Polisi insurans motor hilang

Polisi insurans motor hilang. Apa itu sebenarnya polisi insurans? Adakah ia penting? Dimanakah nak dapatkan polisi insurans yang baru?

Apa itu polisi insurans?

Polisi insurans motor adalah satu dokumen perjanjian yang menyatakan segala perkara tentang insuran berkenaan kenderaan anda.

Polisi insurans atau dikenali juga sebagai covernote insurans adalah dokumen lengkap yang telah disediakan oleh pihak insurans kepada client seperti anda sebaik saja anda membeli insurans.

Perkara yang dinyatakan dalam polisi insurans

  • Nama lengkap anda sebagai pemilik kenderaan (kereta atau motor)
  • Nombor kad pengenalan pemilik
  • Alamat surat menyurat pemilik
  • Nombor enjin kenderaan pemilik
  • Nombor chasis kenderaan pemilik
  • Harga insurans yang perlu dibayar pada tahun itu
  • Jumlah NCD terkumpul pemilik
  • Jenis insurans yang pemilik ambil (1st party atau 3rd party fire & theft atau 3rd party)
  • Terma dan syarat tentang perkara yang boleh atau tidak boleh di claim oleh pemilik

Mengapa perlukan polisi insurans?

Beberapa faktor yang anda perlukan polisi insurans ini. Antaranya adalah disebabkan nak buat claim kemalangan, claim cermin kereta pecah, claim jika terlibat dalam bencana alam, claim disebabkan motor atau kereta dicuri dan juga claim disebabkan kenderaan mengalami kebakaran.

Bagaimana nak dapatkan polisi insurans yang baru jika telah hilang?

Polisi insurans yang hilang anda boleh dapatkan dengan beberapa cara iaitu :

1. Rujuk pada agent buat insurans anda jika polisi insurans motor hilang

Jika sebelum ini anda buat insurans pada agent berdaftar, anda semestinya sangat mudah berurusan dengan mereka.

Jika polisi insurans anda hilang, anda boleh dapatkan polisi insurans yang baru secara terus kepada mereka.

Call atau whatsapp sahaja agent tersebut. Kemudian mereka akan terus beri dokumen secara softcopy. Anda hanya perlu print sahaja muka surat yang sepatutnya.

Tetapi perlu ingat, hanya agent yang anda buat itu saja yang boleh mengeluarkan polisi insurans anda yang baru.

Anda tidak boleh sebelum ini buat insuran pada agent lain, kemudian minta polisi insurans yang baru pada agent yang lain.

Walaupun ia sama berdaftar dibawah satu syarikat insurans, namun ia tetap tidak boleh.

2. Datang semula ke pejabat pos untuk minta polisi insurans motor hilang

Manakala, jika sebelum ini anda telah buat insurans di pejabat pos, anda boleh saja minta mereka polisi insurans yang baru atas alasan telah hilang.

Anda digalakkan ke tempat dimana anda buat insurans dulu. Cuma jika nasib kurang baik, orang agak ramai sikit dan anda perlu menunggu.

Polisi insurans tak perlu semua muka surat. Yang wajib yang anda perlukan adalah muka surat dimana dinyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, maklumat kenderaan dan juga harga insurans anda.

Satu muka surat itu sudah memadai.

3. Jika anda sebelum ini buat insurans secara online

Ramai juga sekarang telah membuat insurans secara online. Memang tiada sebarang masalah sebab polisi insurans anda akan dapat melalui email.

Jika email tersebut telah didapati hilang, anda boleh rujuk pada customer service dimana tempat anda beli insurans secara online tersebut.

4. Rujuk di branch insurans negeri anda

Cara ini agak memerlukan masa dan ruang yang betul. Anda perlu luangkan sedikit masa hadir ke branch insurans berdekatan bagi mendapatkan polisi insurans ini.

Anda sebagai pemilik perlu wajib hadirkan diri. Jika anda hantar wakil ia adalah sukar bagi pihak branch mempercayai anda.

Bukan tidak boleh tetapi ia sukar sedikit. Lebih baik anda sebagai pemilik datang sendiri.

Contoh polisi insurans motor

Gambar dibawah merupakan contoh gambar polisi insuran motor dari syarikat insurans zurich takaful.

contoh polisi insurans motor

Ini adalah contoh polisi insurans motor yang lengkap. Kalau anda nak minta agent kirakan harga quotation, tetapi geran tiada pada anda, anda boleh beri polisi insurans seperti di atas bagi rujukan mereka.

Polisi insurans motor ini penting untuk anda simpan. Kadang-kadang anda lupa insurans buat 1st party atau 3rd party.

Simpan pada file penting anda bagi memudahkan anda untuk membuat urusan berkaitan claim pada masa akan datang.

One comment

Leave a Reply