Harga cermin belakang bezza

Harga cermin belakang bezza. Berapakah harga cermin belakang kereta yang sepatutnya anda bayar untuk menggantikan cermin belakang bezza yang lama kepada baru ?

Fungsi cermin belakang bezza adalah sebagai menyempurnakan perjalanan angin yang datang dari arah hadapan kereta.

Dalam sistem dipanggil aerodynamik menerangkan laluan angin semasa kereta bergerak dan tidak menjejaskan pergerakkan sesebuah kereta yang dipanggil sebagai rintangan.

Jika cermin kereta bezza belakang anda telah pecah dan terdedah kepada angin luar, maka penggunaan bahan minyak kereta semasa ianya bergerak akan melebihi dari sepatutnya.

Ciri-ciri cermin belakang bezza yang perlu ditukar baru

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, sekiranya cermin kereta bezza belakang tidak pecah dan hanya retak, anda boleh lagi membaikinya lagi.

Namun, ianya adalah mengikut pada pemerhatian tertentu. Berikut merupakan pemerhatian kadar keretakan pada cermin belakang bezza anda :

1. Cermin belakang bezza retak sedikit

Cermin belakang bezza yang retak sedikit tidak perlu ditukar kepada yang baru secara keseluruhan.

Selalunya ianya akan bertanda seperti 1 tanda yang dalam yang tertumpu pada satu tempat sahaja.

Anda boleh gunakan windscreen repair kit yang dijual di mana-mana kedai sparepart kereta, mr diy dan juga secara online.

2. Cermin belakang bezza yang retak panjang

Kebiasaan cermin belakang bezza tidak akan berlaku retak panjang kerana ianya hanya mempunyai rintangan angin lebih sedikit dibanding cermin depan bezza.

Namun, jika berlaku kepada anda, cermin belakang bezza boleh dibaiki menggunakan windshield repair kit jika di bawah ukuran panjang 21 cm (digalakkan).

Sekiranya di atas 21cm maka digalakkan untuk mengambil langkah menukar cermin belakang bezza yang baru.

3. Cermin belakang bezza retak seribu

Situasi dimana berlaku cermin belakang bezza anda retak seribu adalah sangat membahayakan anda dan juga pengguna lain ketika anda terus meneruskan perjalanan.

Kebiasaannya cermin belakang bezza retak seribu kerana ianya disokong dengan kehadiran tinted cermin kereta. Namun, sokongan pada cermin belakang bezza daripada tinted cermin sedia ada tidak akan bertahan lama.

harga cermin belakang bezza

Berapakah harga cermin belakang bezza sepatutnya ?

Jadi, sekiranya anda diluar daripada kes-kes di atas, maka disarankan untuk tukar cermin kereta bezza dengannya yang baru.

Namun, berapa kos yang perlu anda belanjakan sekiranya ingin menggantikan cermin belakang bezza yang bermasalah tadi ?

Harga cermin belakang kereta perodua bezza adalah sekitar bermula daripada RM400 hingga RM500.

Namun, harga cermin belakang kereta bezza ini perlu anda membuat survey dari beberapa kedai seperti kedai cermin kereta, kedai sparepart dan juga kedai scrap.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga cermin belakang bezza”

  1. […] anda perlu ketahui harga cermin belakang bezza agar anda dapat membandingkan harga cermin kereta belakang yang tidak terlalu murah mahupun tidak […]

Leave a Reply