Renew insurans kereta di pejabat pos

Renew insurans kereta di pejabat pos. Siapa yang pernah buat renew roadtax dan insurans di pejabat pos? Mudah je kan.

Siapa yang tak pernah buat renew roadtax insuran di pejabat pos lagi, meh disini caranya.

Cara renew insurans kereta di pejabat pos

Selalunya kita dengar kalau nak buat roadtax boleh je datang buat kat pejabat pos. Tapi boleh ke nak renew insurance di pejabat pos sekali dengan roadtax?

Jawapannya boleh. Antara bisnes pejabat pos adalah menjadi wakil insurans kereta.

Tapi ada caranya nak renew insuran di pejabat pos ini.

Jom ikuti cara renew insurans kereta di bawah :

1. Bawa kad pengenalan

Benda ini paling penting sekali sebelum anda nak renew insurans kereta di pejabat pos. Tidak kira anda adalah pemilik kereta ataupun hanya wakil kepada pemilik kereta tetap wajib berikan kad pengenalan.

2. Bawa geran kereta

Perkara kedua ini merupakan perkara yang penting juga. Jika tiada geran kereta original, bawa salinan pun sudah mencukupi.

Pihak pejabat pos tidak boleh mengira harga insurans kereta anda, Ia bukan sekadar boleh menganggar harga berapa dan berapa. Maklumat perlu dimasukkan terlebih daluhu bagi sistem insurans mengenalpasti data peribadi dan data maklumat kereta anda.

Contohnya, mengenai nombor chasis, nombor enjin dan cc enjin kereta anda. Ia tidak boleh sebarangan diteka.

3. Polisi insurans tahun lepas

Bagaimana kalau geran original atau geran salinan tiada? Jangan risau, anda boleh bawa polisi insurans (cover note insurance kereta) tahun lepas.

Sekarang bukan perkara yang wajib untuk bawa kedua geran atau polisi insurans lama. Ia adalah disebabkan, orang di kaunter pejabat pos memerlukan maklumat kereta anda sebelum mendapatkan harga quotation insurans kereta anda.

Quotation insurans kereta akan diberikan kepada anda selepas saja pihak kaunter memasukkan data peribadi serta kenderaan anda dalam insurans.

renew insurans kereta di pejabat pos

4. Dapatkan harga insuran kereta sebelum bersetuju

Selepas anda dah dapat harga quotation, pastikan harga jumlah sudah termasuk kos roadtax dan juga caj servis.

Kemudian, anda boleh membuat pembayaran dan pihak pejabat pos akan proceed menghidupkan insurans yang telah anda persetujui.

Pastikan juga anda mendapatkan resit tanda anda sudah bayar insuran kereta di pejabat pos.

Cover note insurans kereta akan diberikan sebaik sahaja pembayaran selesai dibuat.

Kenapa perlukan geran atau polisi insurans lama?

Ada orang berang kenapa perlukan geran atau polisi insurans kereta lama. Tak kan pihak pejabat pos tiada maklumat tersebut?

Hal ini kita sedia maklum, maklumat dalam geran atau polisi insurans lama anda adalah berkaitan dengan maklumat peribadi pemilik kereta.

Jika insurans boleh dibuat sesuka hati, maka perkara ini akan menjadi masalah yang besar. Maka, proses renew roadtax di pejabat pos juga tidak dapat di teruskan.

Sebab itu, pentingnya pemilik kereta/ wakil pemilik memberi geran atau polisi insurans lama kepada pihak di pejabat pos.

Harga roadtax kereta di pejabat pos

Bagaimana jika anda teleh mempunyai insurans, tetapi hanya mahu buat roadtax di pejabat pos? Berapakah harganya?

Dari segi harga renew roadtax kereta di pejabat pos adalah mengikut seperti di Jpj, dan terdapat cas servis yang dikenakan kepada setiap pemilik atau wakil yang datang membuat roadtax.

Insurance kereta murah di pejabat pos

Dari segi harga sejujurnya tiada beza sangat jika anda buat insurans pada agent di luar.

Seriusly.

Anda juga berkelebihan boleh memilih insurans apa yang kita sendiri nak.

Malah, roadtax kereta pejabat pos boleh terus kita dapatkan disitu.

Servis di pejabat pos juga mengikut nasib juga. Kena datang pada waktu kurang orang.

Silap waktu, anda perlu bersabar menunggu nombor giliran ya.

Sebab itu ada orang berpendapat insuran kereta murah bergantung juga kepada keselesaan pengguna terhadap servis sesebuah perkhidmatan.

Semoga bermanfaat.

Baca juga : cara renew roadtax motor tanpa geran

One comment

Leave a Reply