Harga cermin kereta axia belakang

Harga cermin kereta axia belakang. Berapakah nilai atau harga cermin kereta belakang untuk sebuah kereta perodua axia bagi menggantikannya dengan yang baru ?

Sebarang perkara yang berlaku sudah pasti tidak boleh dapat dihidu terutamanya apabila cermin belakang axia tiba-tiba pecah.

Walaupun anda sudah menjaga kereta perodua axia dengan sebaiknya, cermin belakang axia pecah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Oleh itu, berapakah harga cermin kereta axia untuk belakang yang boleh anda dapatkan di beberapa tempat ?

Punca cermin belakang axia boleh pecah ?

1. Parking kereta di bawah pokok

Untuk pengetahuan anda, cermin axia belakang hanya satu lapisan (1-layer). Malah bukan hanya untuk cermin axia belakang, ianya digunakan untuk semua kereta.

Kebanyakkan dikalangan kita pasti akan mencari kawasan yang redup atau tidak panas untuk meletakkan kereta. Berdasarkan pengalaman rakan aku yang pernah parking kereta di bawah pokok.

Nak dijadikan kisah berlaku kejadian hujan lebat disertai oleh angin yang agak kuat. Ranting yang telah usang jatuh menimpa cermin belakang axia.

Walaupun cermin belakang axia berkedudukan hampir menegak, namun tiada siapa boleh mengelak kejadian yang akan berlaku.

2. Terkena batu semasa memandu

Kerja-kerja pembersihan seperti mesin rumputakan dilakukan dikawasan tepi jalan raya untuk mengekalkan kebersihan dan kecantikkan sesebuah kawasan.

Walaupun anda sedang memandu atau sedang parking kereta, kejadian ini juga tidak dapat dielakkan. Pihak pembersihan sudah pasti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam kes ini.

Jika cermin axia belakang anda terkena batu daripada mesin rumput tersebut, sudah pasti anda boleh membuat claim kepada syarikat yang melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut.

Manakala, stonechip selalunya berlaku kepada cermin depan axia semasa memandu dan ianya tidak berlaku kepada cermin axia belakang.

3. Cermin belakang axia pecah secara tiba-tiba

Cermin axia belakang yang pecah secara tiba-tiba adalah amat jarang sekali kecuali sekiranya cermin belakang axia anda telah pun lama digunakan sekitar 25 tahun dan ke atas.

Namun, atas faktor ini juga ditambah dari segi kereta sentiasa berada di bawah cahaya matahari dan diselang-seli dengan hujan boleh menyebabkan perkara ini berlaku.

harga cermin kereta axia belakang

Harga cermin kereta axia belakang berapa ?

Ada dua pilihan yang boleh anda lakukan sekiranya cermin axia belakang anda pecah. Ianya adalah seperti membuat claim insuran cermin kereta sekiranya anda sebelum ini membeli cover cermin kereta.

Cara seterusnya adalah dengan mengeluarkan duit anda sendiri. Oleh itu, anda perlulah mengetahui harga cermin kereta axia belakang yang sebetulnya berapa.

Berikut merupakan harga cermin belakang axia yang boleh anda jadikan rujukan berdasarkan tempat :

TempatHarga cermin kereta axia belakang
Kedai cermin keretaRM300-RM400
Kedai scrap keretaRM250-RM350
Kedai sparepart keretaRM300-RM400

Harga cermin axia belakang yang diberikan adalah anggaran terdekat dan ianya boleh didapatkan lebih murah dengan beberapa cara iaitu :

  1. Anda boleh dapatkan cermin belakang axia dari china.
  2. Cermin belakang axia dari kedai scrap kereta boleh anda dapatkan lebih murah namun, ianya tidak termasuk dengan kos pemasangan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga cermin kereta axia belakang”

  1. […] Harga cermin depan kereta axia tidak sama dengan harga cermin kereta axia belakang. […]

  2. […] cermin belakang axia adalah dianggarkan lebih kurang rm250 hingga rm350 bagi sebiji unit. Dan bagi harga cermin kereta axia belakang ini adalah bagi satu […]

Leave a Reply