Harga cermin belakang alza original

Harga cermin belakang alza original. Berapakah nilai bagi harga cermin kereta belakang bagi kereta perodua alza yang ingin gantikan cermin kereta yang baru ?

Cermin belakang kereta alza merupakan salah satu pelengkap kepada ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada kereta alza anda.

Cermin belakang alza memainkan peranan seperti melindungi daripada angin memasuki kawasan dalam kereta ketika kereta tidak bergerak dan juga semasa anda memandu.

Bukan sahaja angin, malah juga mengelakkan daripada air seperti hujan memasuki kawasan dalam kereta anda yang boleh menyebabkan ketidak selesaan kepada pemandu serta penumpang.

Jika cermin belakang alza anda berlaku perkara seperti pecah, anda hendaklah segera menggantikannya dengan yang baru.

Buat survey cermin belakang alza harga

Apabila cakap terus tukar cermin belakang alza yang baru memanglah mudah. Yang menghadapinya perlu fikirkan banyak faktor yang salah satunya seperti budget.

Jika cermin belakang kereta alza anda hanya retak, maka segera dapatkan repair kit windscreen. Jangan biarkan lama kerana cermin yang retak boleh menjadi lebih teruk.

Cermin retak yang pendek boleh jadi panjang disebabkan tekanan daripada angin dan cuaca panas dari luar.

Namun, jika sudah pecah habis, anda memang tiada pilihan lain selain tukar cermin kereta alza yang baru.

Mulakan dengan membuat survey cermin belakang kereta alza pada beberapa tempat untuk dapatkan kondisi cermin belakang terbaik dengan harga cermin kereta alza belakang yang berpatutan.

harga cermin belakang alza original

Tempat untuk anda survey cermin belakang alza

Berikut merupakan tempat yang boleh anda rujuk bagi mendapatkan cermin kereta belakang alza antaranya adalah :

  1. Pusat servis dan baiki perodua (Servis Centre)
  2. Kedai cermin kereta
  3. Kedai sparepart kereta
  4. Kedai scrap kereta atau menjual kereta potong
  5. Dalam talian (online) seperti melalui pemilik kereta alza yang ingin menjual secara 2nd hand.

Tempat-tempat di atas adalah kebanyakkan yang mudah anda peroleh bagi menggantikan cermin kereta belakang alza yang pecah.

Berapakah harga cermin belakang alza original ?

Ada pemilik kereta alza ingin mendapatkan cermin belakang alza original. Malah, ada pemilik juga tidak kisah asalkan harga cermin belakang perodua alza itu murah.

Namun, pastikan cermin belakang kereta alza itu dilihat sendiri oleh anda sebelum anda bersetuju untuk memasang pada kereta alza anda.

Harga cermin belakang alza tidak sama dengan harga cermin kereta alza bahagian depan. Harga cermin belakang alza original dianggarkan sekitar RM400 hingga RM550 tidak termasuk dengan kos upah pasang.

Bahkah, harga cermin belakang alza ini tidak termasuk dengan tawaran lain seperti pemasangan tinted.

Manakala, jika selain cermin belakang alza original, harga cermin belakang alza juga tidak begitu jauh bezanya dianggarkan sekitar RM350 hingga RM400 sahaja.

Namun, anda perlu rajin melakukan timbang balik dengan membandingkan harga dari satu tempat ke tempat.

Jika dibandingkan cermin alza belakang original atau tidak adalah sebenarnya lebih kepada cop sticker pada cermin sahaja.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga cermin belakang alza original”

  1. […] Baca lebih lanjut : Harga cermin belakang alza original […]

Leave a Reply