Harga roadtax motor RS150R. Berapakah harga roadtax motor yang sepatutnya anda sebagai bakal pemilik atau baru memiliki motor honda rs150r atau lebih dikenali rs150 ini?
Dalam memiliki sesebuah motosikal, kos-kos penyelenggaraan perlulah diambil kira termasuklah kos cukai jalan raya atau roadtax motor.
Amat penting sekali lepas dah membeli motor honda rs150 ini anda menjaga tarikh cukai jalan agar ianya dapat digunakan secara sah di atas jalan raya.
Ketahui lebih lanjut tentang roadtax motor rs150 yang sebenarnya perlu dibelanjakan untuk 2 tempoh wajib.
Jumlah cc enjin motor Honda RS150R
Jumlah cc diambil kira sebelum anda nak bayar roadtax motor. Ini kerana penetapan telah dibuat berdasarkan nilai dalam geran motor rs150 anda.
Ada dua versi keluaran motor honda rs150r iaitu v1 bermula dari tahun 2016, manakala v2 bermula dari tahun 2020 yang merupakan versi facelift.
Kedua, menggunakan enjin yang sama dengan menghasilkan cc enjin berjumlah 147cc atau lebih tepat 147.2cc.
Jumlah cc ini bila digenapkan menjadi motosikal 150cc dan ianya berada dalam kategori harga roadtax motor yang terkawal.
Lihat pada harga roadtax motor 150cc yang lain ini untuk menyakinkan anda sekiranya rakan anda juga menggunakan model dan jenama lain tetapi tetap di bawah 150cc.

Berapakah harga roadtax motor RS150R ?
Bila dah tahu jumlah cc enjin motor honda rs150 anda, maka mudahlah untuk memastikan harga roadtax motor ini yang sebenar.
Harga roadtax motor honda rs150r bagi v1 dan v2 adalah hanya berjumlah sebanyak RM2 sahaja untuk selama 1 tahun.
Bagi anda yang ingin hidupkan roadtax motor rs150 ini selama 6 bulan sekali, harga roadtax motor ini tetap kekal sama iaitu RM2 sahaja.
Adakah harga roadtax motor rs150r kekal walaupun dibeli secara secondhand?
Tak kisah la orang panggil motor abah-abah sekalipun, ianya tetap dibeli walaupun bukan baru.
Walaupun motor rs150r v2 ini telah dihentikan keluarannya pada tahun 2025, ianya masih mendapat tempat di hati pengguna motosikal.
Jawapannya adalah sama. Jumlah harga roadtax motor honda rs150 ini adalah sama walaupun anda membeli motor ini secara secondhand.
Selagi tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak Jpj, jumlah harga ini akan kekal sama dan masih berbaloi untuk ianya dimiliki.