Cara renew roadtax kereta. Tips ini aku cuma nak kongsikan kepada korang kalau sesiapa yang baru tahun pertama nak buat cukai jalan.
Kalau tak pernah nak uruskan roadtax memang kita tak tahu. Apatah lagi tiada tempat rujuk nak bertanya.
Aku harap sedikit perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kita sebagai orang baru. Tak kisah kepada orang baru atau pun orang lama yang tak berapa pasti mengenai renew roadtax kereta ini.
Apa itu roadtax kereta?
Roadtax kereta atau dikenali sebagai cukai jalan kereta yang dikenakan kepada semua pemandu kereta yang memiliki sesebuah kereta.
Kalau ada 2 buah kereta, maka 2 cukai jalan perlu dibayar oleh pemilik kereta. Jika lebih, maka lebih la bayarannya mengikut jenis kereta. Dan juga harga roadtax kereta bergantung berapa besar kuasa kuda atau CC enjin kereta tersebut.
Roadtax kereta perlu dibuat kerana tanggungjawab sebagai seorang pemilik kereta menggunakan jalan raya di sesebuah negara bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Malah ada yang cuba persoal adakah boleh buat roadtax kereta tanpa insuran ?
Duit yang pihak kerajaan terima dari hasil cukai jalan itulah digunakan bagi membuat jalan raya, menyelenggara jalan raya dan juga menaiktaraf jalan raya.
Hal ini adalah bagi keselesaan pengguna jalan raya dari satu tempat ke tempat yang lain.
Hasil dari roadtax kereta ini juga digunakan bagi kerajaan membuat penambahbaikan contohnya membuah lebuh raya.
Lebuh raya mampu menghubungkan kita dari satu tempat ke tempat lain dengan jangka masa yang lebih singkat dibandingkan jalan raya.
Contoh roadtax kereta
Di bawah merupakan kertas cukai jalan yang dikeluarkan oleh pihak Jpj. Anda wajib tahu gambar ini supaya cara renew roadtax kereta anda selesai dengan jayanya.
Jika anda sudah renew roadtax kereta, anda akan dapat kertas bersaiz separuh dari a4. Rujuk gambar di atas.
Pastikan beberapa cara check roadtax kereta sebelum anda pulang ke rumah :
1. Nombor plat kereta
Sebelum anda selesai di kaunter, anda wajib pastikan nombor plat kereta anda adalah betul. Ada juga kes nombor plat kereta lebih kurang sama di print tanpa sengaja.
Walaupun perkara ini sangat kurang terjadi, namun kita perlu berhati-hati.
Lebih mudah jika pembetulan boleh di buat di kaunter tersebut.
2. Tarikh roadtax kereta
Secara asasnya tarikh roadtax kereta anda perlu sama dengan tarikh insurans kereta anda.
Roadtax kereta hanya boleh di buat 6 bulan dan 12 bulan atau 1 tahun sahaja.
Selain dari tarikh kedua di atas, ia tidak akan terjadi.
Jika tarikh insurans kereta bermula pada 01/07/2021 maka untuk 1 tahun roadtax tarikh akhir pada roadtax akan tertulis 30/06/2022.
Alert jika roadtax kereta anda hanya boleh dibuat selama 6 bulan jika ia mempunyai sebab-sebab tertentu.
Contohnya, jika pemilik meninggal, roadtax kereta pemilik meninggal hanya boleh dibuat 6 bulan sahaja.
Tempat renew roadtax kereta
1. Jabatan Pengangkutan Jalan raya atau JPJ
Secara majoritinya ramai orang akan buat roadtax di JPJ. Antara sebab Jpj menjadi pilihan adalah senang berurusan secara direct.
Namun, ada orang juga suka buat roadtax di Jpj kerana takut ditipu kadang-kadang terdengar ura-ura terdapat roadtax palsu.
Ia adalah pilihan masing-masing.
Datang ke Jpj dengan bukti bahawa insurans kereta anda telah dibuat atau dihidupkan, baru anda boleh print roadtax di sini.
Kalau tiada insurans, anda perlu buat diluar dulu. Kerana JPJ tidak menyediakan servis menghidupkan insurans kepada orang ramai.
Anda boleh ke Jpj di negeri anda. Setiap negeri mempunyai Jpj nya sendiri. Ada juga ke Jpj di UTC dan terdapat juga beberapa kes yang tidak dapat diselesaikan di JPJ UTC ini.
Terpaksa anda berurusan terus ke JPJ negeri.
2. Cara renew roadtax kereta di Pejabat Pos
Pejabat pos merupakan antara pilihan utama orang ramai untuk berurusan mengenai roadtax kereta. Bukan saja roadtax, malah insurans kereta juga boleh dibuat di pejabat pos.
Kewujudan pejabat pos yang berhampiran setiap pekan atau bandar memudahkan orang ramai datang pada waktu yang singkat.
Namun, kesabaran juga diperlukan jika anda ingin buat roadtax kereta di waktu kemuncak. Pilihlah waktu yang kurang orang datang kerana ia lebih menjimatkan masa anda menunggu.
Dokumen untuk renew roadtax kereta di pejabat pos.
3. Agent wakil insurans
Cara kita nak kenali agent yang berdaftar sebagai wakil agent insurans ini kita boleh tengok jika ada sebarang papan tanda insurans di kedai mereka.
Majoriti kedai insurans ini menyediakan khidmat buat sekali gus roadtax kereta anda.
Tak perlu anda beratur menunggu di JPJ atau di pejabat pos. Cuma kebiasaannya roadtax kereta anda akan siap sehari selepas anda datang ke kedai tersebut.
Mereka menggunakan runner untuk membuat roadtax kereta anda di JPJ terdekat. Sebab itu ia agak mengambil masa 1-2 hari.
Daripada anda penat menunggu beratur, adalah lebih baik mengupah mereka tak perlu anda pening kepala lagi.
4. Buat insurans secara online di internet
Antara khidmat buat roadtax online yang berkembang pesat adalah Bjak dan Myeg.
Kedua syarikat ini berlumba-lumba memberikan servis membuat insurans kereta dan juga roadtax kereta.
Ia sangat memudahkan anda dengan anda klik beberapa butang di internet, pilih mengikut kesesuaian anda, buat pembayaran, dan tunggu saja roadtax sampai di rumah.
Mudah bukan?
Namun, ada sedikit kekurangan. Jika berlaku sebarang masalah mengenai claim, siapakah anda cari dulu? Ada ke kita call mereka, mereka akan sedia membantu 24jam?
Ada ke advice atau nasihat tentang insurans yang boleh bantu kita disaat kita sedang dalam kecelaruan saat mengalami kemalangan?
Pilihan di tangan anda.
Cara renew roadtax kereta first party
Jika kita lihat pada perkataan first party ataupun third party ia adalah bermakna terletak pada jenis insurans yang digunakan.
Ada orang panggil saja roadtax kereta first party, tapi kita faham bahawa insurans yang mereka beli itu adalah 1st party.
Insurans 1st party atau dikenali sebagai komprehensif mempunyai kelebihan berbanding insurans 3rd party. Ikuti di link tersebut bagi mengetahui makna yang lebih teliti.
Ingat, insurans wajib dihidupkan dulu, kemudian baru boleh buat roadtax kereta.
Cara renew insurance kereta
Aku mula-mula dah target nak ke Jpj terus siapkan roadtax. Roadtax dah 2 hari tamat nasib aku perasan time tengah basuh kereta di hujung minggu.
Datang dengan yakin di kaunter Jpj setelah 15 minit menunggu angka giliran, aku terus memberikan kad pengenalan.
Aku berkata nak hidupkan roadtax kereta.
Pegawai Jpj berkata aku tak hidupkan insurans lagi.
Dalam fikiran aku terfikir kat Jpj takde sediakan servis buat insurans ke?
Rupanya kita wajib hidupkan insurans dulu sebelum renew road tax kereta.
Cara renew insurance kereta ni tak lah susah.
Buat insurans kereta baru beli
Esoknya aku datang jumpa agent insurance kereta.
Aku terpaksa la ambil cuti nak selesaikan benda ni saja.
Agent insurance kereta terus memberikan aku harga insurans pada tahun ini.
Pastikan market value kereta anda tahun ini, adakah ia berkurang sedikit dari tahun lepas?
Kalau market value meningkat, tanya semula pada agent insurance kereta anda untuk buat pengesahan semula.
Pastikan juga anda tahu tentang budget adakah perlu untuk buat insurans tambahan ataupun tidak contohnya windscreen kereta.
Dah berpuashati baru boleh proceed dengan harga.
Takaful Malaysia insurance kereta
Aku jenis tak kisah jenis insurans apa yang aku gunakan.
Apa yang disarankan adalah takaful malaysia insurans kereta.
Insurans ni pun aku pernah juga dengar dan lihat kat internet.
Tapi aku tak tahu la untuk apa masa tu.
Sekarang baru aku tahu dan banyak juga manfaat guna takaful malaysia insurance kereta ni.
Selesai dah bab insurans.
Cara renew insurans kenderaan yang pantas & mudah
Proses dalam cara renew insurans kenderaan yang pantas & mudah adalah melalui anda sendiri yang berpengalaman bagi setiap satu caranya.
Antara cara renew insurans kenderaan yang pantas & mudah di atas yang terdiri daripada tempat di mana anda buat insurans itu sendiri iaitu :
- Di pejabat pos
- Wakil agent insurans berdaftar
- Renew insuran secara online
Manakah cara renew insurans kenderaan yang pantas & mudah justeru menjimatkan masa anda dalam mempercepatkan proses cara renew insurans kereta ?
Sudah pasti bagi pengalaman aku sendiri adalah renew insurans secara online di website. Anda mempunyai beberapa pilihan untuk menghidupkan insurans kereta.
Pertama adalah menerusi menjumpai iklan renew insurans kereta di dalam artikel ini. Mahupun, terus ke website syarikat insurans yang anda hendaki.
Kedua cara renew insurans kenderaan yang pantas & mudah ini adalah selamat dari segi proses awal hinggalah akhir.
Cara renew insurans kenderaan yang pantas & mudah perlu diikuti langkah seperti berikut :
- Pergi atau klik ke website yang menjual insurans kereta.
- Masukkan nombor kenderaan anda.
- Harga insurans akan dikeluarkan.
- Jika anda setuju, teruskan dengan pembayaran.
- Pembayaran dibuat secara online yang selamat.
- Gunakan pembayaran online tanpa menggunakan kad debit/kad kredit anda.
- Pembayaran selesai.
- Tunggu polisi insurans kereta anda yang baru akan dikirimkan ke email yang telah anda masukkan tadi.
- Sebaik sahaja anda telah menerima polisi insuran/covernote insurans, semak semula segala detail maklumat diri anda serta kereta anda dengan betul.
- Selesai cara renew insurans kenderaan yang pantas & mudah hanya menerusi online.
Bila boleh renew roadtax ?
Renew road tax kereta selepas hidupkan insurans kereta baru
Masa ini barulah betul aku dapat renew road tax kereta di Jpj.
Insurance kereta pun aku siap bawa ke Jpj.
Maklum la, belajar dari pengalaman.
Cara renew roadtax kereta di Jpj
Aku datang ke Jpj dengan segala dokumen polisi insurans dan geran kereta baru.
Nombor yang aku dapat tidak jauh dari nombor yang dipanggil di kaunter sekarang.
Ada lebih kurang 15 minit aku menunggu di situ.
Tiba giliran aku dipanggil ke kaunter Jpj.
Aku diminta untuk berikan kad pengenalan original
Kad pengenalan tersebut digunakan bagi rekod pihak Jpj dalam setiap urusan
Jumlah bagi setahun roadtax kereta aku adalah dalam RM90 sahaja.
Aku beri duit tersebut sebaik saja diminta kerani Jpj.
Roadtax kereta yang sudah diprint oleh pihak Jpj perlu disemak semula sebelum aku beredar antaranya adalah nombor plat kereta betul dan juga tempoh renew roadtax kereta adalah setahun.
Begitulah sedikit pengkongsian aku mengenai cara renew roadtax kereta yang mudah dilakukan oleh kita dan akan datang tahu nak uruskan dalam membuat roadtax kereta.
Cara renew roadtax kereta mati lebih setahun
Roadtax kereta yang mati lebih setahun atau 12 bulan boleh dibuat seperti biasa. Tetapi, ada waktu had sehingga tarikh tamat cukai jalan atau LKM ini.
Had maximum ini adalah sehingga 3 tahun dari tarikh tamat roadtax dalam sistem Jpj.
Contohnya tarikh last roadtax anda adalah 30/6/2020. Jika sudah melebihi setahun tidak renew roadtax, anda masih lagi boleh membuat roadtax kereta.
Maka, tarikh akhir roadtax kereta anda boleh dibuat tanpa perlu menghantar kereta ke puspakom adalah 29/6/2023.
Jika sudah melebihi tarikh ini, inspection kereta perlu dibuat di JPJ atau di puspakom. Inpsection dikenakan supaya bagi memastikan kereta anda berada dalam keadaan yang baik dan selamat semasa memandu di jalan raya.
Tarikh 3 tahun maximum ini adalah mengikut perubahan terkini. Sebelum ini hanya kereta yang lebih dari setahun dah kena hantar kereta buat inpsection di puspakom.
Kerajaan telah memberi kelonggaran kepada 3 tahun maximum supaya ia memudahkan urusan orang ramai.
Cara renew roadtax kereta ehailing
Cara renew roadtax kereta ehailing ini terbahagi kepada dua perkara iaitu :
1. Kereta yang sudah tukar kepada perdagangan
Disini anda sudah sedia maklum bahawa kereta anda yang sudah bertukar status semasa di puspakom dari kereta persendirian kepada perdagangan.
Situasi ini kebanyakkan dilakukan oleh pemandu sepenuh masa atau yang ingin menghidupkan insurans kereta buat masa tempoh setahun terus.
Roadtax kereta anda akan dikeluarkan tempoh limit hanya 6 bulan sahaja untuk sekali urusan.
Perlu diingatkan supaya sebelum anda membuat roadtax, anda perlu membuat renew permit yang dikenali sebagai EVP (ehailing vehicle permit) pada syarikat grab ataupun mana-mana syarikat yang anda gunakan dibawah ehailing.
Jika anda tidak membuat renew permit ehailing, hal ini akan jadi masalah.
Contohnya, jika permit evp anda berbaki 2 bulan, maka pihak JPJ hanya akan print cukai jalan kereta anda hanya untuk 2 bulan sahaja.
Lebih merugikan, roadtax tersebut perlu dibayar sama harga seperti harga roadtax 6 bulan kereta anda.
Bayangkan anda membayar rm45 roadtax kereta alza anda hanya untuk 2 bulan sedangkan ia boleh dibuat sehingga tamat tempoh 6 bulan.
Bagi yang bertanyakan, bolehkah buat roadtax kereta e hailing di myeg ? Sila klik untuk maklumat lanjut.
2. Cara renew roadtax kereta yang masih berstatus persendirian
Jauh beza bagi anda yang buat grab sambilan. Permit hanya perlu dihidupkan mengikut harian jika anda mahu melakukan kerja grab pada hari itu juga.
Insurans dan roadtax kereta anda dihidupkan seperti kereta-kereta persendirian lain tanpa perlu menukar status kepada perdagangan.
Cara renew roadtax kereta extension
Bagi sesiapa yang ingin renew roadtax kereta extend, anda perlu pastikan dulu berapakah baki tempoh tarikh yang berbaki.
Minima selagi tak cukup 6 bulan insurans kereta anda, maka roadtax kereta extension tidak boleh dibuat dan diteruskan.
Bagaimana nak selesaikan cara renew roadtax kereta extension?
Caranya sangat mudah, anda boleh buat extend insurans dulu di branch insurans terdekat.
Nilai harga akan diberi kepada anda mengikut berapa hari insurans anda perlu hidupkan untuk mencukupkan 6 bulan cukai jalan.
Contoh 31 hari perlu anda bayar sebanyak rm92.
Sebaik saja sudah selesai urusan extend insurans, maka anda boleh buat roadtax kereta extension pada Jpj terdekat. Nak buat roadtax kereta extend kat pejabat pos pun boleh.
Diingatkan semula. Hari yang sama anda buat extend insurans, terus anda buat extend roadtax kereta.
Jika tidak buat hari yang sama, keesokkan hari anda perlu ke branch insurans semula.
Rujuk link ini untuk maklumat tambahan tentang roadtax kereta extend.
Buat roadtax awal
Roadtax kereta anda boleh buat awal dari tarikh tempoh akhir tamat. Ada orang suka sediakan benda penting di awal waktu sebab nak elak kelam kabut dan terlupa.
Jika anda sudah tahu cara renew roadtax kereta, semestinya mudah untuk anda merancang untuk buat roadtax lebih awal.
Ianya tidak boleh begitu awal, namun tidak juga begitu lewat. Hal ini supaya mengatasi daripada masalah-masalah yang lain.
Seawal 2 bulan sebelum tamat tempoh, cukai jalan anda boleh dibuat di JPJ. Anda boleh kira 60 hari dari tarikh tamat itu.
Namun, ada kekurangan jika anda berbuat demikian. Kerana 2 bulan agak terlalu jauh dari waktu tamat tempoh roadtax. Walaupun tarikh tempoh roadtax kereta berbaki itu dikira, namun ia memberi kesan negatif kepada insurans anda jika berlaku kemalangan.
Contohnya, anda sudah membuat roadtax awal dan insurans kereta anda masih menggunakan insurans yang lama. Kemalangan pun berlaku. Insurans kereta baru yang telah dibuat mempunyai NCD sebanyak 55% automatik akan menjadi 0%.
Disini, anda perlu menambah semula harga insurans sebanyak 55% tersebut disebabkan claim kemalangan telah dibuat pada insurans sebelum tarikh tamat tempoh sebelumnya.
Jika tidak berlaku apa-apa kejadian yang melibatkan claim dibuat, anda boleh saja buat roadtax kereta awal.
Jika berlaku masalah ini, claim kena buat, nak keluar duit lagi pun kita terasa berat.
Cara batalkan roadtax kereta
Antara sebab kita nak buat batal roadtax kereta ni adalah kita nak jual kereta itu kepada pemilik yang baru.
Jadi, macam mana kita nak uruskan sendiri sebelum proses tukar nama dapat diteruskan.
Caranya adalah kita hadirkan diri ke JPJ terdekat. Cakap nak batalkan roadtax kereta tersebut. Dengan bukti kita bawa roadtax kereta itu bagi urusan pembatalan.
Tahukah anda jika roadtax kereta itu masih ada berbaki tempoh masa, kita boleh dapat claim baki duit roadtax kereta itu?
Nilainya tidak lah penuh kita dapat, at least, ada la sikit.
Jangan lupa untuk bawa sekali statement bank kita sebagai pemilik supaya proses refund duit baki roadtax itu boleh dibuat.
Kalau tak bawa tu kira halal jela.
Kemudian, pada hari yang sama anda boleh ke branch insurans yang telah anda daftar pada tahun itu untuk membuat urusan batal insurans dan buat refund duit baki tempoh sehingga tamat.
So, duit baki roadtax kereta boleh dapat dan insurans kereta pun boleh kita dapat.
Proses ini mengambil masa sehingga sebulan untuk pihak JPJ dan insurans transfer duit kepada anda.
Jangan anda harapkan duit itu terus boleh dapat dengan cepat. Kerana ada beberapa prosedur bahagian dalam akaun mereka perlu uruskan sebelum membuat refund kepada anda.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.