Senarai harga cermin belakang kereta mengikut model. Sesiapa yang mempunyai masalah cermin kereta pecah lebih-lebih lagi di bahagian belakang tentunya ingin mengetahui harganya.
Berapakah cas yang selalu dianggarkan untuk dikeluarkan oleh anda sebenarnya?
Tentunya anda mempunyai dua cara berbeza iaitu dengan mengeluarkan duit sendiri atau membuat claim menggunakan insurans yang sudah anda cover bersama cermin.
Ikuti senarai harga cermin belakang kereta dibawah.
Harga cermin belakang axia
Harga cermin belakang axia adalah dianggarkan lebih kurang rm250 hingga rm350 bagi sebiji unit. Dan bagi harga cermin kereta axia belakang ini adalah bagi satu layer.
Jika ditanya untuk harga dua layer untuk tukar cermin kereta ini, ianya tiada bagi dua layer kerana hanya digunakan pada cermin hadapan sahaja.
Harga tukar cermin belakang kereta myvi
Harga cermin kereta myvi belakang ini adalah lebih kurang sedikit dibanding harga cermin belakang axia. Jika anda menggunakan tunai, hanya perlu membawa lebih kurang dari rm300 hingga rm450 bagi se unit.
Jenis cermin belakang myvi harga ini kebanyakkan mudah didapati di mana-mana kedai dalam keadaan ready stok.
Namun, anda boleh cuba nego tentang harga cermin belakang myvi ini sebelum bersetuju menukar kepada yang baru.
Untuk harga cermin myvi bahagian belakang juga tidak mahal seperti cermin depan myvi.
Baca lebih lanjut : Harga cermin belakang myvi original
Harga cermin belakang bezza
Bagi menggantikan cermin belakang bezza yang baru, adalah lebih baik anda membuat survey dari beberapa kedai cermin kereta.
Namun, anda perlu ketahui harga cermin belakang bezza agar anda dapat membandingkan harga cermin kereta belakang yang tidak terlalu murah mahupun tidak terlalu tinggi.
Harga cermin kereta alza belakang
Jenis kereta keluarga bagi penetapan harga cermin kereta alza belakang ini sedikit murah dibandingkan cermin di depannya.
Kerana ia kecil seakan saiz myvi atau axia seperti di atas. Harganya dianggarkan dari rm300 hingga rm400 sahaja termasuk kos upah.
Baca juga : Harga cermin belakang alza original
Harga cermin belakang ativa
Perodua ativa merupakan sebuah suv dilengkapi dengan sebuah cermin belakang yang hampir menegak.
Jadi, ianya berisiko untuk terkena batuan kecil lebih-lebih lagi terdapat kerja-kerja pemotongan rumput berhampiran.
Oleh itu, harga cermin belakang kereta ativa yang baru adalah sekitar RM350 hingga RM500 sahaja.

Harga cermin belakang viva
Harga cermin kereta viva belakang adalah sangat murah dikalangan jenamanya yang lain. Justeru, dapatkan juga harga cermin kereta viva belakang yang berkualiti.
Ada pemilik kereta tidak mengambil insurans cermin bagi kereta ini kereta ia tahu kos cermin kereta ini sangat berpatutan dan dianggarkan rm200-rm280 sahaja mengikut kedai yang kita hantar.
Harga cermin belakang kelisa
Perodua kelisa yang terkenal dengan ketahanannya sehingga kini masih ramai menggunakannya bagi urusan harian.
Jika berlaku sebarang keretakan pada cermin belakang kereta kelisa anda, harga cermin belakang kelisa yang baru adalah berjumlah dari RM200 hingga RM300 sahaja.
Harga cermin belakang kenari
Turut juga pada sebuah perodua kenari yang dilengkapi dengan sebuah cermin belakang yang agak tinggi dan lebar.
Harga cermin belakang kenari yang baru adalah bernilai sebanyak RM350 hingga RM500 sahaja.
Harga cermin belakang saga blm
Keluaran bagi generasi saga blm merupakan kesinambungan yang baik sesuai dengan permintaan ramai.
Harga cermin belakang saga blm jika anda hendak ganti kepada yang baru adalah sekitar RM300 hingga RM450 sahaja.
Harga cermin belakang saga flx
Apakah anda ingin tahu kira-kira bagi budget harga cermin belakang saga flx? Jumlah harga cermin belakang saga flx yang anda perlu budgetkan adalah sekitar RM400 hingga RM500.
Harga cermin belakang saga flx boleh anda dapat seminimum mungkin iaitu RM400 sekiranya anda pandai mencari kedai yang mempunyai ready stok.
Jangan lupa untuk tawar menawar kerana harga cermin belakang saga flx ini boleh anda dapatkan jauh lebih murah jika beli secara direct kedai sparepart.
Harga cermin belakang Iriz
Proton Iriz merupakan sebuah kereta hatchback yang agak jarang boleh kita nampak di atas jalan raya.
Namun, ianya tetap ada dan menjadi pilihan bagi golongan pemuda yang nakkan sebuah kereta bersaiz sederhana kecil tetapi mempunyai safety yang baik.
Jika cermin belakang proton iriz anda pecah seribu, harga cermin belakang iriz yang baru adalah sekitar RM450 hingga RM600 sahaja.
Harga cermin belakang persona
Bagi harga cermin belakang persona, ianya lebih luas dan lebar saiznya. Jika tidak termasuk kos upah, harga ini adalah dalam rm400 hingga rm500.
Harga cermin kereta wira belakang
Tidak ketinggalan juga bagi kereta proton wira yang terdiri daripada wira sedan dan juga wira aeroback.
Harga cermin kereta wira belakang adalah agak murah dan berpatutan kerana ianya mudah didapati di kedai-kedai seperti kedai potong.
Kos upah bagi tiap kedai berbeza-beza. Tidak ditetapkan kecuali anda hantar ke proton sendiri.
Harga cermin belakang proton s70
Antara keluaran terbaru kereta proton adalah s70 yang merupakan sebuah sedan segmen B.
Jika berlaku retakkan atau pecah seribu pada kereta proton s70 anda, jumlah harga cermin belakang proton s70 yang perlu anda belanjakan adalah sekitar RM600 hingga RM700 sahaja.
Harga cermin belakang kereta exora
Kereta yang berkebolehan dan berkapasiti ruang yang besar ini tentunya bagi harga cermin belakang kereta exora tinggi.
Anda perlu booking dulu tarikh pada kedai atau proton servis bagi mereka membuat order cermin ini. Kos harga cermin belakang kereta exora ini adalah antara rm400 hingga rm700.
Harga cermin belakang proton x50
Selain itu, proton x50 sebenarnya merupakan usaha sama pihak proton dengan Geely.
Barangan sparepart termasuk cermin belakang proton x50 adalah sedikit tinggi. Harga cermin belakang proton x50 adalah bermula dari RM600 hingga RM800.
Harga cermin belakang proton x70
Begitu juga dengan keluaran kereta proton x70 yang merupakan usahasama antara dua negara.
Harga cermin belakang proton x70 adalah bermula dari RM700 hingga RM800 sahaja.
Harga cermin belakang proton x90
Tidak dilupakan juga bagi proton x90 yang merupakan sebuah mpv besar dan impian sebuah keluarga sederhana besar.
Untuk tukar cermin belakang proton x90, harga cermin belakang proton x90 yang perlu dibelanjakan tanpa tuntutan insurans cermin adalah sekitar RM800 hingga RM900 sahaja.
Harga cermin belakang almera
Siapa saja tak kenal kerana jenama berasal Jepun ini iaitu Nissan Almera. Harga cermin belakang almera yang perlu anda keluarkan adalah sebanyak RM300 hingga RM500 bergantung pada stok sedia ada.
Sekiranya stok terhad, maka harga cermin belakang almera ini akan menjadi tinggi sedikit dari harganya yang biasa dalam anggaran Rm500 hingga RM600.
Harga cermin belakang grand livina
Kereta nissan grand livina merupakan sebuah mpv yang serba boleh dan dijadikan pilihan bagi sebuah keluarga sederhana.
Harga cermin belakang grand livina adalah sekitar RM400 hingga RM600 sahaja.
Harga cermin belakang honda jazz
Pengeluaran kereta honda jazz hingga kini telah pun dihentikan. Namun, ianya masih ramai digunakan dan masih ramai yang ingin memiliki kereta ini walaupun membeli secara secondhand.
Harga cermin belakang honda jazz adalah berjumlah dari RM400 hingga RM600 sahaja.
Harga cermin belakang honda city
Manakala, bagi sebuah kereta pilihan ramai iaitu honda city pula mengikut model tertentu seperti GM2,GM6 dan terkini GN7 adalah sekitar RM600 hingga RM700 sahaja.
Perlu diingatkan sekiranya anda mempunyai cover insurans cermin, penggunaan bagi tahun tersebut hanya sekali sahaja.
Jika anda ingin membuat claim pada cermin belakang honda city, maka pada tahun yang sama juga tidak boleh digunakan untuk claim cermin pada bahagian lain disebabkan claim cermin adalah terhad kepada 1 kali sahaja.
Harga cermin belakang toyota vios
Cermin belakang kereta vios adalah bersifat separuh landai dan ianya bersaiz sederhana.
Oleh itu, harga cermin belakang kereta vios adalah berjumlah dari RM450 hingga RM600 sahaja.
Harga cermin belakang avanza
Harga cermin belakang avanza mempunyai harganya tersendiri. Harganya tidak sama seperti harga local Malaysia. Ia dikategorikan sebagai kereta import.
Jika anda ingin menukarkannya, anda perlu membuat order dulu cermin tersebut kerana kebanyakkan tidak ada ready stok. Harganya adalah dalam rm500-rm600 sahaja.
Harga cermin belakang toyota Corolla Cross
Penggunaan cermin belakang kereta toyota corolla cross amat penting dikala musim hujan melanda negara kita.
Sekiranya retak atau pecah, anda boleh membuat penukaran kepada cermin baru dengan harga cermin belakang toyota corolla cross bernilai sekitar RM500 hingga RM700 sahaja.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.