Buat roadtax tanpa insuran boleh ke?

Buat roadtax tanpa insuran. Pernah anda dengar situasi ini? Betul ke boleh hidupkan roadtax tanpa insurans?

Isu disini merupakan roadtax beserta insurans telah pun tamat tempoh. Maka, boleh ke renew roadtax motor tanpa insuran.

Sangat menjimatkan buat roadtax sahaja

Ada orang yang beritahu, kita boleh hidupkan roadtax walaupun insurans kereta tak buat langsung.

Wahh. Kalau macam ni banyak untung dan dapat banyak jimatkan duit kita.

Tak perlu lagi nak kumpul duit bayar insurans kereta mahal-mahal. Last-last tahun depan renew lagi insurans padahal tak claim langsung insurans tu.

Contoh kalau roadtax motor rm2. Boleh tersenyum untuk setahun tu.

Kewajipan menghidupkan insurans

Syarat ini telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya sejak dari dulu lagi.

Sebelum roadtax dikeluarkan, insurans wajib dibuat dulu.

Dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalanraya akan di-link kan kepada semua syarikat insurans kenderaan berdaftar.

Wujudkah insurans dibawah 1 tahun?

Terdapat beberapa syarikat insurans baru-baru ini telah menyediakan penjualan insurans selama 6 bulan.

Yang pasti ia lebih menjimatkan. Namun, dalam masa yang akan datang ia akan memberi kesan kepada pemilik kenderaan.

Tidak mungkin untuk 6 bulan sekali, anda akan meluangkan masa untuk hidupkan insurans, kemudian naik semula ke Jpj bagi membuat roadtax.

Kemungkinan anda telah tertipu

Jika anda mendengar ura-ura roadtax ini berjaya dibuat tanpa membayar satu sen pun insurans, maka berkemungkinan besar roadtax tersebut tidak dikeluarkan oleh pihak Jpj sendiri.

Hidupkan roadtax tanpa insurans
Bua roadtax tanpa insuran

Roadtax tersebut juga merupakan roadtax palsu.

Renew roadtax motor tanpa insuran

Renew roadtax motor tanpa insuran. Adakah persoalan tentang roadtax motor ini bermain difikiran anda? Mungkin cara ini boleh anda gunakan sekiranya anda kekurangan budget untuk menghidupkan roadtax motor.

Namun, adakah cara renew roadtax motor tanpa insurans ini adalah dibenarkan atau menjadi satu kesalahan kepada pemilik motosikal sekiranya tidak mengikuti proses yang sebenar.

Proses sebenar yang kita maksudkan adalah menghidupkan insurans terlebih dahulu kemudian barulah roadtax motor boleh dikeluarkan oleh pihak JPJ.

Proses keluaran roadtax motor oleh pihak JPJ

Secara asasnya roadtax motor anda dikeluarkan atau diprint dengan kebenaran pihak JPJ itu sendiri. Walaupun anda membuat roadtax motor di pejabat pos atau secara online melalui myeg atau bjak, proses ini akan dilalui terlebih dahulu dengan izin dari pihak JPJ.

Pihak-pihak ini menjadi agent kepada pihak JPJ bagi memudahkan proses print roadtax motor dengan lancar walaupun tidak perlu datang ke pejabat JPJ itu sendiri.

Namun, boleh ke renew roadtax motor tanpa insuran dibuat secara terus di JPJ atau tempat-tempat agent sah di bawah pihak JPJ ini?

Boleh ke renew roadtax motor tanpa insuran terlebih dahulu ?

Jawapannya adalah mudah. Tanpa insurans motor, maka roadtax motor tidak boleh diprint atau dikeluarkan.

Syarat ini telah ditetapkan pihak JPJ di negara kita. Setiap dari motosikal yang menggunakan jalan raya adalah wajib berlindung di bawah syarikat insurans.

Insurans motor mempunyai dua iaitu first party dan juga 3rd party. Untuk first party insurans motor, ia memberi perlindungan kemalangan terhadap motor anda dan juga motor yang terlibat sama semasa kemalangan berlaku dengan beberapa syarat anda terbukti bersalah oleh pihak polis trafik.

Manakala, untuk perlindungan cover 3rd party insurans motor akan melindungi orang yang terlibat dalam kemalangan disebabkan oleh motor anda.

Akan tetapi, motor anda sama sekali tidak boleh membuat claim insurans kerana ianya hanyalah perlindungan kepada orang yang anda libatkan tadi.

Sistem pihak JPJ akan mengesan insurans motor anda

Untuk pengetahuan anda, sistem yang digunakan pihak JPJ adalah terkait dengan sistem-sistem insurans kenderaan di negara kita.

Bila saja insurans motor anda telah dihidupkan atau dibuat, maka, sistem JPJ ini akan mengesannya secara atas talian dengan cepat dan cekap.

Apa yang penting adalah, nombor plat dan juga nombor kad pengenalan anda sebagai pemilik motor dalam insurans tersebut adalah tepat. Seperti mana dalam simpanan pihak JPJ itu sendiri di dalam geran motor.

Jadi, sekiranya anda dah hidupkan insurans motor, namun, sistem JPJ tidak dapat kesan kehadiran insurans motor anda. Hal ini mungkin terjadi disebabkan :

  1. Nombor kad pengenalan anda sebagai pemilik adalah salah dimasukkan dalam insurans motor
  2. Nombor plat motor anda tidak sama dengan simpanan JPJ
  3. Masalah sistem JPJ yang mungkin offline buat seketika waktu (jarang berlaku).

Apa beza renew roadtax motor tanpa insuran dan renew roadtax motor tanpa geran ?

Anda perlu ketahui bahawa renew roadtax motosikal tanpa geran adalah dibenarkan dengan syarat anda masih mempunyai insuran.

Manakala, renew roadtax motor tanpa insuran adalah tidak sah dan tidak boleh dibuat dimana-mana kerana syarat wajib untuk menghidupkan roadtax motor adalah dengan hidupkan insurans motor terlebih dahulu.

Bagaimanakah cara renew roadtax motor tanpa geran ?

Proses dan cara renew roadtax motor tanpa geran amatlah mudah dilakukan. Namun, insuran motor perlu dibuat terlebih dahulu.

Sebaik sahaja insuran telah dibuat, maka anda akan mendapat polisi insurans menandakan insuran motor anda telah pun dibuat.

Sujurus menghidupkan insurans motor, anda boleh datang ke JPJ berhampiran untuk renew roadtax motor tanpa geran dibawa bersama anda.

Adakah renew roadtax motor tanpa geran di pejabat pos boleh dibuat ?

Jawapannya adalah sudah tentu boleh. Tiada sebarang masalah untuk anda hadir ke pejabat pos untuk menghidupkan roadtax motor sekiranya tiada geran bersama anda.

Cuma, renew roadtax motor tanpa geran di pejabat pos adalah sama seperti situasi di atas iaitu diwajibkan untuk menghidupkan insuran motor terlebih dahulu.

Nak lebih mudah, anda terus hidupkan insuran motor di pejabat pos kemudian renew roadtax motor tanpa geran di pejabat pos yang sama.

Tiada lagi sebarang istilah masalah untuk anda renew roadtax motor tanpa insuran.

renew roadtax motor tanpa insuran
Renew roadtax motor tanpa insuran

Kesan tak buat insurans

1. Kepada diri

Sebarang kemalangan yang berlaku pada kenderaan anda adalah tidak dilindungi. Bahkan jika anda membuat 3rd party insurans sekalipun, ia boleh melindungi kenderaan yang menjadi mangsa kepada situasi kemalangan yang disebabkan oleh anda sendiri.

2. Kepada masyarakat

Pelbagai pihak akan dikelirukan dengan kewujudan roadtax palsu. Malah terdapat juga kes penyamaran nombor plat kenderaan lebih berleluasa dikalangan kita.

3. Kepada negara

Segala kos-kos pembaikpulihan jalanraya akan terjejas kerana sindikit pemalsuan roadtax ini. Ramai yang akan menjadi mangsa kepada perkara tersebut dek kerana menginginkan kos yang murah.


Posted

in

,

by

Comments

2 responses to “Buat roadtax tanpa insuran boleh ke?”

  1. […] ada yang cuba persoal adakah boleh buat roadtax kereta tanpa insuran […]

  2. […] juga pertanyaan yang aku dapat berkenaan perkara renew roadtax motor tanpa insuran ini. Adakah ianya dibolehkan […]

Leave a Reply