Harga cermin belakang myvi original

Harga cermin belakang myvi original. Berapakah jumlah yang perlu anda keluarkan bagi harga cermin kereta belakang untuk sebuah kereta myvi ?

Tukar cermin kereta memerlukan beberapa penelitian daripada kejadian yang telah berlaku kepada cermin kereta anda.

Ada situasi cermin kereta yang retak sahaja. Manakala, ada kes cermin kereta sudah pecah seribu dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi melainkan menggantikan kepada cermin kereta baru.

Untuk tukar cermin kereta myvi yang baru, bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan kos harga cermin myvi untuk dikeluarkan.

Berapa harga cermin belakang myvi original ?

Harga untuk cermin belakang kereta myvi diluar sana ada banyak. Untuk memuaskan hati semua pihak adalah dengan menggunakan kaedah seperti membuat survey dari satu kedai ke kedai cermin kereta.

Namun, tidak semua orang mempunyai masa yang banyak untuk melakukan survey pada beberapa kedai cermin kereta.

Oleh itu, dengan mengetahui anggaran harga cermin belakang kereta myvi memudahkan anda untuk bersetuju dengan harga yang dikeluarkan oleh pihak kedai cermin kereta yang anda tuju.

Secara anggaran kasar harga cermin belakang myvi original adalah bermula dari RM500 hinggalah RM600 . Kos ini adalah termasuk sekali dengan pemasangan cermin belakang myvi.

Namun, akan terdapat cermin belakang kereta myvi harga yang lebih murah didapati di beberapa tempat purata dalam RM400 hingga RM500.

harga cermin belakang myvi original

Tempat lain untuk mendapatkan cermin belakang kereta myvi

Sekiranya anda mempunyai pilihan lain selain daripada kedai cermin kereta, anda boleh merujuk kepada tempat-tempat berikut :

1. Kedai sparepart menjual barangan kereta

Kebanyakkan dari kedai sparepart tidak menjual cermin belakang kereta myvi. Ada juga yang mempunyai kenalan dan menjual cermin belakang myvi secara tidak langsung.

Namun, penjualan adalah tidak termasuk dengan harga pemasangan serta pemasangan itu sendiri.

Anda dikehendaki membawa cermin belakang myvi tersebut ke kedai yang boleh membuat pemasangan dan mengupah pihak kedai dengan harga yang lain.

2. Kedai scrap kereta

Kedai seperti scrap kereta boleh anda peroleh cermin myvi belakang sekiranya mereka mempunyai stok.

Daripada itu juga, anda boleh dapatkan cermin belakang myvi original mengikut model kereta myvi anda.

Namun, kos pemasangan juga tidak termasuk dan anda perlu mengambil sendiri dan lakukan pemasangan di kedai cermin kereta yang berpengalaman.

Apa beza cermin belakang myvi original dan bukan original ?

Sebenarnya ada beza antara cermin belakang myvi original dan tidak. Antaranya perbezaan yang ketara adalah seperti harga cermin belakang myvi original itu sendiri.

Jika di sesebuah kedai cermin kereta menawarkan harga cermin belakang myvi original diluar daripada harga pasaran, maka anda perlu berhati-hati.

Harga yang lebih murah daripada pasaran tidak akan terjadi. Manakala, harga yang lebih tinggi pula boleh berlaku namun bezanya adalah dari segi tempat anda lakukan pemasangan yang mengenakan cas yang tinggi.

Selain itu, beza yang lain juga adalah dari segi mempunyai cop jenama kereta itu adalah original manakala yang tiada adalah bukan original.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga cermin belakang myvi original”

  1. […] Baca lebih lanjut : Harga cermin belakang myvi original […]

  2. […] Harga cermin belakang myvi original mampu mencecah dari RM500 hingga RM600. […]

Leave a Reply