Harga insuran kereta first party berapa ?

Harga insuran kereta first party. Sudah semestinya kehadiran anda disini adalah untuk mengetahui berapakah harga insuran kereta first party bagi kereta anda.

Tapi sebelum anda nak tahu harga insurans sesebuah kereta, anda wajib untuk mengetahui beberapa perkara.

Tiga kategori harga insuran kereta

Untuk pengetahuan anda, harga insuran kereta adalah terdiri kepada tiga iaitu :

  1. Harga insuran kereta first party
  2. Harga insurans kereta third party fire anda theft
  3. Harga insuran third party kereta

Namun, di artikel ini kita akan beri keutamaan kepada harga insuran kereta first party dibandingkan harga insuran kereta third party.

Baca selanjutnya untuk tahu harga insurans kereta 3rd party.

Perkara perlu tahu sebelum dapatkan harga insuran kereta first party

1. Market value kereta anda

Pastikan anda tahu market value kereta anda pada tahun ini. Cara nak tahu market value kereta bagaimana?

Sebelum anda nak dapatkan harga insuran kereta first party, anda akan diberitahu berapakah market value kereta anda pada tahun ini oleh pihak insurans.

Jika anda dapatkan quotation dari pihak agent insurans, anda akan diberitahu markat value tahun ini. Anda wajib semak dan pastikan market value pada tahun ini adalah sama dan jika ia kurang atau lebih ianya tidak jauh melebihi rm3,000.

Contohnya market value anda adalah RM45,000. Maka, jika anda dapatkan quotation harga insurans kereta first party di tempat lain juga akan dapat market value lebih kurang dari RM42,000 hingga RM48,000.

Baca juga : Bayar insurans kereta pertama kali

2. Peratusan NCD (No Claim Discount)

NCD merupakan diskaun yang diberikan kepada anda jika anda tidak membuat sebarang claim kemalangan pada tahun sebelumnya.

Jika anda tidak membuat claim atau alih NCD kepada kereta lain, anda wajib pastikan NCD anda adalah bertambah atau statik jika ianya berada di peratusan 55% maximum.

Manakala, jika anda tidak membuat sebarang claim, namun NCD peratusan anda adalah 0%, anda wajib semak semula pada pihak agent insurans yang membuat pengiraan quotation insurans.

Contohnya jika NCD kereta anda tahun lepas adalah 45%, maka NCD untuk harga insurans kereta first party anda tahun ini adalah 55%.

3. Model kereta yang anda gunakan

Perkara yang anda perlu semak sebelum anda nak dapatkan harga insuran kereta 1st party adalah model kereta.

Anda diwajibkan untuk semak model kereta yang dimasukkan adalah betul. Jika model tersebut salah, maka, market value tersebut juga akan berubah.

Kesannya, jika berlaku sebarang kemalangan, urusan claim akan menjadi masalah kepada anda.

Contohnya, model kereta anda adalah honda jazz, namun tersalah key in iaitu model honda civic.

4. CC enjin kereta anda

CC enjin kereta sangatlah memain peranan semasa proses claim insurans ingin dibuat. Jika tersalah key in cc enjin kereta, berkemungkinan harga insuran kereta first party anda akan terbayar kurang dan juga berkemungkinan terbayar lebih.

Contohnya, kereta anda enjin berjumlah 1.5cc, kemudian anda tidak semak semula lalu pada quotation tertulis 1.3cc.

Ini bermakna semasa anda membayar harga insuran kereta 1st party dengan kadar yang lebih murah dibandingkan mengikut cc enjin yang betul iaitu 1.5cc. Ianya wajib diperbetulkan.

Baca juga : Berapa kali boleh claim insuran kereta

Berapakah harga insurans kereta first party sebetulnya ?

Harga insuran kereta first party adalah berbeza mengikut 4 perkara di atas. Untungnya jika anda rajin membuat survey di beberapa syarikat insurans berbeza, anda boleh dapati harga insuran kereta first party akan ada yang murah dan juga mahal.

Tapi perlu diingatkan, setiap harga insuran kereta first party yang murah ada kekurangannya. Manakala, setiap harga insurans kereta 1st party yang mahal ada kelebihannya.

Aku kongsikan sedikit quotation harga insuran kereta first party yang aku buat survey sebelum hidupkan insurans kereta aku pada tahun ini.

harga insuran kereta first party
Gambar 1 : Harga insuran kereta first party

Di atas merupakan gambar yang aku kongsikan harga quotation insurans yang aku dapatkan sebelum hidupkan insurans.

Ada dua jenis syarikat insurans iaitu Am General Insurans dan juga Etiqa takaful insurans.

Contoh harga insurans kereta etiqa takaful yang juga anda boleh dapatkan sebagai rujukan sebelum membuat pembelian insurans.

Anda boleh lihat terdapat juga beza pada harga insuran kereta first party pada kedua syarikat insurans ini. Apa yang boleh dibezakan bukan sahaja harganya yang jauh berbeza, malah ia turut memberikan kita kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan adalah pada syarikat Etiqa takaful insurans. Walaupun ianya mahal sedikit, ia memberikan towing free sebanyak 200km. Berbanding syarikat insurans Am general memberikan 100km free towing.

Harga insuran kereta first party mahal ada sebab tertentu

Jika anda memilih untuk membayar sedikit mahal harga insuran kereta 1st party anda, maka anda mempunyai kelebihan yang orang lain mungkin tiada jika membayar harga insuran yang murah.

Jadi, anda perlulah membuat kajian terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan harga insuran kereta first party yang bakal anda buat.

Apakah ianya cukup membantu anda jika anda dalam kesusahan berkenaan kereta anda? Jika anda memilih harga insuran 3rd party kereta, pasti tidak akan dapat apa-apa.

Kecuali, harga insuran kereta 3rd party akan berbaloi sekiranya anda dilanggar oleh kereta lain dan kesalahan ke atas kereta tersebut telah dimuktamatkan.

Senarai contoh harga insurans kereta first party

1. Harga insurans kereta saga 1.3

Apa yang korang boleh tahu adalah harga insurans kereta saga 1.3 ini adalah dalam anggaran tertentu yang mudah untuk anda rujuk.

Ikuti harga insuran kereta saga 1.3 first party yang aku sendiri berpengalaman menghidupkannya.

2. Harga insurans kereta axia

Harga insurans kereta axia ini adalah boleh rujuk bagi membolehkan proses kemudahan anda membeli insurans kereta tidak terlalu mahal.

Apakah harga insurans kereta axia ini melebihi yang anda sangkakan ?

3. Harga insurans kereta bezza

Jenama kereta perodua bezza adalah tidak asing lagi kerana ianya antara keluaran terbaru bagi produk tempatan di negara kita.

Harga insuran kereta bezza 1.3 masih lagi dikira berpatutan dan sesuai untuk individu dan juga keluarga kecil.

Sama ada harga insurans kereta bezza 1.3 ataupun 1.0 ianya masih lagi sesuai bagi menuju satu destinasi ke destinasi lain.

Secara keseluruhan bagi harga roadtax dan insurans kereta bezza ianya kereta mampu milik untuk anda belanjakan dan buat budget setiap tahun.

Anda tidak perlu risau dengan perlindungan insurans kereta bezza kerana ianya telah beberapa tahun dikeluarkan oleh kilang. Jadi, segala barang sparepart mudah didapati jika berlaku kemalangan.

Soal harga insurans kereta bezza turut memberi kesan kepada kestabilan nilainya melainkan generasi baru dikeluarkan.

Adakah harga insurans kereta bezza ini sangat berpatutan untuk anda yang ingin memilikinya atau telah memilikinya ?

4. Harga insuran kereta vios

Kereta import toyota vios pastinya sebelum nak hidupkan insuran kereta kita agak gusar tentang harga insuran vios ini.

Namun, ianya tidak seperti yang anda sangka. Teruskan pembacaan anda di artikel yang disediakan disini .

5. Harga insuran Myvi 1.5

Lain pula bagi kereta pilihan ramai yang majoritinya berada di atas jalan raya di negara kita iaitu perodua myvi.

Kita spesifikasikan lagi harga insuran myvi 1.5 sudah pasti berbeza. Hal ini kerana ianya mempunyai kapasiti enjin yang agak besar dibandingkan biasa.

6. Harga insuran kereta myvi 1.3

Kebanyakan bagi jenama myvi adalah mempunyai cc enjin iaitu sebanyak 1300cc atau 1.3cc. Jadi, harga insuran kereta myvi 1.3 ini tidak sama seperti di atas.

Ianya dikira agak ekonomi dari sudut harga insuran, penggunaan minyak dan juga bayaran bulanan.

7. Harga insuran kereta honda civic 1.8

Kereta honda civic 1.8 mempunyai beberapa model. Untuk anda yang nak tahu harga insuran kereta honda civic 1.8 , anda perlu mengetahui cara nak buat anggaran terlebih dahulu.

Apa yang membezakan harga insuran honda civic 1.8 anda adalah model dan tahun keluarannya.

8. Harga insuran kereta honda city

Harga insuran kereta honda city 1.5cc ini adalah bergantung kepada model apakah yang anda gunakan. Jangan risau tentang harga insuran kereta honda city ini.

Masih ada cara untuk anda nak dapatkan harga insurans dengan harga yang agak murah.

9. Harga insurans kereta kancil

Bagi setiap harga insurans kancil anda mudah untuk buat anggaran. Hal ini demikian, keseluruhan harga roadtax dan insurans kereta kancil boleh anda dapati dibawah hanya RM600 sahaja.

Mahalnya? Harga insurans kereta kancil akan menjadi mahal sekiranya NCD anda menjadi 0% kesan akibat dari beberapa sebab seperti claim disebabkan kemalangan.

Contoh mudah adalah, harga insurans kereta kancil 850. Jika insuran kereta kancil 850 ini dilindungi dengan harga insuran kereta first party, pasti akan mencapai harga tersebut.

Jika harga insuran kancil 850 ini disertai dengan ncd 55% (maksimum), ianya boleh menjadi mudah semurah RM200 sahaja.

10. Harga insuran kereta wira 1.5

Bagi anda yang masih menyimpan dan menggunakan kereta proton wira ini, anda pasti tahu perjalanan keseluruhan harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5 . Namun, masih ramai lagi yang mencari dan ingin memiliki kereta lagend ini.

Bagi anda yang belum tahu, harga insuran kereta wira 1.5 tidak jauh beza dengan harga insuran kereta wira 1.3 .

Insuran kereta wira 1.5 adalah bergantung kepada tahun kereta wira yang anda beli. Sama ada masih dibolehkan untuk buat insurans kereta 1st party atau pun perlu buat 3rd party fire and theft atau 3rd party 0 sahaja.

Harga insuran wira 1.5 boleh mencecah sehingga RM800 dan paling minima sebanyak RM210 belum termasuk harga roadtax.

Harga insuran kereta mengikut cc

Mungkin anda terfikir ada ke senarai harga insuran kereta mengikut cc ini ? Selalunya hanya roadtax kereta sahaja akan berbeza kerana mengikut cc.

Bagi pengalaman aku sendiri, senarai harga insuran kereta mengikut cc adalah terlalu subjektif. Hal ini kerana, bila bercakap mengenai harga insuran kereta ia pasti akan berkait rapat dengan beberapa perkara seperti :

  • Harga insuran kereta mengikut cc.
  • Harga insurans kereta mengikut market value semasa.
  • Peratus NCD (no claim discount) pada tahun ini.
  • Jenis perlindungan insuran (1st party atau 3rd party atau 3rd party fire and theft).
  • Tawaran setiap syarikat insurans yang berbeza mengikut kelebihan.
  • Tawaran harga insuran kereta mengikut syarikat insurans itu sendiri.
  • Jenis model kereta dan spesifikasi yang anda gunakan.
  • Umur pemilik kereta pada tahun ini.
  • Tahun kereta dikeluarkan seperti dalam geran kereta.

Perkara-perkara di atas akan menyebabkan harga insuran kereta akan berubah-ubah walaupun anda menggunakan cc enjin kereta yang sama untuk kereta yang sama.

Begitu juga jika anda mempunyai cc enjin sama untuk kereta yang sama dan dapatkan senarai harga insuran kereta mengikut cc pada 2 jenis syarikat insurans yang berbeza.

Harga insuran kereta mengikut cc pasti akan ada perbezaan. Walaupun ianya tidak jauh dari RM100 ke RM200 pasti terdapat jurang beza antara kedua harga insuran kereta tersebut.

Contoh senarai harga insuran kereta mengikut cc untuk jenis kereta yang sama

Kereta A : Honda Civic 2.0 cc (RM1,556)

Kereta B : Honda Civic 1.8 cc(RM1,278)

Jika hanya terdapat perbezaan dari segi cc enjin kereta A dan kereta B, maka harga insuran kereta 2.0 cc akan lebih tinggi dibandingkan insurans kereta 1.8 cc.

Insuran kereta 2.0 cc mempunyai harga insurans yang lebih tinggi dibandingkan insurans kereta 1.8 cc kerana kapasiti enjin yang digunakannya lebih besar.

Pihak syarikat insurans memandang serius akan kesalahan sekiranya cc enjin yang anda cover pada insurans tidak betul mengikut apa yang terdapat dalam geran kereta.

Sekiranya endorsement atau perubahan enjin telah dibuat dari 1.8 cc kepada 2.0 cc , harga insuran kereta mengikut cc haruslah betul iaitu insuran kereta 2.0cc supaya proses claim insuran tidak menjadi masalah jika berlaku kemalangan.

Harga roadtax insurans kereta

Berikut merupakan harga roadtax dan insurans kereta mengikut jenis kereta yang anda gunakan sekaligus memudahkan untuk anda lihat.

Terutamanya, untuk anda lihat secara keseluruhan harga roadtax dan insurance kereta setiap tahun perlu anda keluarkan duit.

Harga roadtax dan insurans kereta yang bakal diberikan merupakan harga permulaan anda beli kereta dan juga harga paling minimum untuk kereta tahun yang dah lama berada di atas jalan raya serta NCD nya telah mencapai 55% (maximum).

Harga renew insurans dan roadtax kereta ini temasuk dari harga cover insurans 1st party, 3rd party fire and theft dan hinggalah 3rd party 0.

1. Harga roadtax dan insurans kereta Alza

Harga roadtax dan insurans kereta yang sesuai untuk anda anggarkan setiap tahun adalah bermula dari RM1600 dan paling minimum boleh mencapai paling rendah sehingga RM550.

Harga roadtax insurans kereta ini merupakan harga roadtax dan insurans kereta Alza semasa baru beli sehinggalah sesudah mencapai market value minimum dan juga ncd maximum.

2. Harga roadtax dan insurans kereta Vios

Manakala, harga roadtax insurans kereta bagi harga roadtax dan insurans kereta Vios ini adalah bermula dari RM2000 hinggalah paling minimum boleh mencapai RM500.

Kos ini merupakan harga roadtax dan insurans kereta sekali gus secara lump sum atau keseluruhan yang boleh anda dapatkan.

Ianya adalah tertakluk kepada jenis insurans kereta yang anda gunakan dari awal beli kereta hinggalah kereta toyota Vios ini mencapai belasan tahun.

3. Harga roadtax dan insurans kereta Honda City

Selain itu, harga roadtax dan insurans kereta untuk kereta Honda City ini merupakan antara pesaing kepada pilihan kereta di atas.

Adakah harga roadtax dan insurans kereta Honda City ini turut mengikuti jejak kereta di atas ? Harga roadtax insurans kereta secara keseluruhan bermula dengan RM2000 dan paling minimum pernah dicapai dengan minimum iaitu RM450 sahaja.

4. Harga roadtax dan insurans kereta Saga

Dari dahulu hingga sekarang sudah banyak dan pelbagai model kereta proton saga dikeluarkan. Harga roadtax dan insurans kereta semasa anda beli adalah bermula dengan RM1500.

Manakala, paling minimum untuk anda mencapai harga roadtax dan insurans kereta Saga adalah berjumlah RM350 sahaja.

Harga roadtax insurans kereta ini pernah juga aku alami sendiri dengan membuat salah satu dari harga renew roadtax dan insurans kereta aku iaitu kereta proton saga.

5. Harga roadtax dan insurans kereta Viva

Kereta perodua Viva merupakan kereta yang agak gagah sehingga sekarang ianya masih dipandu walau dimana sahaja terutamanya pergi balik ke tempat kerja.

Harga roadtax dan insurans kereta secara permulaan bagi kereta Viva ini pada waktu dahulu boleh mencapai sehingga RM1000.

Aku ambil bagi harga roadtax dan insurans kereta Viva spec paling tinggi iaitu Viva 1.0cc Elite. Bagaimana pun, harga roadtax insurans kereta minimum yang boleh anda capai pada waktu sekarang ini dalam jangkaan kereta Viva ini sudah mencapai 10 tahun dan ke atas adalah berjumlah RM250 sahaja.

6. Harga roadtax dan insurans kereta 1.8

Harga roadtax dan insurans kereta 1.8 ini pertamanya insurans kereta adalah bergantung kepada jenis kereta yang anda gunakan. Hal ini adalah kerana lain kereta mempunyai lain market value kereta.

Kedua, dari segi harga roadtax kereta pun turut berbeza kerana mengikut model sesebuah kereta. Jika sedan harga roadtax lain. Manakala, untuk suv harga roadtax turut berbeza.

Harga roadtax dan insurans kereta adalah tidak boleh dianggarkan dan terlalu subjektif walaupun dalam anggaran roadtax dan insurans kereta.