Harga insuran motor 250cc berapa ?

Harga insuran motor 250cc. Apakah kriteria yang anda perlu ambil peduli sebelum mengetahui harga insuran motor 250cc ?

Anda yang membaca ini mungkin baru tahun pertama nak hidupkan insurans motor 250cc. Bahkan, ada juga yang sedang ingin mengetahui harga insuran motor 250cc sebelum nak memilikinya.

Apa yang penting adalah anda dapat membuat anggaran harga insuran motor 250cc ini adalah dalam kalangan berapa supaya setiap tahun anda boleh mengagak budget yang perlu dikeluarkan.

Tapi sebelum itu aku nak kongsikan tempat dan bagaimana proses untuk aku hidupkan insurans motor 250cc aku sebelum ini.

Tempat hidupkan insuran motor 250cc

Motor 250cc ini aku dah memilikinya masuk tahun ke 3 daripada aku membelinya secara ansuran. Sudah selamat habis bayar pun.

Ada beberapa tempat yang anda boleh hidupkan insuran motor 250cc ini. Antaranya adalah :

  • Kedai tempat beli motorsikal
  • Agent insurans berdaftar
  • Branch insurans di setiap negeri
  • Pejabat pos
  • Online insurance di website

Di atas merupakan senarai tempat yang mudah anda nak dapat harga insuran motor 250cc. Anda diberi pilihan untuk memilih harga insuran motor 250cc anda manakah yang berpatutan dan berbaloi seiring kelebihan yang diberikan.

Semua motor berenjin 250cc boleh menghidupkan insuran motor di tempat-tempat di atas tanpa sebarang masalah.

Proses nak dapatkan harga insuran motor 250cc

Prosesnya adalah sangat mudah seperti anda menghidupkan insuran motor biasa. Ikuti langkah-langkah di bawah supaya memudahkan anda nak dapatkan harga insuran motor 250cc serta boleh terus hidupkan insuran di tempat yang sama.

  1. Sediakan dokumen seperti geran motor 250cc anda atau;
  2. Polisi insurans (covernote insurans)
  3. Hadirkan diri ke tempat hidupkan insuran seperti senarai di atas dengan membawa dokumen tersebut
  4. Sampai giliran anda di kaunter, berikan dokumen bagi memudahkan urusan mendapatkan harga insuran motor 250cc anda
  5. Harga insuran motor 250cc anda akan diberikan sebaik sahaja pengiraan dibuat
  6. Sekiranya anda setuju, proses seterusnya adalah membuat pembayaran dengan harga insuran yang dipersetujui
  7. Dapatkan polisi insurans terkini sebaik sahaja pembayaran telah dibuat
  8. Siap dan selesai.

Berapakah harga insuran motor 250cc ?

Aku kongsikan harga insuran motor 250cc iaitu motor yamaha r25 ini kepada anda untuk senang buat rujukan dan kiraan anggaran.

Harga insuran motor 250cc ini bukanlah harga yang tepat, tetapi ia adalah dalam lingkungan terdekat dengan harga insuran motor 250cc yang bakal anda terima.

harga insuran motor 250cc
Gambar 1

Gambar 1 menunjukkan harga insuran motor 250c iaitu motor yamaha r25 aku pada tahun ke 3 adalah RM477 sahaja.

Itupun setelah mendapat diskaun dari NCD sebanyak 20%. Ia sangatlah membantu dibanding dari baru beli motor dulu harga agak tinggi sedikit.

Semak harga insuran motor 250cc anda

Sekiranya anda sudah mendapat harga anggaran tersebut, pasti anda boleh mengetahui berapakah anggaran yang bakal anda keluarkan duit untuk insuran motor 250cc ini.

Semak dan bandingkan harga insuran motor 250cc dengan melihat berapakah nilai market value semasa serta pastikan peratusan NCD anda adalah betul.

One comment

Leave a Reply