Senarai harga cermin belakang kereta mengikut model. Sesiapa yang mempunyai masalah cermin kereta pecah lebih-lebih lagi di bahagian belakang tentunya ingin mengetahui harganya.
Berapakah cas yang selalu dianggarkan untuk dikeluarkan oleh anda sebenarnya?
Tentunya anda mempunyai dua cara berbeza iaitu dengan mengeluarkan duit sendiri atau membuat claim menggunakan insurans yang sudah anda cover bersama cermin.
Ikuti senarai harga cermin belakang kereta dibawah.
Harga cermin belakang axia
Harga cermin belakang axia adalah dianggarkan lebih kurang rm250 hingga rm350 bagi sebiji unit. Dan bagi harga ini adalah bagi satu layer. Jika ditanya untuk harga dua layer untuk tukar cermin kereta ini, ianya tiada bagi dua layer kerana hanya digunakan pada cermin hadapan sahaja.
Harga tukar cermin belakang kereta myvi
Harga cermin kereta myvi belakang ini adalah lebih kurang sedikit dibanding harga cermin belakang axia. Jika anda menggunakan tunai, hanya perlu membawa lebih kurang dari rm300 hingga rm450 bagi se unit.
Jenis cermin belakang myvi harga ini kebanyakkan mudah didapati di mana-mana kedai dalam keadaan ready stok.
Namun, anda boleh cuba nego tentang harga cermin belakang myvi ini sebelum bersetuju menukar kepada yang baru.
Harga cermin belakang persona
Bagi harga cermin belakang persona, ianya lebih luas dan lebar saiznya. Jika tidak termasuk kos upah, harga ini adalah dalam rm400 hingga rm500. Kos upah bagi tiap kedai berbeza-beza. Tidak ditetapkan kecuali anda hantar ke proton sendiri.
Harga cermin kereta alza belakang
Jenis kereta keluarga bagi penetapan harga cermin kereta alza belakang ini sedikit murah dibandingkan cermin di depannya. Kerana ia kecil seakan saiz myvi atau axia seperti di atas. Harganya dianggarkan dari rm300 hingga rm400 sahaja termasuk kos upah.

Harga cermin belakang avanza
Harga cermin belakang avanza mempunyai harganya tersendiri. Harganya tidak sama seperti harga local Malaysia. Ia dikategorikan sebagai kereta import. Jika anda ingin menukarkannya, anda perlu membuat order dulu cermin tersebut kerana kebanyakkan tidak ada ready stok. Harganya adalah dalam rm500-rm600 sahaja.
Harga cermin belakang viva
Harga cermin kereta viva belakang adalah sangat murah dikalangan jenamanya yang lain. Ada pemilik kereta tidak mengambil insurans cermin bagi kereta ini kereta ia tahu kos cermin kereta ini sangat berpatutan dan dianggarkan rm200-rm280 sahaja mengikut kedai yang kita hantar.
Harga cermin belakang kereta exora
Kereta yang berkebolehan dan berkapasiti ruang yang besar ini tentunya bagi harga cermin belakang kereta exora tinggi. Anda perlu booking dulu tarikh pada kedai atau proton servis bagi mereka membuat order cermin ini. Kos harga cermin belakang kereta exora ini adalah antara rm400 hingga rm700.
Harga cermin belakang almera
Siapa saja tak kenal kerana jenama berasal Jepun ini iaitu Nissan Almera. Harga cermin belakang almera yang perlu anda keluarkan adalah sebanyak RM300 hingga RM500 bergantung pada stok sedia ada.
Sekiranya stok terhad, maka harga cermin belakang almera ini akan menjadi tinggi sedikit dari harganya yang biasa dalam anggaran Rm500 hingga RM600.
Harga cermin belakang saga flx
Apakah anda ingin tahu kira-kira bagi budget harga cermin belakang saga flx? Jumlah harga cermin belakang saga flx yang anda perlu budgetkan adalah sekitar RM400 hingga RM500.
Harga cermin belakang saga flx boleh anda dapat seminimum mungkin iaitu RM400 sekiranya anda pandai mencari kedai yang mempunyai ready stok.
Jangan lupa untuk tawar menawar kerana harga cermin belakang saga flx ini boleh anda dapatkan jauh lebih murah jika beli secara direct kedai sparepart.
Comments
One response to “Senarai harga cermin belakang kereta rujukan anda”
[…] juga boleh membuat claim cermin belakang kereta pecah menggunakan insurans. Ikuti senarai harga cermin belakang kereta bagi memudahkan urusan claim […]