Harga renew insurans motor

Harga renew insurans motor. Berapakah harga renew insurans motor yang harus di bayar sebelum anda perlu untuk membayar harga roadtax motor anda setiap tahun ?

Proses dan turutan bagi membuat roadtax motor perlulah didahului dengan membuat insuran motor terlebih dahulu.

Macam aku dulu-dulu baru pakai motor, aku tertanya-tanya boleh ke buat roadtax motor terus dan kemudian bila dah ada duit sikit baru buat insurans motor.

Kalau semua orang dibenarkan melakukan perkara itu, aku rasa memang tiada satu motor pun akan membuat insurans motor.

Apa yang penting difikirkan aku waktu itu adalah hanya nak hidupkan roadtax motor sahaja supaya dapat elak terkena saman dari pihak berkuasa.

Namun, sangkaan aku meleset kerana aku perlu mengikuti turutan dari insuran motor terlebih dulu barulah boleh buat roadtax motor.

Harga roadtax dan insurans motor

Bila nak buat 2 perkara iaitu roadtax dan insurans motor ini kita perlu tahu berapakah harga roadtax dan insurans motor perlu dibayar.

Harga insurans motor tak sama seperti harga roadtax motor. Hal ini kerana, harga insurans motor adalah lebih tinggi dan tidak tetap untuk setiap tahun.

Ianya adalah bergantung kepada beberapa aspek contohnya seperti market value motor pada tahun tersebut serta berapakah peratusan NCD yang anda miliki.

Namun, untuk harga roadtax motor ianya adalah tetap selama mana kita tidak mengubah cc yang ada pada enjin tersebut.

Harga renew roadtax dan insurans motor

Secara asasnya harga renew roadtax dan insurans motor boleh anda buat sekali di satu tempat yang sama.

Contohnya adalah di pejabat pos. Anda boleh dapatkan harga renew roadtax dan insurans motor sekaligus di pejabat pos secara terus.

Jika anda bersetuju dengan harga renew roadtax dan insurans motor tersebut, anda boleh dapatkan insurans motor dan kemudian roadtax motor di pejabat pos pada masa yang sama.

Untuk di JPJ, anda boleh dapati harga renew roadtax dan insurans motor adalah berasingan perlu dibuat. Hanya roadtax motor sahaja boleh dibuat di JPJ.

Manakala, insurans motor perlu dibuat di tempat lain seperti beli insurans motor online atau beli pada agent insurans berdaftar.

Harga roadtax dan insurans motor 150cc

Aku sebagai pemilik motor berenjin 150cc berpengalaman sendiri dengan menghidupkan dengan harga roadtax dan insurans motor 150cc ini.

Apa yang aku ingat pada tahun pertama aku nak renew insurans motor tersebut. Harga roadtax dan insurans motor 150cc secara keseluruhan pada waktu itu adalah RM334 untuk harga insurans motor dan RM2 untuk harga roadtax motor.

Ciri-ciri harga roadtax dan insurans motor 150cc ini adalah bergantung kepada :

  1. Market value pada tahun tersebut
  2. Peratus NCD (no claim discount)
  3. CC enjin iaitu 150cc
  4. Quotation insurans motor oleh syarikat insurans. Setiap syarikat insurans adalah berlainan harga renew insurans motor mereka.

Harga roadtax dan insurans motor 250cc

Manakala, bagi harga roadtax dan insurans motor 250cc ini adalah sedikit tinggi dibandingkan dengan 150cc.

Biasalah kalau kita guna motor besar sedikit pasti perubahannya adalah pada cc enjin itu sendiri.

Harga roadtax dan insurans motor 250cc pernah aku bertanyakan pada rakan aku yang menggunakan motor yamaha r25.

Pada waktu itu merupakan tahun pertama ianya nak hidupkan roadtax dan insurans motor tersebut.

Harga renew insurans motor sahaja pada waktu itu adalah berjumlah RM356 manakala harga roadtax motor berjumlah RM50 untuk 12 bulan.

Jumlahnya harga roadtax dan insurans motor 250cc yang dia buat pada tahun itu adalah sebanyak RM406 sahaja belum termasuk cas perkhidmatan lain mengikut tempat dia buat insurans dan roadtax motor tersebut.

harga renew insurans motor
Harga renew insurans motor


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga renew insurans motor”

  1. […] Harga roadtax motor tidak sama dibandingkan harga renew insurans motor. […]