Harga cermin depan Viva

Harga cermin depan Viva. Berapakah jumlah yang sepatutnya bagi sesebuah harga cermin depan kereta untuk perodua viva di pasaran ?

Cermin kereta depan atau dikenali sebagai windscreen viva merupakan cermin yang sangat penting digunakan semasa memandu.

Ianya bertindak sebagai rintangan kepada angin yang datang dari arah hadapan. Bukan sahaja angin, malah juga turut kepada hujan yang turun.

Cermin kereta depan viva ini didatangi dengan 2 lapis atau 2 layer permukaan cermin. Ini bermakna ianya lebih tebal dibandingkan cermin kereta pada bahagian lain.

Sebab perlu tukar cermin depan viva

Sekiranya cermin depan viva retak atau pecah, ianya boleh mengganggu pemanduan anda dan boleh menyebabkan kemalangan.

Walaupun cermin depan viva anda retak sedikit, ianya boleh menjadikan retak tersebut menjadi panjang.

Retak pada cermin viva yang panjang akan merisikokan anda sebagai pemandu dan penumpang ketika kereta viva masih bergerak.

Namun, risiko retak cermin depan viva tidak sama dibandingkan cermin belakang viva

Hal ini kerana, rintangan angin yang kuat mempu menjadikan cermin depan viva terbelah. Ini membuatkan keadaan lebih teruk sekiranya hujan yang lebat turut serta.

Manakala, jika cermin depan kereta viva yang telah pecah sudah pasti tidak boleh anda gunakan selagi ianya tidak diganti kepada yang baru.

Harga cermin depan Viva berapa sepatutnya ?

Cermin kereta viva yang sudah pecah tidak boleh anda selamatkan lagi. Untuk menggantikan cermin depan kereta viva yang baru, anda perlu mengetahui cermin depan viva harga yang sepatutnya dijual di pasaran.

Hal ini demikian, anda tidak membeli dengan harga cermin kereta viva hadapan yang agak mahal mahupun terlalu murah.

Harga cermin depan viva adalah dalam anggaran RM450 hingga RM500. Di mana, Harga ini merupakan untuk cermin kereta depan viva yang baru.

Harga ini adalah termasuk dengan kadar upah memasang sekali. Jika anda membeli secara asing, maka upah perlu dikeluarkan pada kedai cermin kereta yang memasang windshield viva anda.

Adakah terdapat harga cermin kereta depan viva dijual secara secondhand ?

Bagaimanapun, cermin depan viva harga untuk secondhand juga turut boleh anda dapati seperti di kedai-kedai kereta potong. Namun, ianya memerlukan kerajinan sedikit untuk menjumpainya.

Harga cermin depan viva jika secondhand boleh dianggarkan dalam RM250-RM300. Anda boleh mendapatkan harga lebih murah jika pandai tawar-menawar.

Cermin depan viva boleh anda dapatkan dengan cop original dari perodua jika menjumpai kereta viva yang telah tidak digunakan lagi dan dijual secara murah.

Apa yang penting, anda sendiri turun padang untuk membeli cermin depan viva dan membayar harga cermin depan viva yang sepatutnya ditawarkan dari awal.

harga cermin depan viva


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga cermin depan Viva”

  1. […] RM450 sahaja. Jika ianya mempunyai stok di kedai cermin kereta tersebut, anda masih boleh mendapat harga cermin depan viva yang rendah […]

  2. […] Harga cermin kereta viva belakang adalah lelih murah dibandingkan harga cermin depan viva. […]