtax dan insurans motor 250cc ini minimum bermula dari RM230 hingga RM800 untuk tempoh 1 tahun.

Harga roadtax dan insurans motor lc135

Mengikut motosikal yang anda gunakan seperti motor yamaha lc135 telah pun mempunyai banyak versi dan juga generasi.

Harga renew roadtax motor lc135 dari versi 1 hingga kita tetap dikekalkan cc enjinnya iaitu 135cc yang berjumlah sebanyak RM2 sahaja.

Namun, harga insurans motor lc135 ini masih berada pada tahap mahal namun masih mampu dan berbaloi untuk dijadikan kegunaan harian. Ianya bermula dengan harga sebanyak RM80 hingga RM350 sahaja.

Jumlah sepenuhnya untuk anggaran harga roadtax dan insurans motor lc135 adalah dari RM82 hinggalah RM352.

Harga roadtax dan insurans motor y15

Seterusnya, harga roadtax dan insurans y15zr juga merupakan harga secara total bagi tempoh 12 bulan penggunaan.

Syarat menghidupkan insurans motor y15 hanya ada 1 pilihan iaitu 1 tahun. Manakala, bagi yang nak renew roadtax motor y15zr mempunyai 2 pilihan tempoh iaitu 6 bulan dan 12 bulan.

Harga roadtax insuran motor y15 sebaiknya dibayar sekali gus kerana bagi mengelakkan masalah tempoh tidak selari antara roadtax dan insuran mootr y15 ini.

Setiap tahun anda boleh budgetkan antara RM120 hingga RM350 bagi membayar harga roadtax dan insurans motor y15 ini.

harga roadtax dan insurans motor

Harga roadtax dan insurans motor di pejabat pos

Selain itu, pada dahulunya anda boleh membayar secara penuh harga roadtax dan insuran motor di pejabat pos.

Harga renew road tax motor di pejabat pos pada dahulunya tidaklah mahal dan sememangnya memudahkan ramai orang yang duduk di kawasan berdekatannya.

Namun, buat masa ini harga renew roadtax motor di pejabat pos tidak boleh diteruskan sekiranya anda ingin menghidupkannya di situ.

Hanya harga insuran motor di pejabat pos sahaja buat masa ini boleh dihidupkan. Jika anda sudah membayar harga insuran motor di pejabat pos, maka seterusnya pembayaran bagi harga roadtax motor adalah di tempat selain pejabat pos.
















Posted

in

,

by

Tags:

Comments

One response to “Berapakah harga roadtax dan insurans motor secara keseluruhan ?”

  1. […] Sesebuah budget tahunan boleh anda dapatkan melalui keseluruhan jumlah bagi harga roadtax dan insurans motor. […]

Leave a Reply