Berapakah harga insuran motor rs150 ?

Harga insuran motor rs150. Kepada anda mesti tertanya-tanya tentang berapakah harga insurans motosikal honda rs150 ini.

Adakah harga insurannya lebih murah? Atau adakah ia jauh lebih mahal dibandingkan motor yang lain tetapi sama jenis cc enjin di atas jalan raya?

Bakal pemilik motor rs150 ini pasti tidak sabar ingin tahu berapakah harga anggaran insurans secara tahunan dari selepas membeli dan seterusnya.

Ini adalah merupakan pengalaman aku sendiri yang memiliki sebuah jentera motosikal honda rs150 versi 1 atau dipanggil v1. Motor saja v1 tetapi warna motor dikira v2 bagi aku kerana jenis warna model lama adalah berlainan.

Harga insuran motor honda rs150 untuk tahun pertama selepas pembelian

Di sini aku kongsikan harga insurans yang aku perlu bayar pada tahun pertama selepas motor tersebut keluar.

Kerana pada awal pembelian, insuran telah diuruskan oleh kedai di tempat aku beli motor tersebut yang bermakna ia termasuk dalam deposit yang telah aku bayar.

Ada orang juga pernah tanya, adakah harga insuran berbeza untuk motor yang masih dalam loan dengan motor yang sudah habis bayar?

Jawapannya adalah sama saja. Tak kira motor anda masih dalam hutang atau telah langsai hutang, harga insurans adalah mengikut market value tahunan motor tersebut dan juga bergantung kepada nilai peratus ncd.

TahunHarga insuran rs150
Tahun motor keluar kedaiRM430
Tahun pertama motorRM320

Harga yang aku bayar hanya bermula pada tahun pertama iaitu sebanyak rm320 untuk insurans sahaja tidak termasuk roadtax.

Berapakah nilai market value tahunan untuk harga insurans motor rs150 pada masa itu ?

Nilai market value yang telah aku buat dengan harga insurans sebanyak rm320 itu berjumlah RM7,800.00.

Motor tersebut merupakan motosikal yang baru saja setahun keluar kilang. Dengan nilai market tersebut kita boleh anggarkan jumlah market tersebut tidak jauh dari harga keluar motor sebelum ini.

Peratus No Claim Discount (NCD) pada tahun pertama

NCD sangatlah penting jika anda tidak membuat sebarang claim perlindungan. Semasa tahun pertama, ncd aku adalah sebanyak 10%.

Ini bermakna pada tahun pembelian motor sebelum ini ncd aku bermula dengan 0%.

harga insuran motor rs150

Bonusnya, jika aku tidak membuat sebarang claim kemalangan, kehilangan atau kebakaran, ncd pada tahun seterunya akan meningkat kepada 15% kemudian 20% dan menjadi 25% (maximum).

Nilai diskaun 25% sangat membantu aku membeli insuran yang mahal dengan harga yang murah. Tetapi tingkatan peratus itu perlu mengikut turutan dari tahun ke tahun.

Leave a Reply