Harga cermin kereta wira belakang

Harga cermin kereta wira belakang. Berapakah harga cermin kereta belakang bagi sebuah kereta proton wira ? Adakah sama cermin belakang wira sedan dan cermin belakang wira aeroback ?

Pilihan bagi menukar cermin kereta wira adalah mengikut kepada beberapa perkara.

Ada orang ingin menukar cermin kereta hanya disebabkan ianya telah retak. Manakala, ada juga disebabkan ingin tukar kerana ianya telah calar dan boleh menghalang pandangan dari arah belakang.

Namun, ada juga yang tiada pilihan untuk menukar cermin kereta wira yang baru kerana telah pun pecah disebabkan perkara-perkara tertentu.

Sebab cermin kereta belakang wira boleh pecah ?

Jika ditanya berdasarkan pengalaman rakan aku sendiri, cermin belakang wira boleh pecah atas sebab seperti :

1. Parking kereta wira di bawah pokok

Walaupun anda ingin parking kereta wira untuk mengelakkan ianya terkena panas, anda perlu tahu akan risiko yang berkemungkinan berlaku.

Antara risikonya adalah buah atau ranting yang telah uzur akan menimpa cermin belakang wira anda.

2. Terkena batuan kecil datang daripada kerja-kerja pembersihan mesin rumput

Begitu juga dengan terkena batuan yang terpelating dari arah kerja-kerja pembersihan mesin rumput turut boleh terkena cermin belakang wira anda walaupun anda sedang memandu.

3. Penggunaan lapisan cermin belakang wira

Lapisan cermin belakang wira adalah mempunyai hanya satu jenis lapisan (one layer) sahaja. Jadi, kemungkinan besar ianya terkena sebarang batuan akan menjadi lebih sensitif dibanding cermin depan kereta wira.

harga cermin kereta wira belakang

Berapakah harga cermin kereta wira belakang ?

Harga cermin belakang wira boleh dianggarkan dalam jumlah bermula daripada RM120 hingga rm200 sahaja.

Untuk harga cermin kereta wira belakang ini boleh digunakan kepada wira sedan dan juga wira aeroback kerana mempunyai ukuran yang sama.

Pemilihan harga cermin belakang wira boleh anda dapati di kedai-kedai cermin kereta atau kedai-kedai kereta potong atau scrap bagi mendapatkan harga lebih jimat.

Namun, sekiranya anda mendapatkan cermin belakang wira di kedai scrap, kos pemasangan adalah tidak termasuk dengan harga cermin kereta wira belakang.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga cermin kereta wira belakang”

  1. […] Harga cermin kereta wira belakang adalah agak murah dan berpatutan kerana ianya mudah didapati di kedai-kedai seperti kedai potong. […]

  2. […] Untuk pengetahuan anda, setiap dari cermin kereta adalah terdiri daripada double layer. Selain dari cermin depan kereta, hanya 1 layer sahaja digunakan termasuklah cermin belakang wira. […]

Leave a Reply