Bayar insurans kereta pertama kali

Bayar insurans kereta pertama kali. Anda mungkin berasa gusar dan tidak pasti bila mana pertama kali nak bayar insurans kereta.

Di artikel ini merupakan perkongsian dari pengalaman aku sendiri yang dulunya baru mula nak bayar insurans kereta pertama kali.

Risau sebenarnya kalau ada berlaku apa-apa kesilapan lebih-lebih lagi dalam cara pilih insuran kereta. Entah betul atau tidak tindakan kita membeli insurans kereta.

Lain kereta lain spesifikasi yang diperlukan semasa membeli insurans kereta. Tak kiralah lelaki ataupun perempuan kalau nak bayar insurans kereta pertama kali memang satu pengalaman yang mendebarkan.

Bukan sikit-sikit duit yang kita nak keluarkan. Beribu juga mengikut jenis kereta.

Apa yang perlu tahu mengenai insurans kereta buat pertama kali

1. Jenis model kereta

Pastikan anda mengetahui jenis model kereta yang anda miliki secara sedikit mendalam. Contohnya anda memiliki Perodua Myvi.

Ia bukan sekadar myvi. Pastikan anda tahu modelnya. Contohnya perodua myvi SE. Lain kereta mungkin perodua myvi AV. Av bermaksud advance. Manakala, SE bermaksud special edition.

2. Transmisi kereta

Transmisi kereta bermaksud jenis gear yang digunakan. Ada kereta gunakan gear manual, ada juga gunakan gear auto.

Contohnya mudah perodua myvi SE auto. Terdapat juga model yang mempunyai versi manual. Kalau tak pasti, cuba ingat semula jenis gear apa yang anda gunakan semasa memandu.

Adakah menggunakan clutch ataupun tidak. Atau hanya masuk gear terus boleh gerakkan kereta dengan menggunakan pedal minyak dan brek sahaja.

3. Kapasiti enjin (CC)

Kapasiti enjin atau cc enjin perlu anda ambil tahu hanya sekadar dasar sahaja. Tak perlu terlalu mendalam. Contoh mudah perodua myvi se auto 1.5cc.

Ia bermakna kadar keupayaan pada enjin kereta anda adalah 1500cc. Malah, ada juga model yang sama mempunyai cc enjin pada kadar 1.3cc atau 1300cc.

Ada beza tu 1.5cc dengan 1.3cc. Bezanya sangat jauh tentunya dari segi harga insurans yang akan anda keluarkan kelak.

4. Tahun kereta keluar kilang

Setiap model kereta yang sama mungkin ada beza dari segi tahun pengeluarannya. Jadi, tahun kereta adalah sangat penting untuk anda tahu.

Cara nak tahu bagaimana? Anda boleh rujuk pada geran kereta anda. Pada geran kereta tertulis tahun dibuat. Contohnya tahun 2018.

Walaupun perbezaan 2018 dan 2019, ia tetap memberi impak besar pada harga market value tahunan. Sebelum anda bayar insurans kereta pertama kali, pastikan tahun ini adalah betul selari dengan market tahunannya.

5. No Claim Discount (NCD)

Apa itu ncd kereta? NCD itu adalah peratusan potongan harga yang anda dapat bila nak hidupkan insurans kereta.

Sifatnya adalah peratusan akan meningkat jika tahun ini kita tidak membuat sebarang claim kemalangan. Jika telah buat claim kemalangan, maka, NCD kereta akan berbalik kepada 0% pada tahun depan.

Jadi, harga insurans akan kembali menjadi mahal jika tanpa peratusan ncd tersebut adalah 0%. Maximum diskaun ncd yang anda akan dapat adalah 55%.

Ini bermakna, jika peratusan mencapai 55%, maka anda membayar insurans kereta hanya 45% sahaja dari harga sebenar insurans.

Langkah untuk buat insurans kereta pertama kali

Jika anda sudah pastikan perkara di atas, maka, perkara pertama yang anda perlu buat adalah pastikan harga market value tahunan.

Contohnya market value pada tahun ini adalah RM45,000, maka pastikan market value itu adalah seperti tertera dan dapatkan harga insurans sebelum anda setuju bayar insurans kereta pertama kali.

Anda boleh sahaja membuat survey pada syarikat insurans lain. Dapatkan quotation mengikut maklumat di atas dengan betul.

Setiap syarikat insuran menawarkan harga quotation yang berbeza-beza mengikut kelebihan yang disediakan.

Insurans tambahan sebelum anda bayar insurans kereta pertama kali

Pastikan anda mengetahui bahawa insurans tambahan termasuk sekali atau tidak. Jika anda ambil, ia akan dinyatakan dalam quotation sebelum anda bersetuju.

Contoh insurans tambahan :

  • Windscreen kereta
  • Cover Bencana Alam
  • Perlindungan Personal Assistant (PA)
  • Towing free servis

Di atas merupakan contoh insurans tambahan yang boleh anda pilih atau pun tidak. Harga premium insurans tidak termasuk harga insurans tambahan di atas. Jadi, harga akan bertambah sekiranya anda membuat tambahan insurans di atas.

Dapatkan polisi insurans setelah selesai bayar insurans kereta pertama kali

Setelah selesai dan bersetuju dengan harga quotation. Anda perlu membuat bayaran dengan harga yang dipersetujui.

Pastikan anda mendapat polisi insurans atau covernote insurance sebaik sahaja selesai bayar insurans kereta pertama kali.

Semak pada polisi insurans tersebut tentang maklumat yang telah anda persetujui di atas. Terutamanya pada bahagian :

  1. Market value adalah betul (contoh RM45,000)
  2. CC enjin anda adalah sama seperti dalam geran kereta (contoh 1498cc ia bermaksud 1.5cc)
  3. Nombor kad pengenalan anda adalah betul (bagi tujuan claim)
  4. Model kereta adalah betul (contohnya Myvi SE Auto)
  5. NCD dengan peratusan yang benar contohnya 0% untuk bayar insuran kereta pertama kali)

bayar insurans kereta pertama kali
Bayar insurans kereta pertama kali

Polisi insurans mengikut tempat bayar insurans kereta pertama kali

Ada beberapa tempat yang anda boleh hidupkan insuran. Maka, cara anda dapatkan polisi insurans juga turut berbeza.

Tempat bayar insurans kereta
pertama kali
Cara dapatkan polisi
insurans
Branch insuransEmail dan hardcopy (print)
Kedai insurans / agent insuransPrint secara hardcopy
Beli insurans kereta onlineEmail atau softcopy

Cara di atas adalah sama. Sama ada anda mendapatkan polisi insurans secara email ataupun print, yang penting anda simpan pada tempat yang betul.

Ianya bagi urusan claim kelak. Jika berlaku sebarang kemalangan, urusan claim memerlukan polisi insuran tersebut bagi pengurusan claim anda mudah dilakukan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Bayar insurans kereta pertama kali”

  1. […] Baca juga : Bayar insurans kereta pertama kali […]

Leave a Reply