Harga insuran motor y15. Motosikal yang terkenal disamping anak muda bahkan orang yang sudah berumur meminati iaitu yamaha y15zr atau y suku.
Sebelum anda nak memiliki sebuah daripada motosikal yang hangat dipasaran ini, anda pasti nak tahu berapa harga renew insuran motosikal untuk motor y15 ini.
Adakah ia berpatutan?Mampu milik dibayar insurannya setiap tahun?Atau harga insuran motor ini tinggi dibandingkan motor lain yang sama cc dengannya?
Perkongsian aku di bawah merupakan harga awal insuran motor y15. Lebih lama motor ini, harga insuran akan jadi lebih murah.
Apakah tips untuk dapatkan harga insurans motorsikal anda jadi lebih murah?Ikuti di bawah.
Harga insurans y15 mengikut market semasa
Jika anda baru membeli motosikal ini, harga market yang kerap kali diberikan adalah antara rm8,500 hingga rm9,000.
Harga marketnya agak tinggi setanding dengan pengeluaran dan permintaannya yang juga tinggi. Ada yang berkata ianya motor panas.
Betul. Panas di pasaran. Pada tahun pertama selepas anda membeli motor y15 ini, anda boleh menganggarkan market insurans ini bernilai rm8,000 hingga rm8,400.
Jika ncd anda adalah 0%, harga insurans motor y15 anda akan menjadi rm350. Ini mengikut pengalaman aku sendiri bertanyakan kepada rakan yang baru menghidupkan insurans motor tersebut.
Harga insuran motor y15 lebih murah jika mempunyai ncd
No claim discount atau NCD ini sangat membantu anda dalam penjimatan menghidupkan insurans motosikal.
Jika peratusan ncd anda tinggi, maka lebih sedikit anda bayar harga insuran pada tahun tersebut. Untuk anda yang sebelum ini menjual motor lain, kemudian mengambil motor baru yamaha y15 ini, anda boleh memindahkan ncd.
Seawal pembelian anda boleh maklumkan kepada kedai yang menguruskan motor baru anda. Jadi, maximum ncd daripada motor lama iaitu 25% boleh dimasukkan terus ke dalam insurans motor y15 anda.
Contohnya, jika tanpa ncd insurans anda berharga rm350. Maka, jika anda mempunyai ncd sebanyak 25%, harga insuran yang perlu anda bayar hanyalah sebanyak rm262 sahaja.
Pemindahan ncd yang bersyarat untuk dapatkan harga insuran yang berpatutan
Pemindahan bagi ncd motor anda yang lama perlulah dibuat dari awal lagi. Dengan syarat, nama serta nombor kad pengenalan atau ic pada motor lama dan motor baru adalah sama.
Ada cara lain ke jika nama serta nombor kad pengelanan tidak sama? Jawapannya adalah tiada.
Bagaimana pula jika anda baru tahu perkara ini? Usah kuatir, anda boleh mengambil semula ncd pada motor lama tersebut namun, ncd akan berkurangan sebaik sahaja 2 tahun anda tidak gunakan.
Selepas sahaja 2 tahun, peratusan ncd akan berkurang dari 25% kepada 20%. Kemudian, setiap tahun darinya berkurang dari 20% kepada 15% dan kemudian hinggalah menjadi 0%.
Jika anda sempat, selamatkan ncd anda agar tidak kerugian diskaun.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.