Boleh Atau Tidak Nak Buat Insurans Kereta Untuk 6 Bulan ?

Seperti yang kita tahu, cukai jalan (roadtax) boleh dibuat untuk 6 bulan dan 12 bulan. Namun, boleh ke insurans kereta dibeli hanya untuk 6 bulan sekali?

Adakah cara beli insuran kereta untuk 6 bulan adalah sama seperti biasa ? Ada caranya untuk anda lakukan perkara kita.

Namun, anda perlu berhati-hati sekiranya berlaku kes tarikh roadtax dan insurans tak sama boleh memberi kesan masalah lain kepada anda.

Harga insurans kereta 6 bulan

Pernahkah anda mendengar kewujudan insuran kereta untuk 6 bulan ini? Soalan ini seringkali menjadi tanda tanya bagi mereka yang ingin menghidupkan atau bayar insurans kereta pertama kali.

Harga cukai jalan kereta pun terbahagi kepada 2 jenis iaitu 6 bulan dan 1 tahun. Mengapa tidak bagi insurance kereta 6 bulan?

Tak salah jika anda kira insuran kereta dan menyelidik dulu harga insuran kereta. Kemudian baru anda boleh bayar insuran kereta dengan yakin.

Bagi menjawab soalan ini, insurans kenderaan (car insurance) adalah WAJIB dibeli untuk 12 bulan sahaja.

Tiada renew insurans kereta untuk 6 bulan. Namun, ada juga insuran kereta 6 bulan yang ditawarkan oleh beberapa syarikat terlibat dalam bidang ini baru-baru ingin mencuba produk mereka.

Bagi lain-lain kes pemilik kenderaan selalunya membuat cukai jalan atau renew roadtax 6 bulan sekali.

Ini bermakna untuk kali pertama, pemilik kenderaan perlu membeli atau renew insuran kereta untuk 12 bulan dan kadar cukai jalan dibuat selama setengah tahun, pemilik kenderaan tidak perlu lagi membeli insurans. Hanya perlu menyambung cukai jalan selama 6 bulan sahaja.

Bagaimana jika terlewat menghidupkan roadtax 6 bulan kereta seterusnya?

Extend insuran kereta adalah penambahan insurans bagi mencukupkan jangka masa 6 bulan renew insurance kereta untuk melengkapkan tempoh membuat cukai jalan (roadtax).

Kata mudahnya, anda perlu beli insurans kereta dengan mencukupkan sehingga tarikh tamat cukai jalan yang sebenar.

Contohnya :

Imran memperbaharui insurans selama 1 tahun dan renew road tax 6 bulan. Setelah tamat cukai jalan (roadtax) tersebut, Imran baru teringat yang cukai jalan kereta dia sudah tamat melebihi 1 bulan daripada tarikh tamat. Ini bermakna, baki insurans hanya tinggal 5 bulan sahaja,

Imran perlu membuat penambahan insurans (extend insurance kereta) sebanyak 1 bulan bagi melengkapkan 6 bulan insurans kereta.

Selepas itu baru boleh renew roadtax kereta 6 bulan sebaik sahaja selesai renew insurans kereta secara extend.

Kiranya maksud extend insurans di sini adalah bagi melengkapi tempoh masa yang tidak mencukupi untuk lengkapkan roadtax atau cukai jalan 6 bulan.

Jika tak cukup 15 hari, maka extend insurans 15 hari perlu ditambah.

Boleh atau tidak buat Extend Insurans untuk melengkapkan 1 tahun insurans ?

Tidak boleh. Extend insurans adalah untuk melengkapkan insurans selama 6 bulan sahaja dan bagi melengkapkan tarikh road tax renewal extension. Manakala, harga roadtax kereta 6 bulan sahaja anda perlu bayar.

Boleh atau tidak jika tidak menghidupkan cukai jalan untuk kali kedua (setengah tahun yang kedua) dan kemudian menghidupkan insurans selepas itu seperti biasa ?

Boleh dengan syarat rotek kereta tidak melebihi 1 tahun, jika melebihi 1 tahun,kenderaan perlu dibawa ke puspakom terlebih dahulu. Perkara ini perlu dititik beratkan. Silap sikit memang akan bertambah beban.

Jadi, lebih memudahkan dan jalan yang lebih baik adalah buat extend insurans dan hidupkan cukai jalan sebelum melebihi tarikh akhir insurans yang asal.

Cuba sebaik mungkin untuk selesaikan sebaiknya. Yang akan untung anda juga dan jimat duit tak perlu hantar kereta ke puspakom. Walaupun harga roadtax 6 bulan sekali buat adalah sama, masa itu lebih bernilai.

Apakah cara yang sesuai sekiranya sebelum ini anda telah beli insuran kereta online namun nak buat extend insurans ?

Cara beli insurans kereta paling mudah bagi kes extend ini adalah dengan membeli tempoh insurans itu di branch insurans yang sedang anda gunakan.

Kebiasaan di setiap negeri terdapat 1 branch syarikat insurans yang boleh anda rujuk. Jangan silap ya beza agent insurans dan branch insurans.

Branch insurans merupakan pejabat syarikat insurans itu sendiri yang dilantik pihak HQ insurans untuk memudahkan orang ramai berurusan mengenai insurans di sesebuah negeri.

Manakala, agent insurans pula adalah lantikan berlesen untuk menjual insurans kenderaan dari syarikat persendirian berdaftar kepada orang ramai.

Jadi, tambah insurans kereta anda di branch insurans dan juga agent adalah dibolehkan sekiranya anda dari mula bayar insurans kereta atau beli pada agent yang sama.

Baca ini untuk tahu kelebihan 1st party insurans https://roadtaxkeretaanda.blog/2019/01/26/apa-itu-insurans-komprehensif-1st-party/

6 bulan insurans kereta

3 comments

Leave a Reply