Harga insurans motor first party berapakah ?

Harga insurans motor first party. Berapakah harga insurans motor first party yang bakal anda buat lebih-lebih lagi anda sebagai pertama kali nak hidupkan insurans?

Tentunya anda teragak-agak nak tahu berapa budget yang perlu anda keluarkan untuk hidupkan insurans motosikal 1st party buat motor baru anda tak kiralah ianya beli baru ataupun beli secondhand.

Ia tetap juga pengalaman yang baru bagi anda.

Tentang harga insurans motor first party

Harga insurans motor first party yang terlalu mahal perlu anda munasabah terlebih dahulu sebelum setuju.

Begitu juga, dengan harga insurans motor first party yang terlalu murah juga perlu anda hati-hati sebelum nak hidupkan insurans tersebut.

Hal ini kerana, anda wajib membuat kajian terhadap apakah kelebihan yang diberikan yang anda perlukan dalam perlindungan insurans jika berlaku kemalangan.

Adakah kecederaan penunggang boleh anda claim jika buat insurans motor 1st party ?

Untuk makluman, claim insurans motor adalah untuk kegunaan bagi melindungi motosikal anda sahaja.

Berbalik semula kepada ayat claim insurans motor, ini bermaksud hanya motor sahaja dilindungi dan boleh dibaiki menggunakan claim insurans.

Sebarang kecederaan individu adalah tidak termasuk dalam harga insurans motor first party premium yang anda beli.

Jika ada pun perlindungan tambahan melindungi individu penunggang, ia adalah tambahan insurans tidak termasuk insurans motor premium yang biasa.

Harga insurans motor first party termasuk membaiki kerosakan motor?

Anda perlu jelas dengan terma dan syarat pihak syarikat insurans.

Sebarang kerosakan pada motosikal disebabkan kemalangan sama ada anda kemalangan sendiri atau melibatkan kenderaan lain, insurans motor 1st party anda boleh digunakan.

Kecuali, jika kerosakan disebabkan selain dari kemalangan adalah tidak boleh anda buat claim sama sekali.

Contohnya, motor rosak dan perlu buat overhall pada bahagian enjin, anda tidak boleh buat claim insurans kerana kerosakan tersebut bukan disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Perkara yang anda perlukan semasa menghidupkan insurans motor 1st party

Antara kelebihan yang anda perlukan dalam insurans motosikal adalah boleh membuat claim kemalangan mengikut market value motor tersebut.

Jumlah market value yang wajar adalah tidak melebihi market value tahun semasa anda beli. Manakala, tidak terlalu rendah dari market value semasa anda membeli motor tersebut.

Contohnya anda merujuk market value motor baru anda beli tahun lepas adalah cover sebanyak RM9,800.

Jadi, anda boleh menganggarkan pada tahun seterusnya market value motor anda adalah lebih kurang RM7,500 hingga RM8,500.

harga insurans motor first party

Berapakah sepatutnya harga insurans motor 1st party ?

Harga insurans motor 1st party adalah bergantung kepada market value anda.

Anda digalakkan untuk membuat beberapa survey pada beberapa syarikat insurans supaya harga insurans motor 1st party anda adalah dalam kalangan yang bagus berdasarkan kelebihan yang diberikan.

Contohnya adalah seperti di bawah :

Syarikat insuransHarga insurans motor 1st party
Etiqa takafulRM348
Liberty insuransRM333
Zurich takafulRM361
Am General InsuransRM327
Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan harga insurans motor 1st party vs Syarikat insurans yang berbeza. Namun, ianya masih motor yang sama, NCD 15% yang sama dan juga market value iaitu cover RM8000 yang sama.

Perbezaan harga insurans motor 1st party di atas adalah disebabkan tawaran yang diberikan syarikat insurans yang berbeza.

Antara perbezaan tawaran adalah penyediaan all rider ataupun tidak gunakan all rider dalam cover insurans tersebut.

Contoh lain di artikel harga insuran motor y15

Leave a Reply