Berapa kali boleh claim insuran kereta ?

Berapa kali boleh claim insuran kereta. Sepatutnya berapa kalikah untuk anda dibenarkan bagi membuat claim untuk insuran kereta anda ?

Jika dalam 1 tahun, anda mengalami kemalangan kereta sebanyak 2 kali atau pun lebih, adakah pihak syarikat insurans kereta boleh menanggung segala kos claim kemalangan tersebut ?

Secara logiknya apa agaknya yang anda jangkakan jika mengalami situasi ini? Lebih-lebih lagi anda hanya mempunyai sebuha kereta sahaja.

Takkan kereta tersebut tidak boleh anda gunakan claim itu sekali lagi ?

Jumlah nilai claim insuran kereta dibuat

Sejujurnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, pihak syarikat insuran kereta akan hanya melayani anda bagi sekali sahaja claim insurans kereta dibuat.

Namun, ianya adalah berdasarkan berapakah amount atau nilai yang dikeluarkan pihak insurans kereta anda.

Jika claim insurans kereta kali pertama bernilai hanya 5 hingga 10 peratus, maka anda masih mempunyai peluang bagi sekali lagi membuat claim kemalangan dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat tersebut antaranya adalah nilai jumlah kedua itu juga adalah di dalam jumlah cover perlindungan yang insurans kereta anda lindungi secara totalnya.

Contoh bagi berapa kali boleh claim insuran kereta

Kereta anda mengalami kemalangan kali pertama berjumlah RM5,000 . Manakala, kemalangan kedua pada tahun yang sama bernilai sebanyak RM20,000.

Sedangkan jumlah cover perlindungan insuran kereta yang anda beli adalah sebanyak RM60,000.

Hal ini adalah dibolehkan untuk anda membuat claim kemalangan tersebut mengikut terma dan syarat syarikat insurans kereta anda.

Contoh ini adalah sekiranya anda membuat insuran kereta first party sahaja tetapi bukan selain dari itu.

Kes tertentu berapa kali boleh claim insuran kereta

Terdapat juga kes iaitu kereta anda dilanggar oleh kereta lain. Namun, bagi kemalangan kedua juga turut dilanggar oleh kereta lain.

Keduanya anda menjadi mangsa keadaan dek kerana kesalahan kereta tersebut. Bagi kes ini, anda adalah dibolehkan untuk claim insurans kereta mengikut berapa kalikah anda mengalami situasi ini.

Hal ini kerana, anda menggunakan claim kemalangan insurans kereta pihak yang bersalah tersebut bagi membaiki kereta anda.

Anda pasti akan dilindungi kerana setiap kereta yang berada di atas jalan raya adalah wajib membuat insurans kereta walaupun hanya menghidupkan insurans kereta 3rd party.

Claim kemalangan tidak boleh dibuat

Namun, sekiranya pihak yang bersalah yang telah melanggar kereta anda tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans kereta, anda tidak boleh menggunakan claim kereta tersebut.

Malangnya, anda terpaksa menggunakan insurans kereta anda sendiri bagi membaiki kereta anda.

Disebabkan itulah, pihak berkuasa seperti PDRM dan juga JPJ kerap kali memantau kereta-kereta yang berada di atas jalan raya yang tidak mempunyai perlindungan insuran kereta.

Kerjasama anda dalam membendung kereta yang tidak mempunyai perlindungan insuran kereta ini sangatlah diharapkan lebih-lebih lagi ketika melalui kawasan roadblok.

berapa kali boleh claim insuran kereta
Berapa kali boleh claim insuran kereta

One thought on “Berapa kali boleh claim insuran kereta ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: